Dulunya bangunan ini merupakan stesen janakuasa elektrik yang penting di London sebelum operasinya ditamatkan pada tahun 1983. Hari ini, Battersea Power Station (BPS) ‘bernafas’ semula sebagai sebuah mercu tanda ikonik terbaharu – bangunan bersejarah, destinasi beli-belah, pusat seni budaya serta tumpuan warga London dan pelancong seluruh dunia.

Terletak di tebing selatan Sungai Thames, stesen janakuasa elektrik arang batu Battersea Power Station dibangunkan oleh London Power Company (LPC). Konstruksi stesen A bermula pada tahun 1929, sementara stesen B hanya mula dibina pada tahun 1945.

Ads

Dengan struktur ikonik empat serombong asap, kedua-dua stesen janakuasa itu melakar sejarah sebagai salah satu bangunan batu-bata terbesar di dunia.

Selepas diambil alih oleh Malaysia, bangunan tinggalan sejarah ini dibangunkan semula menjadi unit kediaman, unit pejabat, lot kedai, restoran serta ruang hiburan dan riadah.

Paling penting nama Malaysia dan wang KWSP kita terpahat di sana. Projek BPS dibangunkan menerusi pelaburan Sime Darby Property Bhd, S P Setia Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan nilai keseluruhan pembangunan kasar (GDV) £9 bilion (RM46.41 bilion).

Wang Rakyat Malaysia Di Battersea Power Station, Ini Fakta Menarik Tentang Bangunan Ikonik Terbaharu London

 

Wang Rakyat Malaysia Di Battersea Power Station, Ini Fakta Menarik Tentang Bangunan Ikonik Terbaharu London

 

KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijemput khas untuk menyempurnakan pembukaan rasmi BPS dengan menghidupkan semula kuasa secara simbolik di Dewan Turbin A, yang tidak aktif selama lebih 30 tahun. Membanggakan!

Wang Rakyat Malaysia Di Battersea Power Station, Ini Fakta Menarik Tentang Bangunan Ikonik Terbaharu London

 

Ads

Wang Rakyat Malaysia Di Battersea Power Station, Ini Fakta Menarik Tentang Bangunan Ikonik Terbaharu London

 

Wang Rakyat Malaysia Di Battersea Power Station, Ini Fakta Menarik Tentang Bangunan Ikonik Terbaharu London

 

Ads

FAKTA MENARIK

  • BPS pada asalnya telah diberhentikan operasi sejak lebih 3 dekad lalu.
  • Ia pernah membekalkan satu perlima tenaga elektrik ke kota London.
  • Lokasi ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem popular, budaya pop dan rock di UK, termasuk menghiasi kulit album kumpulan muzik ‘The Beatles’ dan ‘Pink Floyd’.
  • Pada September 2012 konsortium Malaysia memuktamadkan pembeliannya pada harga £400 juta (RM1.972 bilion).
  • Sime Darby Property dan S P Setia masing-masing memegang 40% ekuiti dalam konsortium manakala KWSP memiliki baki 20%, sementara pengurusan pembangunan projek itu dilaksanakan oleh BPSDC.
  • PNB pula adalah pemegang saham terbesar dalam Sime Darby Property dan S P Setia.
  • Selepas hampir 10 tahun diambil alih konsortium Malaysia dan kerja pembangunan semula dijalankan, BPS akhirnya dibuka secara rasmi pada Oktober 2022.
  • Tersenarai sebagai hartanah Gred II*, bermakna BPS mempunyai kepentingan bersejarah dan seni bina khusus, serta tertakluk kepada peraturan yang melindungi ciri uniknya.

 

Dirasmikan pada 14 Oktober 2022, pembukaan semula BPS nyata turut menggembirakan warga London yang menghargai nilai sejarah pada bangunan ini.

Jom saksikan sendiri kemeriahan perasmian BPS, memang meriah sakan…

 

Wang Rakyat Malaysia Di Battersea Power Station, Ini Fakta Menarik Tentang Bangunan Ikonik Terbaharu London

 

Tunggu jap! Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (klik link sini)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI