Itu nasihat padu pelakon cantik manis Fatin Afeefa buat wanita-wanita di luar sana. Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah kereta jenis Mercedes-AMG GLE43 Coupe untuk kegunaan hariannya. Menurut Fatin menerusi hantarannya di Instagram, kereta mewah tersebut dibeli dan merupakan ‘reward’ untuk dirinya setelah bersusah payah berpeluh keringat selama enam bulan menjadi seorang ahli perniagaan.
Menerusi laman sosial Instagram, Fateen sempat berkongsi foto terbaru kereta mewahnya yang baru tiba untuk tatapan peminat-peminatnya.
“6 months of hustling as a businesswoman, this is the result! All the sweat, blood, and tears. Finally! Pelik kan? I slowed down on acting and singing to focus on my business, and I don’t have any regret. I realize going after my dream is the best way for me.
Girls.. You need to have your own dreams and most importantly a career. Build your own dreams. Jangan harap “Daddy-Kasi” je nanti ada orang buat content. Nak tanya, siapa sini nak jadi agent? A new wave is coming 😎🧡
Pada perkongsian itu lagi, Fatin dilihat cukup teruja bersandar di hadapan kereta yang masih berbalut riben merah. Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat pelakon ini yang berjaya memiliki kereta idamannya.
Untuk makluman, selain rezeki dalam bidang seni dan aktif di media sosial, Fatin juga turut memiliki produknya sendiri iaitu LeanbyFA, iaitu minuman berkhasiat (penganti makanan) yang mampu mengurangkan berat badan serta manfaat-manfaat lain.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 31.7k tanda suka daripada pengikutnya, dan semoga ianya memberikan inspirasi buat kaum wanita di luar sana untuk memajukan diri demi kelangsungan hidup.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar tak sedar dah genap empat tahun usia anakanda kesayangan Che Puan Sarimah Ibrahim dan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.
Cepat betul masa berlalu. Nampaknya YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin kini semakin comel dan bijak!
Untuk info, CP Sarimah bernikah dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Empat tahun kemudian iaitu pada 19 Julai 2019 lahirlah seorang puteri diberi nama Tunku Sofia Najihah bermaksud kemenangan yang indah dalam Islam.
Menurut CP Sarimah, nama itu juga turut menggabungkan nama nenda suaminya iaitu ‘Najihah’.
Basru-baru ini CP Sarimah berkongsi di Instagram peribadinya, ucapan harijadi buat Tunku Sofia.
CP Sarimah memuat naik foto Tunku Sofia yang menyarungkan ballgown berwarna maroon lengkap dengan crown. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Tunku Sofia apabila mengenakan gaun tersebut. Sweet sangat!
Tulis CP Sarimah di ruangan kapsyen: –
“Happy 4th birthday sayang @tunkusofianajihah.. Alhamdulilah… to the loveliest smartest kindest little one in our world..
“Mummy and daddy deeply love you our munchkin sayang.. may you have health and happiness and contentment always. Amin,” kongsi CP Sarimah yang pernah dinobatkan sebagai Pengacara TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010.
Dalam hantarannya yang kedua, CP Sarimah sekali lagi menitipkan kata-kata ringkas buat Tunku Sofia.
“Our little princess. Happy birthday sayang.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat serta pengikut CP Saruimah menitipkan ucapan dan harapan buat Tunku Sofia.
Semoga Tunku Sofia membesar sebagai anak yang solehah, bijak dan berbakti kepada kedua ibu bapa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepulangan Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, satu-satunya rakyat Malaysia di wilayah Palestin ke tanah air baru-baru ini agak berbeza dari sebelum-sebelumnya. Nadir, 35 tahun, pernah mengejutkan negara berkaitan kontroversi berkaitan sumbangan dana ke tanah Al-Aqsa itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa tahun lepas.
Bagi yang mengenali Nadir, pasti maklum akan peribadinya yang cukup tenang dan menyenangkan. Pengasas Cinta Gaza Malaysia ini merupakan seorang yang suka membantu dan berbuat amal kebajikan, malah Nadir juga anak seorang ahli akademik terkenal bertaraf profesor serta dilahirkan di Scotland.
Seorang yang terpelajar, Nadir merupakan bekas mahasiswa Asasi Sains UM, graduan Ijazah Sains Marin (UMS), Diploma Syariah dan Bahasa Arab (Kolej Antarabangsa Damsyik) dan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Universiti Islam Gaza).
Lelaki yang mengahwini balu syahid Palestin itu turut berkongsi satu coretan yang menyentuh hati. Selain kisah viral yang pernah ‘melonjakkan’ nama Nadir, lelaki hebat ini rupanya disanjung tinggi oleh masyarakat Malaysia. Jom hayati kata-kata beliau…
“Saya mengambil masa agak lama untuk menulis tentang ini tetapi terlalu banyak pihak yang berjasa sampai saya merasakan kewajipan melahirkan rasa terima kasih kepada mereka.
Setelah 10 tahun berada di Palestin tipulah kalau saya tak menilai 10 tahun tersebut dan membisik di dalam hati kalaulah ia digunakan di tempat lain. Kalau digunakan untuk membangunkan bisnes mungkin saya sudah menjadi kaya. Kalau dibangunkan untuk melebarkan sayap kemanusiaan mungkin saya sudah menjejak majoriti negara di dunia. Kalau digunakan untuk menuntut ilmu di universiti idaman mungkin saya sudah bergelar Dr.
Tetapi saya ditakdirkan untuk menanam benih di bumi barakah ini, yang pucuknya mula kelihatan selepas 10 tahun.
Dalam dua tahun terakhir, ia tempoh yang paling sukar untuk saya di sini. Dua tahun tidak balik ke Malaysia membuatkan setiap hari saya membelek laman-laman tempat peranginan dalam negara lalu menutup mata membayangkan berada di sana , berehat seketika.
Kemudian saya membuka group whatsapp keluarga membaca apa yang sedang keluarga lakukan bersama sedang saya berada kejauhan, kerinduan sambil mengenang bila dapat bertentang mata.
Di waktu tohmah dan fitnah meribut pasca perang tahun lepas saya berada dalam keadaan depresi yang teruk lebih-lebih lagi bidadari dan ahli keluarga di sini tak memahami pun hebatnya terjahan netizen yang melanda, mereka hanya nampak saya terjelupuk di bucu katil sambil mengesat air jernih yang tumpah mengalir ke pipi tanpa memahami apa yang boleh dilakukan untuk memujuk saya.
Tetapi betullah, dengan izin Allah, what doesn’t kill you makes you stronger.
Setelah 10 tahun berada di Palestin kepulangan saya ke tanah air baru-baru ini berbeza. Bukan semata-mata kerana sudah 2 tahun tak bertemu ahli keluarga dan kenalan tetapi lebih besar kerana ‘tercampak’ ke pentas utama walaupun dukacitanya, ia tak bermula dengan sebab perjuangan Palestin.
Tetapi begitulah kehendak Allah, dibukakan mata dan hati mereka yang dikasihi melalui apa cara yang dikehendakiNya.
Daripada langkah kaki pertama turun dari perut pesawat di ibu negara, saya mendengar ‘ground personnel’ berbisik, eh, tu Nadir yang di Gaza tu kan? Kemudian saya disapa pihak Kementerian Kesihatan yang bertugas bertanyakan khabar, diajak bergambar dengan pasukan medik yang melakukan ‘swab test’ sampailah ditegur kakitangan Jabatan Imigresen yang menguruskan pasport kecemasan.
Sepanjang berada di kuarantin puluhan peniaga menghantar mesej untuk membiarkan saya merasa produk mereka, hanya belasan yang sempat saya review dan kongsikan tentangnya. Setelah ‘merdeka’ saya bertemu pula puluhan insan yang sebelum ini hanya dikenali di medan maya begitu juga yang memberikan sokongan tanpa pernah bersua.
Ketika itu saya tahu bahawa rupanya wajah saya dikenali ramai rakyat Malaysia, sama ada yang menegur atau yang menjauhkan diri dengan sebab peribadi mereka. Semasa itu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah bukan kerana saya dikenali, tetapi kerana Allah telah membuka mata masyarakat untuk isu Palestin melalui batang tubuh saya.
Ia bukan perjalanan yang pendek, 10 tahun daripada usia di tempoh ‘emas’ kehidupan, bermula umur 26 tahun sehingga 35 tahun dihabiskan di sini, setiap hari, setiap masa untuk bumi ini.
Untuk kalian yang sempat saya santuni dan yang tak sempat saya temui, nukilan ini untuk kalian. Kalian yang menyokong saya selama ini atau yang baru mengenali, kalian yang meniup semangat sampai saya tak tumbang dan terus berdiri, kalian yang punyai jutaan pengikut atau yang hanya dikenali makhluk langit.
Untuk kalian semula, dari sedalam hati saya, terima kasih kerana terus menyokong Nadir Al-Nuri. Terima kasih kerana mengetuk hatinya dengan budi kalian dan paling penting, terima kasih kerana membolehkan insan kerdil ini terus bertapak untuk Palestin.
Saya tak akan lama di sini tetapi biarkan waktu-waktu terakhir ini diisi dengan saham pahala kita bersama.
Biarkan jejak kita tinggal agar ia diinjak generasi baru yang akan mewarisi perjuangan ini.
Semoga Allah memberkati kalian.” Nadir Al-Nuri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alangkah bertuahnya bila diberi kelapangan menyahut seruan Ilahi ke Tanah Suci. Apatah lagi jika bersama dengan asatizah-asatizah terkemuka seperti Ustazah Asni Mansor dan Ustazah Asma Harun di sana. Inilah rezeki selebriti yang juga usahawan terkenal Yatt Hamzah, yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah seorang diri.
Mesra disapa Bonda Yatt, ibu anak enam (seorang keguguran) yang cukup aktif dalam Pertubuhan Usrah Suci Malaysia itu banyak berkongsi aktiviti ibadahnya di Mekah dan Madinah, termasuk menjalankan sesi Zoom dari sana.
Perkongsian tersebut sedikit sebanyak mengubat kerinduan kita di sini, yang majoritinya masih menunggu-nunggu peluang menunaikan ibadah di Tanah Suci.
Menariknya satu perkongsian video daripada Yatt di Masjid Nabawi, antara yang menceritakan hajat besar seorang wanita untuk disemadikan di sana.
“Ya Allah, aku sangat teringin membawa keluargaku untuk menetap di Madinah agar berada dekat dengan Nabi ku.
Aku sangat teringin anak-anak ku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi,” Yatt Hamzah
Ujar Yatt, dia juga sangat berbesar hati walau sekiranya ditakdirkan untuk menjadi seorang cleaner, asalkan dapat berkhidmat di Madinah.
“Jika pada perkiraan-Mu, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati Ya Allah.
Aku amat amat bangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullah ku SAW. Kau makbulkanlah doa-doa Bonda ini wahai Tuhan yang Maha Memakbulkan Doa.” Yatt Hamzah
Tulis Yatt lagi, pengalaman membersihkan Masjid Nabi SAW cukup luar biasa walaupun sekejap. Beliau sudah lama teringin membantu pekerja-pekerja kebersihan di dalam masjid suci ini kerana nalurinya yang suka membersihkan rumah.
“Alhamdulillah direzekikan dapat merasa menjadi cleaner Masjid Nabawi walaupun hanya sebentar” Yatt Hamzah
Allahu, besarnya hati Yatt Hamzah. Didoakan semoga kita semua beroleh peluang untuk menjejaki Tanah Haram juga suatu hari nanti. Insya-Allah!
Sumber: Instagram @yatthamzah_suci
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!