Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyeru wanita yang mengalami diskriminasi gender di tempat kerja untuk bersuara dan berkongsi kisah-kisah mereka. Melancarkan kempen ‘Wanita Tersisih’ (Invisible Women) baru-baru ini sebagai landasanuntuk memperluaskan suara wanita yang mengalami diskriminasi gender, kaum hawa boleh berkongsi kisah mereka secara anonim jika mahu melalui laman web kempen, invisiblewomen.com.my.
Tinjauan WAO menunjukkan 40% wanita hamil mengalami diskriminasi di tempat kerja. Justeru, gambaran di sebalik statistik tersebut didedahkan bagi menunjukkan impak ketara diskriminasi gender terhadap kehidupan wanita.
“Kempen ‘Wanita Tersisih’ ini menunjukkan betapa kerapnya masalah yang dialami oleh golongan wanita disisihkan di tempat kerja,” kata Iska Hashim, Pengarah Kreatif Kumpulan Leo Burnett, rakan kreatif kempen tersebut.
Bersama-sama dengan Ketua Reka Bentuk, James Seet, Hashim menerajui pasukan kreatif yang teruja untuk menyumbang terhadap isu ini.
“Wanita sering disoal ketika temu duga kerja, sama ada mereka merancang untuk mempunyai anak, malah bagi golongan wanita yang hamil pula berpotensi disisihkan di tempat kerja. Jika wanita tersebut berhenti kerja sementara untuk membesarkan anak-anak, mereka akan mengalami kesukaran untuk memasuki semula pasaran kerja,” jelas pengarah seni Leo Burnett, Lee Shyyi.
Pada masa ini, tidak ada undang-undang spesifik yang melarang diskriminasi gender dalam sektor swasta. Matlamat utamanya adalah untuk menyokong Akta Kesamarataan Gender yang akan melindungi daripada diskriminasi gender. Untuk merealisasikan hasrat ini, input dan sokongan orang ramai perlu untuk menyokong tindakan ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini 10 Februari genap 12 hari usia cahaya mata Noor Neelofa Mohd Noor dan hari ini juga genap 33 tahun usia selebriti dan usahawan popular berkenaan. Baru sahaja memegang status seorang ibu, ulang tahun kelahiran Neelofa tahun ini pastinya memberi seribu satu kenangan terindah dengan kehadiran Muhammad Bilal bin Muhammad Haris.
Lebih banyak berkongsi journey dan rutin harian sebagai ibu di media sosial sejak kelahiran Muhammad Bilal, Neelofa akhirnya memuat naik foto imbasan kehamilan dan mendedahkan kelahiran anak tersayang yang dijangka pada tanggal 10 Februari ini.
Kongsi isteri kepada Muhammad Haris atau PU Riz ini, “Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia. Tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.
Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu. Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan denagn Allah SWT. Harta dunia akhirat Abah dan Ummi.”
Dalam kenyataan media yang dikongsikan pihak Neelofa, pengasas Naelofar berkenaan selamat bersalin pada Sabtu, 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
Sementara itu, Neelofa turut menerima ucapan romantis hari lahir daripada suami tersayang. “Terima kasih teman pak ustaz jadi spideriz. Alhamdulillah atas semuanya. Happy birthday Zaujah. Moga Allah beri kebaikan nikmat dan pahala yang banyak atas pengorbanan sebagai ibu. Selamat Hari Lahir.”
Neelofa dan Haris Ismail selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang kecur liur dibuatnya tengok hidangan jualan kek dan bakeri air tangan isteri Pekin Ibrahim ini. Bijak bereksperimen dengan sajian manisan, perusahaan Mona Allen dilihat semakin maju dan memenuhi selera ramai. Malah ada pelbagai seleksi perisa kek yang ditawarkan buat penggemar dessert!
Difahamkan bisnes kek yang diusahakan ini sudah pun bermula sejak tahun 2019 lagi. Antara menu butter cake by Mona Allen ialah Classic, Orange, Pandan Kelapa, Chocolate Belgium dan Cempedak.
Terbaharu, dia turut kreatif menghasilkan Banana Chocolate Blackout dan cookies menyelerakan.
Ratu hati Pekin Ibrahim ini pada 4 Jun lepas selamat melahirkan bayi lelaki kedua. Terdahulu Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dan Pekin dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.
Ketika menyambut kelahiran anak kedua, selebriti ini memanjat kesyukuran atas anugerah terindah berkenaan.
“Alhamdulillah. BismillahirRahmanirRahim. Baby adik is born on 4th June 2024.
Diberi nama Persia Pekin. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anak kami.
Thank you semua yang text DM dan doakan kami. Much love from us.”
Pandemik COVID-19 benar-benar mengubah gaya hidup kita secara 360 darjah. Menyedari besarnya ujian Allah kali ini, tirai sambutan Hari Kebangsaan ke-64 dimulai dengan acara Malaysia #QuranHour pada Isnin, menerusi aplikasi online.
Malaysia #QuranHour tahun ke-7 berlangsung pada 30 Ogos dari studio TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi, dengan membawakan solusi daripada Ilahi melalui Surah Al-Mulk dan tujuh surah Musabbihat sebagai formula menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang.
Setiap tahun, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) sebagai penganjur utama akan memilih satu surah utama bagi misi #QuranHour. Pada tahun ini Surah Al-Mulk yang bermakna ‘KERAJAAN’ menjadi surah utama yang diangkat bagi membawa misi Malaysia Berbudi dan Penyayang.
Program Malaysia #QuranHour yang bersiaran selama sejam ini menampilkan pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik, WUIF, Fazrul Ismail dan tetamu jemputan Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Farid Ravi Abdullah untuk memberi pengisian ilmu.
Manakala bacaan Surah Al-Mulk dan 2 Surah Musabbihat dibimbing oleh Qari My #QuranTime, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.
Orang ramai juga turut serta secara langsung di atas talian melalui platform Zoom dan Facebook Live. Penonton TV Alhijrah juga menonton acara Malaysia #QuranHour secara langsung di kaca TV jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang.
PENGISIAN MQH
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran Malaysia #QuranHour adalah untuk rakyat Malaysia beragama Islam, di dalam dan luar negara kerana mereka adalah majoriti di dalam negara ini.
“Lebih 20 juta orang beragama Islam daripada 32.7 juta rakyat Malaysia. Kita perlu bangkit menjadi model untuk merawat rakyat kerana bersama dengan kita ada mukjizat luar biasa iaitu Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour adalah seruan untuk berinteraksi dengan al-Quran selama satu jam sebagai permulaan sehingga lahir karakter Muslim sejati dengan panduan al-Quran.”
Tambah beliau, sebagai orang Islam, walau dalam apa keadaan sekalipun, seorang Muslim tidak mengenal erti putus asa. Cabaran yang datang adalah peluang untuk kita terus menjadi lebih baik dan kental jiwa.
Jiwa yang merdeka, meyakini bahawa selagi hidup, kita ada rezeki dan peluang yang ALLAH berikan untuk menguruskan kehidupan dan negara ini dengan lebih baik.
Hussamuddin turut mengucap setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas sokongan Malaysia #QuranHour dalam membina Keluarga Malaysia yang berbudi dan penyayang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program berinteraksi dengan Al-Quran kali ini, kita terus meneroka formula daripada Surah Al- Mulk melalui tadabbur Al-Quran dengan Al-Quran, iaitu memahami panduan lanjut daripada tujuh Surah Al-Musabbihat sebagai formula kejayaan untuk negara ini.
Surah Al-Musabbihat adalah surah yang dimulakan dengan tasbih, iaitu puji syukur kepada Allah. Surah terakhir dalam tujuh surah ini, Surah Al-A’la membawa makna Yang Paling Tinggi. Pada ayat 14 dan 15 dalam surah yang sama, ia membawa Solusi daripada Ilahi agar kita zikir dan solat.
“Pelaksanaan #QuranHour bagi dua tahun terakhir ini berlaku dalam musim pandemik COVID-19. Pada tahun ini, kes kematian yang tinggi berbanding tahun lepas, membuat kesedaran untuk hidup berQuran lebih bermakna lagi.
“Berita kematian saban hari semakin dekat dengan kita, ia membuatkan kita berasa amat dekat dengan perintah ingat mati daripada Surah Al-Mulk. Ia mendorong kita agar berusaha untuk melakukan kebaikan berterusan (Ahsanul Amala) dan menjadi motivasi untuk mencipta kejayaan,” Marhaini Yusoff
Pada tahun ini hampir semua media utama seperti TV AlHijrah, RTM, Bernama, Astro Oasis, Astro Awani, Utusan TV, Sinar TV, Sinar Harian, Harakah, Nu Ideativ, IKIMfm, Zayan FM News Straits Times Press (NSTP) dan Denaihati.com terus menyokong pelaksanaan Malaysia #QuranHour.
Penaung bagi Malaysia #QuranHour 1443H/2021 adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi, iaitu Islamic Tourim Centre (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MAPAM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia Tourism Council, Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran.
Marhaini berkata, Malaysia #QuranHour adalah sebuah produk Malaysia yang mana dari sinilah tercetusnya World #QuranHour ke peringkat dunia dan telah diadakan di lebih 300 lokasi di luar negara, mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial pada tahun 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!