Tanyalah mana-mana wanita, tak siapa ingin bergelar janda apatah lagi pada usia muda. Walau kita sudah berada di zaman serba moden, status “janda” seringkali dipandang serong apatah lagi bila bergelar artis. Itulah hakikat yang perlu diterima oleh pelakon jelita, Fatin Afeefa yang kini hidup solo bersama dengan dua orang anak hasil berkahwinannya yang terdahulu.
Lebih lima tahun bergelar ibu tunggal, Fatin Afeefa mengakui ada segelintir masyarakat masih memandang hina gelaran janda mahupun ibu tunggal. Diakuinya sendiri menerusi sesi Live nya di Tik Tok baru-baru ini, Fatin menjawab pertanyaan peminatnya berhubung isu ini.
“Bagaimana awak hadapi pandangan orang tentang ibu tunggal sebab ramai yang memberi tanggapan negatif terhadap gelaran tersebut,” soal individu tersebut.
Ads
Dengan tenang Fatin menjawab, “Sejak bergelar ibu tunggal sejak lima tahun lalu, macam-macam gelaran orang beri pada saya. Secondhandlah, kereta terpakai pun ada. Siapa yang tidak sedih, walaupun sayalah wanita yang menuntut cerai tetapi orang tetap mengata mengenai saya,” kata pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin yang berumur 28 tahun ini.
Ads
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata lelaki lah yang kebanyakkannya akan memberikan pandangan negatif terhadap golongan ibu tunggal.
“Selalunya orang yang mengutuk itu ialah segelintir golongan lelaki yang suka mengawal perempuan tetapi tidak dapat, sebab itu mereka merendah-rendahkan janda.
“Ada sesetengah wanita anggap lebih okay kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia daripada berstatus janda. Saya memilih untuk menjadi janda sebab saya ingin kejar kebahagiaan begitu juga untuk anak-anak. Tidak hina pun status janda ini dan jangan sesekali rasa sedih dengan perkara tersebut,” katanya lagi. Untuk rekod, Fatin berkahwin dengan pelakon Adam Shahzpada pada tahun 2013 dan disahkan bercerai pada 2017.
Mudahnya seorang wanita nak kumpulkan pahala. Sebab itu Ustazah Asma’ Harun menegaskan, gudang pahala adalah di rumah sendiri.
Bertepatan dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, sesuai sungguh jika kita berkongsi informasi yang bermanfaat lebih-lebih lagi untuk menjadikan wanita itu sebagai penghuni syurga Allah. Melalui perkongsian ceramah dari Ustazah Asma’ Harun, keistimewaan wanita sungguh hebat sekali. Tetapi ada syarat-syaratnya.
Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Diringkaskan oleh Ustazah Asma’, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:
Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.
“Diri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kita boleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.”ujarnya.
Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:
“Apabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.”
TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.
“Kalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.”katanya lagi.
Sumber video: YouTube, Audio Kuliah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini suami sibuk bekerja dan masa banyak dihabiskan di pejabat. Tetapi apabila dalam tempoh PKP, hampir setiap masa dia ada di rumah. Inilah masanya untuk berhias cantik supaya suami pandang tak berkelip!
Bagi Datin Seri Masdiana Muhamad, isteri kepada Menteri Besar Selangor, YAB Dato Seri Amirudin Shari, beliau seolah-olah mendapat semula ‘kehidupan’ lalu yang sudah lama ditinggalkan.
“Apabila kerajaan melaksanakan tempoh PKP, bagi saya tidak banyak perubahan ketara yang berlaku kerana sebelum ini saya memang surirumah sepenuh masa. Cuma, kali ini saya dapat menikmati kembali zaman-zaman di mana saya banyak berada di rumah dan membesarkan anak-anak sepenuhnya.,”katanya.
Ibu kepada enam orang anak ini berkongsi rutin harian dan aktiviti yang dilakukan bersama keluarga ketika dalam tempoh PKP.
“Awal pagi lagi saya akan bangun dan bersiap. Bukan nak ke mana-mana,sekadar nak bagi suami rasa tenang pandang isteri yang ada depan mata. Sebelum ini suami sibuk bekerja, hadiri mesyuarat dan macam-macam lagi.
