Setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk mencapai ketenangan minda. Faye Kusairi, 32 tahun, lebih selesa memandu laju untuk membuang jauh stres. Baginya memandu laju menguatkan daya fokus terhadap pemanduan tanpa boleh mencampur-aduk dengan perkara yang lain.
Menurut pelakon Istikarah Cinta ini, sikap suka mencabar diri yang ada pada dirinya membuat dia berkecimpung dalam dunia permotoran ini.
“Saya bermula hanya dengan suka-suka memandu go-kart sejak tahun 2006 lagi. Namun, setelah semakin mahir dalam lumba go-kart saya mula mahukan yang lebih lagi. Saya mula berjinak-jinak memandu kereta laju pada tahun 2012. Kepuasan memandu laju kereta memang sukar digambarkan. Hanya mereka yang memegang stereng di litar lumba sahaja yang tahu bagaimana perasaannya.
Bagi saya ketika berlumba kereta tidak boleh dibandingkan sama ada pemandu tersebut lelaki atau wanita. Ini kerana dalam pemanduan adalah kepakaran mengawal stereng dan rancangan untuk menang dan bukan kekuatan otot semata-mata. Ini yang membuatkan saya semakin tertarik dengan sukan permotoran ini,” ungkap mantan guru drama di Sri KDU ini.
Ads
Melihat gayanya yang lemah-lembut tidak sangka gadis yang gemar memasak ini benar-benar lasak. Menurut gadis kelahiran Sarawak ini dalam sukan permotoran dia lebih cenderung kepada perlumbaan formula. Antara perlumbaan yang pernah disertainya adalah, drift, drag, perlumbaan litar, gymkhana dan auto cross. Setiap jenis sukan tersebut membawa kepuasan yang berbeza. Walaupun begitu sekali-sekali dia tetap turun memandu go-kart.
“Bagi saya memang wanita jarang menyertai sukan permotoran ini tetapi, saya mahu memberi inspirasi kepada wanita di luar sana terutama remaja agar tidak membuang masa kepada perkara yang sia-sia. Dunia permotoran bukan untuk lelaki sahaja tetapi kita kaum wanita juga boleh menyertainya. Dengan syarat punyai kemahiran dan berani mencuba.
Ads
Minggu lalu Faye telah beraksi semula di litar lumba dan turut dikongsi melalui media sisialnya. Kongsi Faye, “Yesterday was an interesting race indeed. We had 15 mins to go for practice and qualifying but @mrzasyahmi managed to do 1 flying lap and secured P4 for our race.
1st stint was my responsibility and manage to gain P2 then I pit in to switch driver while safety car came in to naturalize the race due to an accident happened. Syahmi took over and finished the race and secured P4 overall in our class.
Ads
Kejadian ni berlaku bila a slow “purple car” was in the way. That purple car was my car, driven by my beloved brother, @farez889 Kereta siap 5.30am. So mendapatlah kereta engine “fighting with the wind”
Unfortunately, final result came out and we were disqualified due to overtaking before control line. LOL. Bukan rezki kali ni. Car was in a superb condition, alhamdulillah! See you all in round 3 after raya,” kongsi Faye Kusairi.
Kredit foto: Instagram @fayekusairi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali penyanyi Indonesia yang dulunya popular dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Mulan Jameela.
Kalau dulu dia terkenal dengan imejnya yang seksi, tetapi kini tidak lagi. Setelah diberi hidayah oleh Allah tahun lalu, Mulan Jameela kini lebih selesa membuang semua pakaian seksinya dan memilih persalinan yang lebih labuh menutupi aurat dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.
Setelah berhijrah juga, Mulan Jameela kini gemar berkongsi dakwahnya di media sosial kepada followernya yang kini berjumlah 1.8 juta.
Mulan Jameela atau nama sebenarnya, Raden Terry Tantri Wulansari, berasal dari Garut, Jawa Barat, Indonesia, itu dulu popular dengan lagu genre pop iaitu ‘Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi’ dan gayanya begitu seksi. Tambahan pula, suaranya yang sedap menjadi lagi perhatian orang buat seketika dulu.
Rata-rata netizen turut memuji penampilan terkini Mulan Jameela yang lebih sopan dan santun berbanding sebelumnya.
Malah dia juga kelihatan sangat manis dan cantik dengan busana serta hijab labuh yang menutupi tubuhnya. Bukan itu sahaja, malah Isteri kesayangan kepada Ahmad Dhani ini juga turut lengkap mengenakan stoking bagi menutupi kakinya.
Biarpun mengenakan jubah dan hijab labuh, tetapi dengan sedikit sentuhan moden menjadikan busana digayakan lain dari kebiasaan.
Pada tahun 2019, Mulan Jameela telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas pulang dari Palestin. Imej yang seksi bukan lagi menjadi pilihannya dan kini lebih cenderung dengan imej wanita muslimah yang sopan. Semoga dia kekal istiqamah dalam perjalanan kehidupan.
Jiwa cekal Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah untuk hamil memang luar biasa. Sebelum menimang cahaya mata sulung, Baginda terpaksa menjalani 17 kali rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) dan menunggu kira-kira sedekad untuk bergelar ibu.
Meskipun diduga namun Tunku Azizah tabah dan sentiasa tersenyum. Pastinya menjalani rawatan IVF sebanyak itu nyata bukan satu proses mudah. Apatah lagi kesihatan mental dan emosi wanita sepanjang menempuh cabaran tersebut turut diuji.
Memetik titah Raja Permaisuri Agong sebelum ini, “Saya satu-satunya Permaisuri di dunia yang mempunyai empat cahaya mata hasil rawatan IVF.
Saya tidak malu katakan kepada seluruh dunia bahawa saya juga mengalami masalah dan kesukaran menimang cahaya mata. Usaha ini mengambil masa lebih sembilan tahun.”
Kesukaran Tunku Azizah mendapatkan waris takhta negeri Pahang telah memberi ilham kepada Baginda untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004.
Tak hanya berdepan cabaran IVF sebanyak 17 kali, Baginda juga pernah mengalami keguguran enam kali.
Pun begitu, ia tak jadi halangan buat Tunku Azizah untuk merealisasikan impiannya bergelar ibu. Kira-kira 10 tahun menanti akhirnya Baginda dikurniakan rezeki melahirkan putera sulung iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang kini berusia 28 tahun.
Sebelum dikurniakan anak kandung, Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong mengambil seorang putera angkat iaitu Tengku Amir Nasser Ibrahim. Baginda merupakan putera bongsu Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
Tengku Ahmad Iskandar Shah ialah anakanda pertama yang dilahirkan Raja Permaisuri Agong. Namun Tengku Ahmad Iskandar Shah mangkat sejurus dilahirkan pada 24 Julai 1990.
KDYMM Tengku Hassanal diputerakan pada 17 September 1995 dan turut mempunyai dua adinda lelaki serta dua adinda perempuan iaitu Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.
Tunku Azizah mendirikan rumah tangga dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Mac 1986.
Usaha dan jiwa cekal Tunku Azizah yang tidak pernah berputus asa mendapatkan zuriat wajar dijadikan sumber inspirasi ramai.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa hari kebelakangan ini, timeline Facebook Nona kembali viral dengan nama Nur Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 2004 yang ditaja Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.
Sejak Oktober 2015 hingga sekarang, beliau tekun menjalani surgical trainee di The Royal College of Surgeons of England dan dikatakan berhasrat menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik, suatu hari nanti.
Dr. Amalina Bakri, 30, merupakan graduan lulusan University of Cambridge dan pernah menimba pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust pada tahun 2013-2015.
Mengambil inspirasi siri drama tv Amerika kesukaannya, Grey’s Anatomy, Dr. Amalina tekad mencapai cita-citanya dengan bersungguh-sungguh. Di antara pencapaian terbaiknya di sana adalah:
MPhil/PhD, Translational Medicine and Therapeutics (University of Cambridge) 2017
Master of Philosophy (MPhil), Medical Clinical Sciences/Graduate Medical Studies (University of Cambridge) 2015
Harvard Sub-Internship Programme, Medical Elective, Maternal Fetal Medicine, Gynecology Oncology and Surgical Oncology (Harvard Medical School) 2013
Medicine (MBChB)- MD (The University of Edinburgh) 2013
BMedSc Pharmacology (Hons) with Industrial Experience (The University of Edinburgh) 2010
Kejayaan dan pencapaian Dr. Amalina Bakri sesungguhnya amat membanggakan wanita Malaysia. Sebutir bintang kejora yang berkilauan dari jauh, mengagumkan dan mengharumkan nama negara.
Selain komited dengan tugasnya, Dr. Amalina juga amat meminati bidang sukarelawan dan pernah berkhidmat secara sukarela sebagai doktor perubatan di Meru District Hospital, Tanzania selama 3 bulan.
Beliau juga secara sukarela turut menjadi guru Bahasa Inggeris di Tanzania dan Zanzibar pada tahun 2010.
Tidak cukup dengan itu, Nona suka dengan gaya Dr. Amalina yang kelihatan cukup fashionista. Rambut lurus hitam dan panjang mengurai menyempurnakan penampilan wanita pintar ini yang bertubuh langsing.
We love you Dr. Amalina Bakri, jom kita tengok beberapa foto-foto beliau yang diambil dari laman Instagramnya. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!