Suami isteri yang ideal ibarat sepasang teman karib. Saling bercerita, berbahagi masalah dan merancang kehidupan impian bersama-sama.

Kebahagiaan sebenar bukan diukur dari prestasi masing-masing di atas katil, tapi dari ingatan dan kesetiaan sewaktu berjauhan.

IKLAN

Sesekali, hadiahkan kejutan buat si isteri tercinta supaya hatinya lebih berbunga. Kejutan ni boleh buat bila-bila masa, mesti hatinya lebih berbunga!

(a) Selalu Berbisik Ke Telinga

Wanita suka dengan imaginasi. Berikan pasangan anda imaginasi. Katakan apa yang akan anda lakukan kepadanya, dan apa yang si dia akan dapat pada ‘malam’ nanti.

(b) Beri Pujian

Puji perbuatan isteri yang dirasakan kelakar, ekspresi wajahnya yang berkerut ketika sedang meminum jus oren atau wajahnya yang sangat bersungguh-sungguh semasa bercerita. Semakin anda prihatin tentang mimik muka isteri, semakin dalam rasa cintanya.

(c) Cerita Dengan Bersungguh

Apabila berdua-duaan dengan isteri, cuba imbau semula kenangan awal percintaan anda. Dari detik pertemuan pertama, di mana dan bagaimana perasaan anda. Kenangkan kembali sekerap yang mungkin dan biarkan aura romantik membangkitkan ghairah si dia.

(d) Tulis Namanya

IKLAN

Tuliskan namanya pada barangan peribadi anda. Tulisan tersebut bila dijumpai seakan menyatakan bahawa ‘Kamu sangat bermakna dalam hidup saya.’

(e) Beri Bunga & Kad Cinta

Kirimkan bunga dan sekeping kad dengan ungkapan terima kasih. Tuliskan beberapa perkara yang anda tidak pernah ucapkan kepada pasangan sebelum ini.

IKLAN

Contohnya, menyiapkan sarapan pagi dan mencuci pinggan setelah makan. Seorang wanita yang dihargai sepanjang hari adalah wanita yang mungkin akan menghargai anda pada malam hari.

(f) Simpan Gambar

Simpanlah di dalam dompet anda. Sekali sekala wanita akan ‘tertarik’ untuk menggeledah barang-barang peribadi anda. Jadi, jika dia terlihat gambarnya di dalam dompet anda, dia mungkin akan memberikan penghargaan istimewa kepada anda.

(g) Pelukan

Ciuman mampu membangkitkan ghairah, begitu juga pelukan yang hebat. Tunjukkan reaksi anda secara jelas bahawa anda tidak mahu pelukan itu berakhir. Amy Mohd

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI