Bertuahnya Ustazah Asni Mansor. Bukan hanya menerima ijazah di bumi Anbia bersama tiga anak tersayang malah dikurniakan rezeki menyaksikan momen teristimewa apabila anak lelakinya diberi peluang melaungkan azan di Masjid Al-Aqsa pada tahun 2014.
Meskipun sudah sedekad berlalu namun kenangan tersebut kekal terpahat indah di sanubari Ustazah Asni Abu Mansor.
Menceritakan kembali detik itu, penerima Nona Motivator Award 2024 ini merupakan salah seorang daripada lima rakyat Malaysia yang dianugerahkan ijazah sanad Al-Quran dari Masjid Al-Aqsa.
Lebih indah, penyampaian ijazah disampaikan Imam 1 Masjid Al-Aqsa iaitu Sheikh Yusuf Abu Snieneh.
“Pengalaman saya ketika di sana ialah apabila saya bersama tiga orang anak dan seorang anak murid mendapat Ijazah Al-Quran dalam satu bilik di mana bilik itu ialah bilik kuliah Imam Al-Aqsa.
Ads
Selain itu, Allah juga izin dan rezekikan untuk anak saya melaungkan azan di masjid pada Hari Raya pertama tahun 2014.”
Lima individu rakyat Malaysia yang menerima ijazah tersebut ialah Ustazah Asni Mansor, anaknya iaitu Yasmin Sofia Mohd Nasir, Muhammad Adam Shauqi Mohd Nasir, Maryam Hani Mohd Nasir dan seorang anak murid Ustazah Asni, Siti Syakirah Bakhtiar.
Berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, pakar motivasi ini sudah menceburi dunia dakwah dan pembangunan kemahiran serta potensi diri masyarakat sejak lebih 20 tahun lalu.
Selain aktif dengan karier dakwah, Ustazah Asni turut lincah melakukan pelbagai aktiviti ekstrem seperti menunggang kuda, menyelam skuba, memanah dan melukis. Malah karya lukisannya berkisar dunia islamik turut dijual kepada umum.
Walau berstatus agamawan tetapi beliau enggan mengehadkan kemahiran dan sering mencuba perkara baharu untuk menguji potensi diri.
“Islam tak kaku dan tidak membataskan kita menjadi orang yang kaku. Islam ini merupakan satu agama yang sangat mudah. Kita boleh letak diri kita walau di mana saja terutamanya dalam seni. Saya ialah seorang yang sangat berjiwa seni.
Ads
Saya minat melukis, suka muzik, saya main piano, seruling, flute dan sebagainya. Walau saya tak ada asas dalam muzik mahupun bidang seni lukis. Saya rasa seni ini sangat membantu dalam urusan dakwah saya. Macam lukisan, saya boleh luahkan perasaan melaluinya.
Malah, saya banyak kali ke sana dan belajar banyak benda sepanjang di sana,” dedahnya yang menjadikan lukisan sebagai alat bantu mengajar bagi memberi gambaran kepada penonton ketika beliau menyampaikan ceramah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti kebajikan sememangnya sudah sebati dalam diri Dr Jezamine Lim. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu sampai sekarang, pelbagai bantuan telah diusahakan bersama suami tercinta yang juga pelawak terkenal, Harith Iskander. Tidak hanya membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19, pada awal Januari lalu Dr Jezamine turut menghulurkan sumbangan kepada penduduk Orang Asli yang terkesan bencana banjir di Kelantan dan Terengganu.
Ligat memasuki kawasan pedalaman dan perkampungan semata-mata memastikan bantuan sampai kepada golongan memerlukan, ibu kepada tiga cahaya mata ini langsung tidak kisah meredah cuaca panas mahupun hujan. Malah, Dr Jezamine juga sanggup ‘berpisah’ dengan anak-anak selama beberapa hari demi menjayakan usaha murni tersebut.
Pujian juga harus diberikan kepada pasangan suami isteri berjiwa penyayang ini kerana cukup kental and optimis membuat kerja kebajikan. Selain meringankan beban masyarakat terjejas di negeri Pantai Timur, Dr Jezamine turut menyertai misi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di Johor.
Terbaharu, Dr Jezamine dan Harith Iskander menyantuni masyarakat memerlukan di Melaka pula sempena bulan Ramadan. Lebih istimewa, mereka berdua berpeluang bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Melaka demi menjayakan niat murni berkenaan. Alhamdulillah.
