SUSHMITA SEN

Nama Sushmita Shubeer Sen atau lebih dikenali sebagai Sushmita Sen bukan lagi asing dalam industri seni India dan pertandingan ratu cantik antarabangsa. Ini kerana sebelum bergelar pelakon, nama Sushmita Sen pernah terpahat kemas dalam sejarah Miss Universe apabila jelitawan yang berasal dari Hyderabad ini merangkul gelaran tersebut pada tahun 1994. Ia sekaligus menjadikan dia wanita India pertama memenangi Miss Universe.

IKLAN

Dilahirkan pada 19 November 1975, Sushmita sememangnya memiliki pakej lengkap seorang ratu. Berketinggian 1.71 meter, figura ini tidak hanya berjaya memikat hati juri dengan rupa paras yang menawan bahkan seorang wanita bijak.

Memetik portal IMDb, ayah Sushmita iaitu Shubeer merupakan bekas Komander Tentera Udara India. Manakala ibunya, Subhra dilaporkan pereka barangan kemas. Sushmita juga mempunyai dua beradik iaitu Neelam dan Rajeev.

Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat! Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat! Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat!

Sushmita pernah mengikuti persekolahan di Air Force Golden Jubilee Institute dan Air Force Silver School di Delhi. Ketika zaman kanak-kanak, Sushmita dikatakan seorang gadis lasak dan banyak bergaul dengan rakan-rakan lelaki.

Walau fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris namun Sushmita dipercayai mula mempelajari bahasa antarabangsa itu hanya sewaktu berusia 16 tahun. Selain menguasai Bahasa Inggeris, dia juga boleh berbahasa Urdu dengan baik.

Mengimbas kembali pembabitan Sushmita dalam bidang peragaan, dia mula aktif pada umur 15 tahun di Air Force Club Contest dan menyertai banyak peragaan fesyen selepas itu. Pada tahun 1994 ketika menginjak 18 tahun, Sushmita menarik perhatian dunia apabila memenangi Miss Universe yang berlangsung di Manila, Filipina.

Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat! Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat!

IKLAN

Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat!

Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat! Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat! Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat! Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat!

IKLAN

Kira-kira dua tahun selepas kemenangan tersebut, Sushmita mewarnai dunia perfileman Bollywood menerusi filem Dastak dan kian melonjak naik dalam filem Biwi No 1 serta Main Hoon Na.

Bersandarkan kejelitaan yang dimiliki pastinya Sushmita tiada masalah untuk mempunyai kekasih hati. Namun, hakikatnya dia tidak pernah mengahwini sesiapa biarpun menjalin banyak hubungan cinta.

Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat!
Sushmita Sen
Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat!
Bersama anak angkat dan ibu tersayang

Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat! Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat! Wanita India Pertama Menang Miss Universe, SUSHMITA SEN Anak Bekas Komander & Ambil 2 Anak Angkat!

Memiliki naluri keibuan yang menebal dalam diri, Sushmita nekad berjuang untuk mengambil anak angkat. Berdepan pelbagai prosedur mahkamah untuk usaha itu, dia kemudian mendapat kelulusan mengambil kanak-kanak yang diberi nama Renee pada tahun 2000 dan sembilan tahun kemudian, Sushmita menjadi ibu bagi seorang lagi bayi perempuan iaitu Alisah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI