Di sebalik senyum dan tawanya, tersimpan kisah hidup yang sukar diungkapkan selebriti bernama Zarina Zainuddin. Meskipun status sebagai isteri kedua bukan lagi rahsia namun segala onak ranjau yang dilalui ibu kepada empat cahaya mata ini disimpan kemas daripada perhatian masyarakat.

IKLAN

Kedengaran agak cliche, tapi hakikatnya wanita yang hidup bermadu pasti tidak lepas daripada pandangan serong khalayak.

Bersikap terbuka menzahirkan kisah pelayaran bahtera rumah tangga yang dinikmatinya selama lebih 20 tahun, luahan hati Zarina baru-baru ini bersempena ulang tahun kelahiran madunya mengundang pelbagai reaksi peminat.

“Wahai Wanita Mulia, Akulah Yang Telah Kau Selamatkan…” ZARINA ZAINUDDIN Hargai Pergorbanan Madu Selama 28 Tahun Kahwin! “Wahai Wanita Mulia, Akulah Yang Telah Kau Selamatkan…” ZARINA ZAINUDDIN Hargai Pergorbanan Madu Selama 28 Tahun Kahwin!“Wahai Wanita Mulia, Akulah Yang Telah Kau Selamatkan…” ZARINA ZAINUDDIN Hargai Pergorbanan Madu Selama 28 Tahun Kahwin!Menzahirkan rasa syukur dan terharu kerana isteri pertama menerima diri seadanya, Zarina dalam nada rendah diri mengaku menyanjung sisi positif madunya itu.

Ujar aktres yang juga usahawan ini, “Saya tengok TV sekarang semua kisah madu-madu berperang. Bini tua serang bini muda, langsung tak ada kebaikan hidup bermadu. Semuanya negatif yang mereka tunjukkan.

Hakikatnya saya yang dah kahwin 28 tahun macam-macam saya belajar dari madu saya. Menyelami perasaannya, cuba memenangi hatinya, walau saya tahu satu ketika dulu dia tak suka.. tapi belajarlah kenapa orang tak suka kau.

Cari silapnya di mana. Kau ambil lelaki orang lepas tu tayang satu dunia kau bahagia, habis tu kau ingat dia tak ada hati perasaan, dia tak ada keluarga.

“Wahai Wanita Mulia, Akulah Yang Telah Kau Selamatkan…” ZARINA ZAINUDDIN Hargai Pergorbanan Madu Selama 28 Tahun Kahwin!

IKLAN

“Wahai Wanita Mulia, Akulah Yang Telah Kau Selamatkan…” ZARINA ZAINUDDIN Hargai Pergorbanan Madu Selama 28 Tahun Kahwin!

“Wahai Wanita Mulia, Akulah Yang Telah Kau Selamatkan…” ZARINA ZAINUDDIN Hargai Pergorbanan Madu Selama 28 Tahun Kahwin!“Wahai Wanita Mulia, Akulah Yang Telah Kau Selamatkan…” ZARINA ZAINUDDIN Hargai Pergorbanan Madu Selama 28 Tahun Kahwin!Hatinya hancur luluh di saat kau merebut hati suaminya. Perempuan sakitkan hati perempuan. Bukankah kita sepatutnya belajar menyayangi insan ini yang mulia hatinya mengizinkan kau bersama suaminya. Sedangkan hatinya sedang berduka lara.”

IKLAN

Tambah Zarina lagi, “Orang kata arghh dia kahwin sebab harta, harta kau boleh carilah kalau kau rajin usaha. Tapi dapatkah kau mendamaikan sebuah perasaan? Menerima kau dengan reda bersama-sama harungi susah senang menjaga perasaan masing-masing.

Wahai wanita yang mulia, akulah wanita yang telah kau selamatkan tatkala aku terhuyung-hayang mencari dahan untuk berpaut. Kau beri aku tempat kecil di hatimu.

Semoga syurga di akhirat tempatmu wahai kakakku Datin Sri Hajah Noorhasimah Mohd Noor. Maafkan Ina sepanjang 28 tahun kita hidup bermadu banyak salah silap Ina buat. Terima kasih menerima Ina seadanya.”

Allah tidak menduga hambaNya melebihi kemampuan mereka. Berlapang dadalah menempuh dugaan yang ‘dikirimkan’. Moga ujian ini membuatkan kita lebih cekal.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI