Zaman millennial kini menyaksikan ramai wanita berhijab yang tampil trendy dan tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend fesyen semasa. Walaupun berhijab, penampilan harus dijaga agar kelihatan lebih berkeyakinan sekaligus memberi impak positif buat seorang wanita muslimah.

Penting buat anda yang memakai hijab menyesuaikan pakaian dengan imeh bertudung agar kelihatan sopan dan tidak menjolok mata. Ekoran fesyen Muslimah yang semakin meriah dengan keluaran pelbagai koleksi pakaian Muslimah moden, berikut merupakan beberapa tip fesyen terkini khusus untuk wanita bertudung yang boleh dijadikan panduan.

IKLAN

1. TUBUH TINGGI

Walaupun BERTUDUNG, Fesyen Anda TETAP STYLISH & SOPAN!

Bagi Wanita yang mempunyai tubuh yang tinggi, anda cukup beruntung kerana memiliki tubuh yang menjadi idaman setiap wanita diluar sana. Anda sesuai memakai pelbagai jenis busana muslimah dari jubah, tunik hingga ke paduan blaus dengan skirt atau seluar panjang.

Malah, anda juga sesuai bermain dengan fesyen yang lebih berani seperti permainan rona busana, potongan busana dan sebagainya. Untuk menaikkan seri penampilan anda, anda boleh memakai aksesori seperti rantai atau gelang supaya penampilan anda kelihatan lebih cantik dan lebih manis. Namun harus diingatkan, jangan memakai aksesori berlebihan hingga boleh menenggelamkan penampilan anda.

2. TUBUH KECIL

Walaupun BERTUDUNG, Fesyen Anda TETAP STYLISH & SOPAN!

Wanita muslimah yang bertubuh kecil seeloknya elakkan diri daripada memakai jubah yang terlalu besar dari saiz anda. Ia hanya akan menampakkan tubuh anda kelihatan janggal dan seakan tenggelam. Untuk kesan terbaik, anda boleh memakai blaus yang panjang atau tunik labuh paras lutut dan dipadankan dengan seluar jenis straight cut.

Anda juga boleh memilih rona terang sebagai pilihan agar anda kelihatan lebih berisi. Dari segi pemilihan tudung, anda digalakkan untuk memilih tudung atau selendang dengan warna yang senada agar penampilan anda kelihatan cantik dan sopan.

3. TUBUH BERISI

Walaupun BERTUDUNG, Fesyen Anda TETAP STYLISH & SOPAN!

Rata-rata wanita berisi rungsing untuk memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh mereka. Untuk tubuh berisi, pilih blaus dan seluar jenis wide leg. Dengan blaus muslimah ini anda akan kelihatan lebih langsing. Untuk memberi kesan langsing yang paling berkesan, pilihlah warna gelap untuk menghasilkan ilusi dan menyamarkan bentuk tubuh anda.

Pilih tudung atau selendang yang tidak berlapis untuk menghindari efek penuh pada penampilan anda. Anda juga boleh memilih corak yang ringkas seperti garis-garis lurus atau corak abstrak yang berbentuk kecil supaya anda kelihatan langsing dan tidak berisi.

4. PEMILIHAN RONA

Walaupun BERTUDUNG, Fesyen Anda TETAP STYLISH & SOPAN!

IKLAN

Pemilihan rona juga amat penting buat wanita berhijab. Tentu sekali anda tidak akan pernah salah apabila memilih rona hitam sebagai pilihan. Ia bukan sahaja menjadikan tubuh anda kelihatan langsing, malah warna hitam juga membuatkan penampilan anda kelihatan elegan dan eksklusif.

Sekiranya anda tidak menggemari rona hitam dan menganggapnya ia sebagai rona yang membosankan, anda boleh memilih rona-ronna pastel seperti dusty pink, lilac, hijau muda, ungu lembut, mint green dan banyak lagi. Rona-rona ini mampu memberi sisi kelembutan dan feminin yang tiada tara buat penampilan anda. Elakkan memilih rona terlalu terang atau neon untuk dijadikan pilihan.

5. BUSANA LONGGAR

Walaupun BERTUDUNG, Fesyen Anda TETAP STYLISH & SOPAN!

Siapa kata busana longgar tidak bergaya? Anda boleh bergaya dengan koleksi busana Muslimah seperti kaftan yang kini banyak tersedia dalam rekaan longgar dan trendy. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk potongan dan juga dalam motif yang cukup menarik. Selain tampil lebih trendy, busana jenis ini pastinya memberi keselesaan optimum buat si pemakai.

IKLAN

Bukan itu sahaja, malah ia memudahkan pergerakan anda untuk melakukan aktiviti seharian. Koleksi busana seperti ini bukan sahaja sesuai untuk digayakan bersama seluar, malah cukup menarik untuk dipadankan bersama skirt labuh.

6. MENUTUPI BAHAGIAN PINGGUL

Walaupun BERTUDUNG, Fesyen Anda TETAP STYLISH & SOPAN!

Ramai wanita yang terlepas pandang mengenai hal ini. Pakaian yang menutupi bahagian pinggul juga perlu dititikberatkan buat seseorang Muslimah. Kini terdapat banyak koleksi pakaian muslimah moden yang mempunyai rekaan menutupi bahagian pinggul wanita.

Penting untuk wanita berhijab memakai pakaian yang tidak memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang dipakai adalah ketat.Sebaiknya jika seluar yang digayakan sedikit ketat, anda dinasihatkan untuk memakai baju yang lebih panjang melebihi paras punggung dan peha. Sebagai contoh, anda boleh memilih kemeja oversized berona putih untuk dijadikan pilihan.

7. MEMAKAI OUTERWEAR

Walaupun BERTUDUNG, Fesyen Anda TETAP STYLISH & SOPAN!

Memakai outerwear boleh memberi impak yang lebih trendy buat penampilan anda. Jika anda ingin tampil kasual bersama padanan jeans dan t-shirt kegemaran anda, ‘always remember to put yourself an outerwear’. Selain memberi gaya stylish, pemakaian outerwear juga mampu menutupi bentuk tubuh anda daripada terlihat terus.

Jenis-jenis outerwear yang boleh anda gayakan adalah seperti kardigan, blazer, kimono top, dan sweater. Pemilihan fabrik outerwear juga haruslah bersesuaian dengan aktiviti yang anda lakukan. Apa yang paling penting, bergayalah mengikut kesesuaian gaya dan personaliti anda!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI