Sebagai selebriti, setiap gerak geri dan perkembangan mereka sentiasa menjadi perhatian khalayak termasuklah aktres cantik, Lana Nodin. Sejak bergelar isteri kepada jejaka Amerika, David Mckienzie atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie pada tanggal 15 Mei 2015… kompas hidup Lana berubah sepenuhnya lebih-lebih lagi apabila sudah menjadi ibu.

IKLAN

Empat tahun melayari alam rumah tangga, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki dan perempuan. Anak sulung mereka, Gia Quinn Mckienzie kini berusia tiga tahun sementara bayi lelaki yang baru dilahirkan pada November tahun lalu diberi nama William Daud Mckienzie.

Takdir Allah, bayi lelaki Lana dan suami diduga dengan Aortic Stenosis namun kesihatan anak kecil ini makin baik selepas menjalani pembedahan.

Walau Suami ‘Mat Saleh’, LANA NODIN Tekun Ajar Anak Solat & Kenal Islam!
Walau Suami ‘Mat Saleh’, LANA NODIN Tekun Ajar Anak Solat & Kenal Islam!Kisah hidup Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin di samping suami dan anak-anak tersayang memang selalu menjadi tumpuan peminat. Bukan saja terpikat dengan sikap penyayang suami ‘mat saleh’ Lana, bahkan cara dia melayan suami serta mendidik anak-anak turut dikagumi ramai.

Mana tidaknya, selain rajin masuk ke dapur dan sangat menjaga ‘perut’ suami… Lana juga tak lupa mengasuh anak dengan ajaran Islam.

Mengintai laman media sosial Lana Nodin, usahawan ini nyata seorang ibu yang sangat prihatin. Seronok tengok telatah Lana yang lembut mengajar Gia membaca doa makan, membaca Al-Fatihah, dan tidak ketinggalan mengajar tentang solat.

Waktu masih kecil inilah masa terbaik untuk ibu bapa terapkan didikan yang sempurna. InshaAllah, anak-anak akan mudah ingat dan praktikkan apa yang mereka nampak. Kalau tengok Gia pun, anak kecil ini memang bijak dan mendengar kata. Pandai Lana dan suami membentuk sahsiah diri permata hati mereka!

Walau Suami ‘Mat Saleh’, LANA NODIN Tekun Ajar Anak Solat & Kenal Islam!

IKLAN

Suami Lana pun tidak kurang hebatnya. Meskipun empat tahun bukanlah tempoh yang lama untuk mendalami Islam namun kemampuan Daud Mckienzie melaungkan azan ke telinga anak mereka saat dilahirkan turut mendapat pujian. Rakaman video yang dimuatnaik Lana ketika suami mengazankan William tidak hanya membuatkan peminat terharu bahkan ia berjaya meraih lebih sejuta tontonan.

Moga Lana terus kuat menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga tercinta dan memberi inspirasi kepada kaum wanita, isteri dan ibu dengan teladan yang baik.

IKLAN

 

Kredit: Instagram Lana Nodin

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI