Setiap orang pastinya ingin tampil menarik dan bergaya. Tidak kiralah samada ingin berjumpa teman, beriadah, membeli-belah mahupun bercuti. Tidak kira tempat apa pun lebih-lebih lagi apabila tempat itu sangat menarik untuk dilawati semua orang, para wanita mahupun kaum lelaki pasti ingin kelihatan bergaya dan menarik disana. Semestinya ramai yang bergaya ketika pergi ke tempat itu untuk bergambar dan mencipta kenangan bersama yang tersayang di tempat tersebut. Setiap tempat mempunyai pemakaian yang tersendiri dan sesuai untuk tempat tersebut. Kali ini Nona kongsikan fesyen Muslimah yang sesuai untuk bergaya di pantai!
1. LONG SHIRT DRESSES
Gaun baju panjang adalah yang paling cool untuk fesyen muslimah di pantai! Ia memberikan gaya yang sangat selesa dan kelihatan mudah untuk dipakai. Gayakannya dengan beg pantai yang menarik dan pakai tudung warna yang terang. Anda akan kelihatan menawan dan cantik ketika di pantai.
2. JEANS
Jeans sangat dialu-alukan di pantai. Ramai wanita suka mengenakan seluar jeans denim ke pantai kerana mereka kelihatan sangat comel dengan pakaian renang. Oleh itu, kenakan seluar jeans yang longgar untuk kelihatan lebih cantik dan bergaya untuk anda. Gayakan jeans dengan baju putih atau blaus beserta kardigan panjang.
3. BRIGHT COLOURS
Warna terang adalah yang terbaik untuk para hijabis di pantai. Cuaca di pantai sangat panas dan anda sudah memakai banyak lapisan baju. Jadi, jangan fikir untuk mengenakan pemakaian warna gelap. Fesyen pemakaian pantai muslimah yang sempurna terdiri daripada warna pastel dan warna cerah dengan pakaian yang selesa.
4. OVERSIZED SHIRT OVER STRIPPED PANTS
Baju oversized bersama seluar stripped adalah fesyen muslimah di pantai yang bergaya dan cool. Terdapat banyak seluar selain jeans yang boleh anda pakai ke pantai. Bergaya dengan baju oversized, ia kelihatan sempurna untuk fesyen muslimah di pantai. Jadi, mari kita gayakannya ketika berada di pantai nanti!
5. BURKINI
Burkini adalah sejenis baju renang sederhana untuk wanita. Asalnya ianya direka oleh Aheda Zanetti di Australia. Suit ini menutup seluruh badan kecuali muka, tangan dan kaki serta ianya cukup ringan untuk berenang. Pergayakan burkini dalam cara paling comel dan paling chic!