Jadi di rumah, saya tetap akan pakai lipstick dan foundation. Baju pun saya pilih yang sedap mata memandang. Dah selesai bersolek, barulah saya akan siapkan sarapan, kami makan sama-sama. Biasanya saya dan anak-anak yang akan riuh di dapur. Masing-masing ada tugasan sendiri, masak nasi, susun pinggan, dan ada juga yang dibuat bersama. Pembantu rumah pun boleh buat benda lain.
Masa inilah kita boleh ajar anak-anak. Praktikkan apa yang diajar tu depan mata. Tak perlu serius. Santai-santai saja. Anggap ini aktiviti yang seronok-seronok. Saya sempat juga ajar mereka susun pinggan di meja makan sampaikan mereka berebut-rebut!” katanya.
Menurut Datin Seri Masdiana, dalam musim Covid-19 ini ada satu rancangan iaitu Qurantime yang menjadi titik tumpu untuk bermuhasabah diri.
“Seronoknya pada situasi sekarang, rancangan Qurantime yang dapat mengeratkan kekeluargaan. Waktu inilah kita dapat muhasabah diri, dapat belek ayat al-Quran itu satu per satu. Andainya ada di antara kami yang tak dapat join, kami akan catat isi kandungan rancangan dan kami akan kongsi bersama ilmunya.
Dan perkara yang menjadi cita-cita dan idaman kami adalah waktu untuk solat berjemaah. Tugasan Menteri Besar terlalu padat,. Kami hanya dapat berjemaah pada waktu Maghrib sahaja. Tapi kali ini, hampir setiap waktu. Dan lepas solat, kami akan mengaji bersama dan ada yang siapkan kerja sekolah masing-masing. Inilah bonding paling seronok yang kami lakukan,”katanya.
Menjengah ke laman Facebook Datin Seri Masdiana, boleh buat semua orang kecur air liur kerana beliau banyak berkongsi resepi dan cara memasak menu yang sedap-sedap. Daripada orang yang tidak boleh memasak, mungkin akan dapat skil sehebat Datin Seri andai dipraktikkan resipi yang dikongsi bersama.
Nasi semalam yang tak habis tu jangan dibuang. Boleh di buat cucur ikan bilis. Sedap tau, lembut pulak tu. Tambah carrot…
Tak baik membazir, dari lebihan gula merah kuih Lopez dan santan pulut harumanis, maka jadilah Sagu Gula Melaka ambil inspirasi dari sahabat @iamlynnazhar. Alhamdulillah 😍😍#dudukrumahje
Menyediakan juadah sarapan pagi untuk keluarga. Makanan kegemaran suami dan anak-anak iaitu lenggang-lenggang (lempeng). Cicah pula dengan kari kepala ikan semalam. Nyummy… Kalau cik abang mkn mau 4-5 keping. Paling best panas-panas angkat dari kuali, terus makan. Kruk-kruk rangup di belah tepi. Makan begitu saja tanpa kuah pun sedap. Sekali buat sampai 1 kg tepung, tu belum masuk cucur. Jadi stok tepung sebulan mau dalam 5 kg. Alhamdulillah rezeki keluarga pagi ini… Happy Breakfast 😍😍#zawiyahhauqolahdianaamir #selangorgempurcovid19
“Banyak hikmahnya apa yang berlaku sekarang. Ia lebih kepada muhasabh diri sebagai hamba Allah. Apa yang kita dah buat selama ni, termasuklah mendekatkan diri kepada Allah di akhir zaman ini. Bila kita berada di rumah, ia menjadi proses di mana kita reset hidup kita. Lepas format, kita mulakan dengan yang baru.
Bila di rumah, kita boleh duduk di rumah dan perhatikan anak-anak. teliti semula adakah anak-anak solat dengan betul, didik anak-anak dengan adab sopan dan belek pelajaran mereka. Dalam diam, situasi sekrang ini adalah persediaan untuk menghadapi bulan Ramadan. Kita latih diri kita amalan yang baik sebelum hadirnya Ramadan. Kita perbetulkan kembali kehidupan.
Bila di rumah, baru kita tahu rumah adalah syurga. Sebelum ni sibuk membeli-belah, keluar ke sana sini sehingga nak memasak pun tak sempat. Ramai juga kawan-kawan saya yang sudah mula pandai memasak. Itulah ciri-ciri seorang ibu dan isteri. Bila dipandang dari sudut positif, terlalu banyak hikmah yang Allah turunkan saat ini.”katanya.
Datin Seri Masdiana yang juga Pengerusi Rumah Perlindungan Puteri Arafiah berkongsi kegembiraan apabila tujuh orang pelatih daripada Rumah Perlindungan Puteri Arafiah (RPA) berjaya menyiapkan pakaian seragam buat petugas kesihatan yang terlibat dalam mengekang penularan wabak Covid-19.
“Sesekali saya ada juga menjengah anak-anak di RPA dan baru-baru ini kita mengadakan program menjahit secara sukarela. Dan Alhamdulillah, pelatih-pelatih ini berjaya menyiapkan 36 pasang baju buat petugas kesihatan. Ini adalah salah satu pencapaian besar pelatih-pelatih kerana sungguhpun kita tidak berada sebagai frontliners, tetapi kita memberi sumbangan kepada mereka.”katanya.
Tidak hairanlah mengapa Datin Seri Masdiana langsung tidak kekok. Selain pandai memasak, beliau juga begitu mahir dalam jahitan. Baju raya anak-anak pun Datin Seri jahit sendiri tau!
Kredit foto dan video: Facebook Masdiana Muhamad Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang, kawan sekeliling kita melambangkan siapa diri kita. Jadi, pilihlah kawan yang betul-betul boleh membawa kesan positif. Beberapa tips ini boleh menjadi panduan untuk anda memilih teman.
Berwawasan tinggi
Jika anda sedang menyimpan impian u tuk lebih maju dalam hidup, tak kiralah dari segi kerjaya, perniagaan atau kehidupan, pilihlah teman yang boleh membantu anda ‘mendaki’ tangga yang ingin dituju. Anda perlukan orang yang positif dan sentiasa berfikiran terbuka.
Anda juga perlu menerima kehadiran teman baru ini dengan hati terbuka. Mungkin anda sudah biasa bersama teman yang ‘sama’ dan inilah masanya untuk anda keluar dari zon selesa.
Mempunyai nilai sama
Kata orang, jika pasangan berlainan pemikiran, dia pelengkap hidup kita. Tetapi berbeza pula jika hendak memilih kawan. Lebih baik pilih teman yang mempunyai nilai dan kepercayaan sama kerana anda boleh mendapatkan penghormatan dari segi pandangan. Malah, mereka juga lebih lantang menyuarakan pendapat.
Matlamat sama
Mungkin kita boleh gelarkan mereka ‘purpose partners’. Bila kita mempunyai teman dengan misi serupa, anda boleh bekerjasama dengan lebih baik dan mendorong di antara satu sama lain dengan lebih kuat untuk mencapai matlamat.
Teman ‘seimbang’
Kita semua ada kekuatan dan kelemahan. Itu normal kan? Memilih kawan dengan betul, anda sebenarnya berkongsi bakat, skil dan keupayaan mereka untuk menyuntik kekuatan kepada diri anda juga. Begitu juga sebaliknya.
Teman memberi motivasi dan mendorong
Tentu kita tak mahu memilih teman yang asyik murung dan berfikiran negatif setiap masa. Lebih kuat semangat seseorang, lebih tinggi harapan untuk anda juga mengecapi impian dan berfikiran lebih terbuka dan positif. Jangan kekang hidup anda dengan memilih kawan yang tak membantu kehidupan!
Teman rai kejayaan
Bukan saja anda perlukan teman yang menyokong perjalanan anda, tetapi teman yang turut meraikan kejayaan anda. Teman yang baik akan meraikan setiap pencapaian dan kejayaan yang dikecapi.
Malah, Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin turut berkongsi di dalam sebuah video di laman Instagram.
“Delete kawan-kawan yang melalaikan kita. Di dalam hadis Nabi sebut, seorang akan terpengaruh dengan akhlak kawan-kawannya. Delete atau left group yang send benda-benda tak baik pada kita. Biar kawan tak ramai tapi berkualiti,”katanya.