Dah jadi macam satu kewajipan kepada wanita menjelang raya ni semua nak nampak cantik, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kecantikan rambut pun bukan boleh dipinggirkan. Yang berhijab pun tetap nak rambut cantik dan terurus menjelang raya Jumaat ini.

Tak perlu susah-susah, guna bunga raya jer pun, rambut boleh cantik beralun. Khasiat bunga raya sudah diperakui sejak turun-temurun dan dipercayai dapat membantu merawat masalah rambut, melebatkan dan menghitamkan rambut.

IKLAN

Masih Belum Terlambat Nak Cantikkan Rambut Menjelang Raya, Guna Bunga Raya Jer…

Hanya dengan meramas bunga raya bersama air, lendir jernih yang terhasil perlu disapu pada rambut dan dibiarkan seketika. Kemudian bilas dengan air dan keringkan rambut secara semula jadi. Sejak dahulu juga masyarakat kita telah menggunakan bunga raya untuk menjaram rambut agar dapat meredakan panas badan akibat demam. Cara tradisional ini juga boleh digunakan untuk merawat bisul, luka dan kegatalan kulit.

Kuasa bunga raya begitu hebat kerana mengandungi zat besi, vitamin A dan C, kalsium serta kaya dengan kandungan serat. Bukan sahaja baik untuk kecantikan rambut, kalsium tinggi yang terkandung di dalamnya membantu pertumbuhan serta kekuatan gigi dan tulang. Selain bagus untuk tulang juga berguna untuk kesihatan mata dan kulit. Seratnya sangat diperlukan untuk memperbaiki sistem pencernaan. Bunga raya juga mampu memperbaiki dan menjana metabolisme tubuh.

Masih Belum Terlambat Nak Cantikkan Rambut Menjelang Raya, Guna Bunga Raya Jer…

Khasiat luar biasa yang terkandung di dalamnya mampu mengatasi masalah rambut nipis dan mencegah tumbuhnya uban pada usia muda. Bunga raya juga berkhasiat untuk mengatasi rambut gugur dengan cara meningkatkan pertumbuhan rambut. Malah dikatakan mampu menguatkan akar rambut sehingga membuat rambut kelihatan berkilau dan sihat.

Manfaat bunga raya untuk rambut terlihat melalui minyak bunga raya. Ia telah menunjukkan hasil yang luar biasa ketika meningkatkan pertumbuhan rambut. Minyak bunga raya kaya dengan vitamin C yang meningkatkan produksi kolagen (rantai asid amino yang memberi kekuatan rambut) dan memastikan pertumbuhan rambut sihat. Bunga raya juga berkhasiat untuk merangsang pertumbuhan kembali rambut daripada folikel yang tidak aktif dan kulit kepala tidak sihat. Selain itu, bunga raya juga membantu menebalkan rambut.

Bukan itu sahaja bunga raya juga membantu rambut daripada kekeringan, kerinting dan rosak teruk. Bunga raya bermanfaat untuk membantu mengatasi masalah kulit kepala gatal dan pertumbuhan kelemumur. Malah daun bunga raya membantu mencegah rambut bercabang dan menjaga rambut tetap kuat, mempunyai nutrisi dan terhidrasi.

Masih Belum Terlambat Nak Cantikkan Rambut Menjelang Raya, Guna Bunga Raya Jer…

IKLAN

KUASA BUNGA RAYA

  1. Topeng Rambut

Khasiat daripada kelopak bunga raya boleh dijadikan topeng atau masker agar dapat melancarkan peredaran darah atas kulit kepala. Nutrisi yang hadir melalui masker ini dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur dan merangsang pertumbuhan rambut. Jika diamalkan selalu boleh memperlambat proses tumbuhnya uban dan menghitamkan rambut secara semula jadi. Ambil beberapa kelopak bunga raya dan kisar bersama air. Kemudian biarkan seketika di atas kepala sebelum dibersihkan.

  1. Pewarna Rambut

Bunga raya juga boleh menjadi agen pewarna rambut. Sangat mudah untuk menyediakannya hanya dengan segenggam bunga raya dan segenggam kelopak ros merah. Kisar halus dan ditambah sedikit air. Lumur di atas kepala, semakin lama dibiarkan di atas kepala semakin maksimum efek warnanya.

  1. Syampu Rambut

Terdapat banyak syampu dan perapi rambut yang berasaskan bunga raya di pasaran. Tetapi jika mahu menggunakan resipi semula jadi boleh mencuba dengan merebus 15 helai daun bunga raya bersama bunga raya. Campur 1 gelas air dan rebus selama 15 minit. Setelah sejuk kisar sehingga halus dan gunakan ramuan ini untuk mencuci rambut.

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI