Suatu ketika dahulu, bintang atau influencer Instagram ini menjadi viral dengan memuat turun video “macam cantik je, macam comel je”. Dari situ, orang yang pada mulanya dikenali sebagai Asyalliee. Sejak itu dia telah mencipta nama di media sosial dan kini mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.
Cara solekan Asyalliee sentiasa mendapat perhatian warganet kerana ianya kelihatan cantik. Sering berkongsi tip dan banyak lagi menerusi laman media sosialnya.
Asyalliee berkongsi pendapat tentang lima kesalahan yang dilakukan ketika bersolek. Bermain dengan teknik solekan dan solekan memang menyeronokkan, tetapi sila berhati-hati, jika teknik atau kaedah solekan anda salah, anda mungkin kelihatan lebih tua daripada umur sebenar anda.
1. Tidak Prep Muka Dengan Betul, Terus Apply Foundation
Ada tak yang tak ambil berat persiapan sebelum makeup, tak cuci muka, tak pakai moisturizer atau foundation? Jangan lakukan ini kerana ia hanya akan membuat solekan kusam dan menyumbat pori-pori anda.
Anda perlu tahu tentang serum, pelembap, asas dan pengelupasan, apatah lagi alat yang betul untuk memastikan solekan kelihatan cantik dan kekal selesa.
2. Pilihan Warna Foundation Yang Tepat Untuk Tona Kulit
Mana-mana wanita atau gadis yang memakai solek tidak mahu mempunyai “caked-face.” Terlalu banyak “foundation” akan menyebabkan muka anda menampakkan garis halus atau kedutan, atau mengurangkan “kecerahan” wajah.
Tip semasa pembelian foundation adalah, calit di bahagian jawline anda kerana itu adalah warna kulit muka sebenar anda. Bukan meletakkannya di bahagian tangan.
Ads
Jika anda mempunyai kulit yang sedikit gelap, anda harus mengelak daripada memilih warna yang lebih terang daripada warna kulit anda, jika tidak, muka anda akan kelihatan kelabu. Sebaliknya, pilih warna yang menyempurnakan warna kulit anda untuk kelihatan “sempurna.”
3. Contour Ikut Bentuk Muka
Peminat solek mesti biasa dengan istilah “contour,” bukan? Jika anda baru mendengarnya, kontur adalah teknik yang digunakan untuk membentuk dan menyerlahkan struktur muka atau badan.
Fungsi kontur adalah sama seperti yang diterangkan dalam definisinya, yang terdiri daripada memberikan wajah rupa yang lebih jelas atau berstruktur dan menekankan ciri muka atau badan. Manakala highlight pula bertujuan untuk menyerlahkan atau mencerahkan kawasan wajah yang ingin ditonjolkan.
Jika melakukan silap apabila membuat contour ianya akan merubah muka anda 100 peratus. Dan ianya membuatkan solekan anda nampak tidak cantik.
Ads
Memilih kombinasi warna gincu yang sesuai untuk bibir adalah sangat penting dan dititikberatkan.Warna gelap gincu adalah dilarang. Kerana warna gelap tidak mendedahkan bentuk penuh bibir kita.Ia hanya memberikan ilusi bibir yang lebih kecil dengan jumlah yang kurang dan bersinar”.
Jadi pilih warna terang atau neutral untuk bibir anda… merah jambu, ungu atau merah terang akan sesuai.Ini mewujudkan fullness dan menjadikan kita kelihatan lebih muda.
Tambahan Asya lagi, pemilihan gincu yang betul akan menaikkan aura seseorang.
4. Set Muka Guna Loose Powder
Loose powder ialah sejenis bedak dengan tekstur halus digunakan untuk “set” foundation dan concealer, menjadikan solekan tahan lebih lama.
Ads
Pada masa yang sama, bedak tabur boleh menyumbat pori-pori anda, menjadikannya kurang kelihatan, menjadikan kulit anda kelihatan lebih licin.
Walau bagaimanapun, bedak tabur hanya mengandungi bahan serbuk dan tidak mempunyai faktor pelembab atau perlindungan matahari.
Produk ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat selepas setiap penggunaan solekan mereka.
Ramai yang beranggapan jika memiliki kulit kering mereka tidak perlu menggunakan loose powder. Ini adalah silap besar, kerana inilah yang akan menyebabkan solekan bercapuk.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Walaupun sudah berhijab namun Hannah Delisha atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini tetap mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen. Malah sejak bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah juga merupakan seorang pelakon dari Singapura ini penampilan Hannah Delisha begitu anggun dan mempesona.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Sudah menjadi adat menjadi seorang selebriti, tiap gerak-geri, penampilan dan kisah peribadi pasti menjadi bualan. Ditambah pula dengan perkembangan media sosial yang begitu meluas kini. Gaya atau fesyen yang digayakan oleh selebriti pasti mendapat komen atau likes tertinggi.
Hannah Delisha yang sering tampil cantik dan up-to-date mempunyai falsafah tersendiri dalam bidang fesyen ini. “Fesyen pada pandangan saya mempunyai dua maksud yang berbeza. Pertama, datang dari dalam diri sendiri, yang kedua, terzahir dari alter ego yang akan sering bertukar mengikut peredaran fesyen terkini,” tutur Hannah Delisha.
Namun jauh dari sudut hati gadis kacukan Inggeris-Melayu ini, lebih selesa memilih kesederhanaan. “Apabila berbicara tentang fesyen harian, saya lebih gemar gaya yang simple.
Bagi saya, asalkan selesa untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, sudah cukup memadai. Jika menerima undangan ke majlis-majlis rasmi, baru saya akan dress up dan menggayakan fesyen haute couture,” bicara Hannah lembut.
Namun, menurut Hannah memakai baju jenama terkenal tidak akan bermakna jika kecantikan luaran dan dalaman tidak dijaga dengan sempurna. “Secara peribadi, saya utamakan rehat dan tidur yang cukup untuk kelihatan cantik.
Tidak cukup jika kita menggayakan busana haute couture tetapi wajah nampak letih dan tidak bermaya sekali gus hilang seri tatkala menggayakan busana elegan seperti itu,” kongsi pelakon yang popular dengan drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer ini.
Usai majlis perkahwinannya tempoh hari Hannah Delisha juga turut menyatakan akan mula sibuk dengan dunia perniagaan yang diceburinya. “Saya akan sibuk dengan bisnes dan tak lama lagi saya akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia. Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material dan design. Saya jangkakan kalau tiada aral melintang, dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya,” kata Hannah Delisha.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Bercerita tentang idola dalam perniagaan, “Dalam Malaysia ni banyak usahawan wanita yang boleh dijadikan idola atau inspirasi. Neelofa is sudah tentu salah seorang dari mereka. Saya suka cara kerja dan profesionalisme Neelofa. Insha-Allah saya boleh belajar sedikit sebanyak dari dia juga,” kata Hannah Delisha.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejelitaan wanita benar-benar terserlah apabila raut wajahnya kekal remaja meskipun usia makin meningkat. Keremajaan kulit tidak akan datang dengan sendiri tanpa usaha yang berterusan.
Rejim kecantikan kulit memainkan peranan utama dalam mengekalkan kelembapan dan keserian kulit jauh dari dalam. Sebaik-baiknya penjagaan kulit harus dilakukan sejak awal agar kejelitaan terus terpelihara.
Nona mengintai rutin kecantikan wanita jelita, Datin Narena Nasrudin yang memiliki raut wajah yang lembut dan kulit bersih tanpa sebarang cela walaupun sudah mencecah usia 40 tahun.
Keanggunan wanita yang bertubuh tinggi lampai ini tidak perlu disangkal lagi dan pesona dalam dirinya melambangkan wanita yang bercita rasa tinggi dalam kelasnya tersendiri. Pasti ibu kepada empat orang anak ini menyimpan rahsia rejim kecantikan tersendiri.
Tanpa berselindung wanita yang mudah mesra ini berkongsi rahsianya mempercayai Clé de Peau Beauté sebagai produk yang membelai lembut kulit wajahnya.
“Saya memang menitik-beratkan penampilan dan bagi saya setiap wanita perlu menjaga kecantikan untuk kepuasan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Solekan menjadi suatu kemestian bagi saya walaupun hanya dengan berbedak atau bercelak.
Setiap wanita patut mengambil inisiatif untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya. Tidak semestinya menyarung baju berjenama mewah atau menggalas beg tangan buatan luar negara tetapi setiap wanita perlu tahu memotret dirinya di depan masyarakat.
Melalui aturan yang betul dengan manfaat yang ditawarkan oleh sesuatu produk adalah penting untuk kita wanita mendapat kulit yang bersih dan cantik seperti yang diidamkan. Saya begitu cerewet dalam pemilihan sesuatu produk terutama berkaitan dengan kulit.
Saya akan mencuba dengan teliti dan membaca ulasan sesuatu produk itu. Namun saya akan setia jika sudah berjumpa dengan produk yang menambat hati.
Kunci kepada kecantikan sebenar kulit adalah apabila mempunyai tahap kelembapan yang diperlukan oleh kulit. Rahsia saya sudah semestinya serum kesayangan saya, Clé de Peau Beauté, Le Sérum! Kuasa Clé de Peau Beauté, Le Sérum ini sangat menakjubkan kerana membantu menyegarkan kulit dari dalam umpama terjaga daripada lena yang panjang. Malah serum pujaan saya ini berupaya memberikan penghidratan maksimum dan menjadi nadi utama rejim kecantikan saya. Setelah berjumpa dengan Clé de Peau Beauté, Le Sérum ini saya tidak pernah tinggalkannya dalam rutin penjagaan kulit setiap hari dan menjadi teman percutian yang wajib dibawa.
Selain itu pembersih juga sangat penting dalam rutin penjagaan kulit harian saya. Fungsi buih pembersih ini adalah untuk membersihkan wajah jauh ke dasar kulit sambil mengekalkan kelembapan semula jadi. Sudah menjadi kemestian untuk memakai pembersih dua kali sehari. Kemudian diikuti pula dengan menyapu losen serta pelembap pada waktu siang dan malam.
Bagi mengekalkan kecantikan dalaman pula saya banyak makan buah-buahan, sayur-sayuran serta ulam. Saya tidak boleh hidup kalau tidak makan buah dalam sehari,” kongsi Datin Narena tentang rahsia rejim penjagaan kulitnya yang putih dan mulus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim solekan tebal seinci sudah tidak relevan lagi. Sekarang ini ramai yang suka wajah tampak semula jadi tetapi tetap flawless! Banyak pilihan produk yang ada di pasaran cuma anda sendiri perlu mencubanya. Dalam keadaan sekarang, mungkin tidak boleh menggunakan tester jadi anda minta pandangan dari pembantu jualan di kedai.
Untuk memilih bedak asas yang sesuai, anda tidak perlu menjadi professional. Cukup sekadar anda tahu jenis kulit agar pencarian bedak asas menjadi lebih mudah. Ikut tips di bawah agar solekan wajah anda lepas ni lebih cantik dan menarik!
Ambil tahu warna dasar kulit anda
Apa itu warna dasar? Ia adalah jenis cerah atau gelap kulit anda. Ia juga boleh jatuh dalam golongan warna dasar kulit sederhana. Jika anda kurang pasti jenis warna dasar, cuba bandingkan kulit wajah anda dengan selebriti atau model yang memiliki jenis kulit seperti anda. Lihat bagaimana mereka describe kulit wajah mereka.
Ambil tahu jenis kulit
Sebelum membuat pembelian bedak asas, penting untuk anda tahu jenis kulit. Jika jenis berminyak, pilih bedak asas BUKAN oil-based dan sebaliknya. Anda tentu tidak mahu kelihatan seperti permukaan pinggan yang terlalu berkilat dan berminyak kan!
Periksa kandungan
Anda perlu rajin membaca label kandungan pada pek bedak asas. Bimbang juga jika ada di antara kandungannya sensitif untuk kulit anda. Elakkan bahan kimia dan pilih produk menggunakan bahan semula jadi kerana ia lebih selamat untuk kulit.
Mencuba di tempat terang
Jika anda hendak membeli bedak asas, disarankan untuk memilih di kedai dan sekiranya anda sudah selesa dengan jenama tertentu, barulah anda boleh membeli secara online. Penting untuk anda mencuba bedak asas di kedai untuk memastikan warnanya sesuai dengan kulit.
Paling penting, cari tempat yang mempunyai pencahayaan terang kerana anda mungkin akan tersalah pilih dek kerana lighting yang terlalu gelap atau suram!
Iritasi pada kulit
Elakkan membeli produk atau jenama yang boleh memberi iritasi pada kulit, walaupun sedikit. Ramai wanita yang menyedari rasa tak selesa pabila menggunakan sesetengah produk tetapi masih meneruskan pemakaian kerana ia kelihatan cantik pada wajah.
Pilih dengan bijak kerana kulit wajah yang rosak mengambil masa untuk kembali kepada asal. Sebab itu anda perlu mencubanya sendiri di kedai.
Sapuan pada rahang
Anda boleh mencuba pelbagai jenis warna bedak asas dengan menyapu sedikit pada bahagian rahang, bukan di pergelangan tangan atau belakang tapak tangan. Biarkan beberapa saat untuk melihat pilihan warna yang sebati dengan kulit.
Tolong elakkan warna yang lebih cerah kerana anda mungkin nampak seperti memakai topeng!
Bedak asas yang melembap
Sekiranya anda memiliki kulit wajah kering, pilih bedak asas yang mempunyai pelembap sekaligus. Selain mencantikkan solekan wajah, ia juga boleh melindungi kulit daripada kekeringan.
Litupan tepat
Bedak asas menjadi keutamaan dalam setiap solekan wajah kerana ia berupaya menyembunyikan cela dan noda pada wajah lebih-lebih lagi si jeragat dan pilihan terlalu banyak di pasaran; dari yang cair sehingga yang padat.
Jika anda inginkan full coverage, gunakan bedak asas cair atau berkrim. Untuk kegunaan harian pula, disyorkan untuk anda menggunakan BB Cream atau CC Cream yang boleh meratakan kulit dan menutup cela pada wajah.
Ikut bajet
Walaupun ada bedak asas yang sangat sesuai dengan kulit wajah anda, selak dahulu bajet yang diperuntukkan. Jangan kerana ingin kelihatan cantik, anda terpaksa menanggung hutang di kemudian hari!
Tarikh luput
Amat penting untuk anda tahu tarikh luput produk pembelian kerana jika anda bukan seorang yang suka bersolek, pek bedak asas yang kecil sudah memadai. Takut nanti bila dah tamat tempoh, anda masih terus menggunakannya kerana dikatakan tidak alert dengan tarikh luput!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.