Alam rumah tangga sememangnya penuh dengan warna-warni. Setiap hari adalah permulaan hari baru dan proses ‘berekperimentasi’ bersama suami isteri tidak akan pernah berakhir. Jika hari ini isteri tidak berjaya membuatkan suami tertawan dengan personaliti dirinya, esok cuba sesuatu yang baru dan teruskan berusaha sehingga si dia sentiasa mahu anda berada di sisi.

Ads

Ada banyak cara sebenarnya untuk buat suami cair dengan anda. Salah satu teknik berkesan dan mudah, melalui percakapan seperti yang dipesan Ustazah Norhafizah Musa ini. Nampak mudah tapi mungkin sukar dipraktikkan bagi mereka yang sudah terbiasa bercakap dalam nada tinggi. Usah risau, sebab tip-tip yang dikongsikan Ustazah Norhafizah ini memang simple.

https://www.facebook.com/kelisiakap2.0/videos/1590844157640029/

  • Cara bercakap dengan suami seolah-olah mengikut bacaan tajwid Mad Arid Lissukun. Maknanya yang mempunyai harakat sekurang-kurangnya dua harakat. Kata ustazah, tukar cara bercakap dengan hujung ayat anda dipanjangkan sedikit. Tapi jangan panjang sangat sampai 8 harakat, itu geram namanya.
  • Berbual dengan selalu menyebut nama suami/isteri. Setiap orang ada nama dan ada gelaran apatah lagi suami isteri. Pasti ada gelaran atau panggilan manja di antara kalian. Praktikkan dengan kerap menggunakan gelaran itu berulang-ulang kali. Sebagai contoh, ‘Sayang nak makan ke sayang? Sayang nak makan apa hari ini?’ Barulah komunikasi sesama anda semakin ada jiwa!
  • Isteri kena pandai ‘market’ diri. Kata-kata biar lembut sebab seganas mana hati seorang suami, cair juga dengan isteri yang lembut. Inshaallah, dengan kelembutan dan kasih sayang, sesombong dan segarang mana pun suami pasti lebur juga.
  • Biar kalau bercakap bagi motivasi, semangat dan harapan kepada orang yang mendengar. Biar orang yang tengah stres, kita datang bercakap dengan cara begini lapang dada mereka. Jadikan ia sebagai budaya tidak kira ketika bercakap dengan suami mahupun rakan sekerja di pejabat.

Selain membangkitkan keakraban suami isteri melalui pertuturan, berikut antara amalan sunah Rasulullah SAW yang boleh dipraktikkan bersama.

Ads
  1. Makan atau minum dalam bekas yang sama
  2. Mengungkap kata-kata cinta setiap hari
  3. Saling bergurau senda dan gelak tawa tanpa menggunakan kata-kata yang boleh menyakiti hati isteri/suami
  4. Mencium suami/isteri sebelum ke luar rumah dan sebaik pulang ke rumah
  5. Memberi kesenangan dan tidak menyusahkan isteri dengan cara menghiburkan hati mereka
  6. Isteri Rasulullah, Aisyah r.a turut menyisir rambut dan meletakkan wangian ke tubuh Rasulullah dengan wangian yang terbaik

Sumber: Video (Keli-Siakap)

Ads

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI