
Suatu ketika dahulu, Nonny Nadirah pernah menggemparkan orang ramai selepas tampil tidak berhijab dua tahun lalu, namun penyanyi itu kembali kepada imej asalnya kini menerusi perkongsian kawan baiknya, Mila Jirin di akaun media sosialnya ahad lepas.
Dalam dua hantaran berasingan, Mila, 35, dilihat meluangkan masa bersama Nonny pada sebelah siang, sebelum disertai Datin Seri Nur Heliza Helmi pada sebelah malam.
@milajirin_bizmilla SAHABAT tak ada setiap masa disisi tetapi AKAN ADA disisi bila diperlukan ❤️ #NonnyNadirah ♬ Thank You Allah
“Masya-ALLAH hari ini saya tidak sangka dapat jumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari. Nasib baik tak sampai ketuk pintu rumah mak dia sahaja, sebab tak ada alamat. Kalau dia bagi alamat dah sampai dah.
“Baru keluar dari…tak tahulah,” jawab Nonny sambil tersenyum simpul dengan imejnya yang semakin ayu dan jelita selepas kembali bertudung dengan pakaian serba hitam.


Mila juga meminta semua yang melihat video mereka mendoakan Nonny, 33, dan persahabatan mereka bertiga kekal sampai bila-bila.
“Selepas tiga tahun baru berjumpa. Alhamdulillah… Aku sayang kau Nonny. Jangan hilang lagi dari radar persahabatan,” luahnya.
@milajirin_bizmilla Perjalanan kehidupan kita BERBEZA, misi kita sama MENCARI Redha yang maha esa 🤲🏻 #NonnyNadirah #HelizaHelmi #MilaJirin ♬ Tasbih Dzikir
Sekitar dua tahun lalu, Nonny yang juga bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu memuat naik sebuah video berdurasi 38 saat yang memaparkan seorang wanita dengan imej seksi.

Meskipun wajahnya tidak didedahkan kerana memakai alat pelindung muka, namun ramai yang terkesima selepas Mila tampil mengesahkan identiti wanita ‘misteri’ itu adalah Nonny yang ketika itu baharu sahaja putus tunang dengan aktor, Niezam Zaidi.
Sumber: Sinar Harian
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



Penulis turut tertarik dengan penampilan Tengku Permaisuri Norashikin ketika baginda menghadiri majlis pelancaran tujuh buku terbitan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Berkebaya songket rona biru lembut fabrik songket menyerlahkan keayuan baginda.
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norasikin bertitah agar usaha bagi memulih kembali warisan dan tekstil seni sulaman kelingkan diadakan dalam kalangan rakyat negeri ini.
Bagi tujuan tersebut, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah supaya Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dapat merancang agenda untuk merakyatkan budaya dan warisan tersebut yang dahulunya pernah popular di Selangor.
“Seni sulaman kelingkan yang dahulunya tidak asing lagi dalam kalangan kerabat diraja Selangor setelah diperkenalkan oleh Tengku Ampuan Jemaah dan legasi tersebut diteruskan pula oleh Tengku Amouan Rahimah, kini ia semakin jarang kelihatan,” titah baginda di majlis pelancaran tujuh buku terbitan PADAT.
Titah baginda penulisan tersebut merupakan satu dokumentasi penting yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan oleh generasi akan datang terutamanya mengenai seni warisan tekstil yang semakin dilupakan seperti sulaman kelingkan dan kain telepuk yang kini semakin sukar untuk diperoleh kerana tiadanya pengusaha yang mahir untuk menghasilkannya.
“Besar harapan saya agar kerjasama dapat dilakukan bersama agensi yang berkaitan agar koleksi buku ini bukan hanya ditempatkan di perpustakaan dalam negara, malahan dapat dipromosikan kepada perpustakaan di luar negara,” titah baginda.
Sumber: Bernama