Berkongsi perkembangan tersebut di Instagram miliknya, Dr Jezamine dalam nada teruja menjelaskan, “Happy to be back at Melaka! Was an honour to be invited by TYT Tun Seri Setia Dr Hj Mohd Ali Rustam, Yang DiPertua Negeri Melaka for our distribution of grocery care packs to 300 families most affected by the pandemic.
Manage to catch up about the biotech and stem cells industry in Melaka. Thank you The Hope Branch, Eric Lee, Bard Hanief. And also our amazing volunteers who helped pack all the 300 care pack bags. Each care packs worth RM150 and hope it helps ease the recipients burden this holy month.”
Untung Harith Iskander dikurniakan isteri yang bukan hanya berpendidikan tinggi, bekerjaya dan cantik tetapi juga sangat prihatin terhadap nasib golongan kurang bernasib baik. Dr Jezamine sah bergelar isteri Harith Iskander pada 12 Jun 2010.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne Iskander, Alessandrea Jayne Iskander dan Zydane Xayne Iskander. Dr Jezamine merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) in Stem Cell and Tissue Engineering dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kredit: Instagram Dr Jezamine Lim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penghijrahan selebriti jelita, Diana Amir memang benar-benar memberi inspirasi kepada semua. Kini tampil berniqab, niat ibu kepada tiga orang cahaya mata ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah sahaja.
Mengambil keputusan berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, apatah lagi mengenakan niqab adalah satu perkara yang tidak terlintas di kotak fikiran selama ini.
Selamat Tinggal Dunia Seni
Menurut Diana, dia tidak berniat untuk membuat penampilan di kaca TV, malah nekad ucapkan selamat tinggal dunia seni. Jelasnya dia mahu lebih fokus dengan dirinya sahaja.
“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah. Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah,” ujar pelakon Strawberi Cinta itu.
Istiqamah Jadi Lebih Mudah, Jika Fahami Konsep ‘Hikmah’
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah Hijabista
Tiada apa mampu diucapkan terhadap amal jariah yang dilakukan oleh selebriti ini melainkan kata-kata syukur dan memanjatkan doa agar dipermudahkan segala urusannya.
Noorkhiriah Ahmad Shapie bersama suami dan teamnya menerusi Pertubuhan Amal Nur By Khiriah telah menyediakan perkhidmatan menguruskan jenazah daripada mandi, kafan, solat hingga ke tanah perkuburan secara percuma.
Memetik hantaran di Instagram pelakon yang membawa watak sebagai Aishah dalam drama rantaian, Nur dan Nur 2 ini, sering mendoakan agar niat murninya dipermudahkan Allah SWT.
“Lama akak tak UP pasai Van Jenazah akak. Takut ada yang terlupa. PERCUMA. Untuk semua dari mandi, kafan, solat sehinggalah ke TANAH PERKUBURAN. Takyah bayar pape tapi DOAKAN Pertubuhan Amal Nur By Khiriah dipermudahkan Allah..Aamiin,” tulis wanita kecil molek ini di laman media sosialnya.
Foto: Instagram @khiriah17
Sebelum ini, Noorkhiriah telah melaksanakan hasratnya untuk memberi perkhidmatan van jenazah secara percuma. Tindakan pelakon ini menukar kereta mewahnya (MPV Hyundai Grand Starex) menjadi van jenazah adalah perbuatan yang mulia.
“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Saya sayang, maka saya jadikan kereta ini sebagai van jenazah,” coret Noorkhiriah di laman Instagramnya.
Noorkhiriah mengharapkan orang ramai mendoakan agar dirinya terus istiqamah dalam melakukan perkara baik. “Saya tak kaya tapi sebelum meninggal dunia saya nak tinggalkan sesuatu buat semua. Semoga kita istiqomah dalam perjuangan diri sendiri, amin,” coretnya lagi.
Mulia sungguh hati Noorkhiriah sanggup memberi apa yang dia sayang untuk kegunaan perkara yang baik. Semoga lebih ramai lagi insan berhati mulia seperti Noorkhiriah ini.
Noorkhiriah bahagia bersama suaminya dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff. Pada dua tahun lalu, Noorkhiriah telah mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkatnya.
Foto: Instagram @khiriah17
Dalam pada itu Noorkhiriah tidak lupa berkongsi nombor untuk dihubungi andai perkhidmatannya diperlukan. “Simpan nombor ini (012-2058005) andai memerlukan pertolongan kami. Doakan kami ya,” jelas isteri kepada Azfaizul Ahtan ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.