Siapa sangka dek kerana raut wajahnya yang persis gadis Korea telah membuka pintu rezeki buat instafamous, blogger serta influencer, Nur Qistina Jehan Norsaid yang berusia 23 tahun ini. Mesra disapa sebagai Qiztina, anak kelahiran Kedah ini tak seperti sesetengah anak muda yang leka menikmati usia mereka dengan keseronokan.

Wajah Persis Gadis Korea QIZTINA JEHAN Bawa Tuah, Popular Di Instagram!

IKLAN

Qiztina pandai membawa diri sebagai sebagai seorang pelajar dan figura di sosial media di samping menguruskan kehidupannya dengan baik dari segi masa serta kewangan sehingga berjaya meraih pendapatan sendiri.

 

SERING JADI PERHATIAN

“Segalanya bermula ketika saya berjinak-jinak sebagai model Muslimah. Waktu itu nama saya sering menjadi perhatian di laman sosial kerana dikatakan memiliki wajah persis gadis Korea. Ada juga yang kata wajah saya persis gadis mualaf. Alhamdulillah..bermula dari situlah rezeki saya sebagai seorang model kian murah. Kebetulan mungkin juga ketika itu permintaan terhadap model bertudung bermata sepet seperti saya adalah tinggi. Bagi saya itu adalah rezeki,” bicara Qiztina yang gemar tampil dengan gaya modern elegant dan girlish.

Anak keempat daripada lima adik beradik ini sedang menuntut di Universiti Pengurusan & Sains (MSU) Shah Alam, Selangor jurusan Diploma Fesyen & Rekaan.

Wajah Persis Gadis Korea QIZTINA JEHAN Bawa Tuah, Popular Di Instagram!

Wajah Persis Gadis Korea QIZTINA JEHAN Bawa Tuah, Popular Di Instagram!

KECAMAN TANDA PERINGATAN

“Saya pernah dikecam hebat gara-gara penampilan yang dikatakan tak menepati syariat. Saya tak mudah melatah sebaliknya menganggap ia sebagai teguran membina dan positif. Tak semua kecaman tu negatif. Ia umpama peringatan buat diri saya agar lebih berhati-hati dalam berfesyen. Saya juga insan biasa lagi lemah yang tak akan lari daripada kesilapan. Teguran itu saya terima dengan hati terbuka.

IKLAN

Wajah Persis Gadis Korea QIZTINA JEHAN Bawa Tuah, Popular Di Instagram!

Apabila menjadi seorang yang dikenali, jiwa harus kental agar tak mudah melatah. Orang pasti akan bercakap walau kesilapan kita hanya sebesar zarah. Hakikatnya, bergelar instafamous tak semuanya indah namun impaknya besar dalam kehidupan saya,” kongsi Qiztina.

Wajah Persis Gadis Korea QIZTINA JEHAN Bawa Tuah, Popular Di Instagram!

BELAJAR BERDIKARI

IKLAN

“Sejak usia 14 tahun saya dah mula belajar berdikari dan berhenti meminta kepada ibu bapa untuk dibelikan pakaian atau gadget kerana tak mahu menyusahkan mereka. Alhamdulillah, berkat berdikari sampai ke hari ini saya dapat berkongsi rezeki dengan keluarga.

Inspirasi saya ialah Vivy Yusuf kerana beliau adalah superwoman. Bukan saja sukses malah memiliki bisnes hebat di Malaysia. Ikon luar negara pula ialah Maria Alia. Kedua-duanya melambangkan ikon fesyen yang hebat dan memberi positive vibe.

Nasihat saya, tak salah kalau seseorang itu memilih untuk menjadi seorang instafamous. Tapi biarlah dikenali sebagai ikon yang bagus dan menjadi contoh kepada pengikut-pengikut. Bukan hanya dikenali sebagai video viral atau gosip murahan semata-mata hanya untuk menaikkan nama sahaja. Bagi saya tanggungjawab sebagai orang yang dikenali bukan mudah,” akhiri Qiztina.

Selain memiliki produk kecantikan sendiri, Qiztina turut mengusahakan bisnes berasaskan fesyen. Salah satu impian Qizitina ialah mahu mengembangkan bisnesnya ke luar negara.

 

Kredit Foto: @qiztinajehan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI