Sejak merangkul kemenangan sebagai Bintang Paling Popular, nama penyanyi berwajah lembut bersuara gemersik Wany Hasrita tidak perlu diperkenalakn lagi. Malah, diari kehidupan ibu kepada seorang cahaya mata ini semakin sibuk.
Terdahulu, Wany berkesempatan bertemu dengan pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya untuk menjalankan konsultasi mata dan membuat pembedahan lasik. Pertemuan itu juga sebenarnya lebih kepada perkongsian ilmu ibarat dari seorang guru kepada anak muridnya.
Meski apa sahaja aktiviti yang dilakukannya, menjadi sorotan follower dan juga warganet, Wany tetap menjadi dirinya sendiri. Wany yang dianggap sebagai ikon kepada para remaja telah mengambil kesempatan bertanya beberapa soalan kepada Prof Dr. Muhaya dan salah satunya adalah bagaimana untuk kekal istiqamah.
Bersolek Tapi Mahu Menjaga Solat Sebaiknya!
Menurut Wany sebagai public figure, memang dia sering sibuk dengan pelbagai urusan dari pagi hingga ke petang. Dan pada masa perlu bersolek dan juga menjaga solat.
Dalam bab ini, Prof Dr. Muhaya memberitahu Wany caranya dalam formula kehidupan adalah dengan berpandukan kepada Rukun Islam. Iaitu yang pertama syahadah, solat, berpuasa, zakat dan terakhir sekali menunaikan haji untuk melengkapi Rukun Islam berkenaan.
Ads
Jadi dalam hal ini bab solat jangan sesesekali ditinggalkan dan mesti diberi keutamaan. Dan menurut Prof Dr. Muhaya lagi jika seseorang itu niat menjaga solatnya, insya-Allah Allah akan pegang dan sentiasa menolong diri hamba-Nya.
“Jangan kita bergantung pada masa seseorang. Kalau sudah cantik, tambah solekan sedikit pun sudah terserlah kejelitaannya. Lagi satu kita perlu plan (jika ada apa-apa urusan) untuk solat di mana. Jadi tiada alasan untuk tidak kerjakan solat yang telah diwajibkan ini.”
Tambah Prof Dr. Muhaya lagi untuk menjaga solat walaupun ketika itu ada show, perlu mengambil wuduk siap-siap sebelum kita bersolek. Dan jika jurusolek tidak berkesempatan untuk menyolekan diri kita, cuba untuk melakukannya sendiri.
Ads
Jaga Batas Pergaulan Sesama Bukan Mahram
Beliau juga turut mengingatkan Wany agar sentiasa menjaga pergaulan. Menurut Prof Dr. Muhaya wanita ini adalah sesuatu yang sangat berharga dan jangan bagi orang lain tidak dikenali menyentuh kita sesuka hati. Kalau boleh sentiasa dekat dengan Allah dan Allah akan sentiasa berada dekat dengan kita.
Prof Dr. Muhaya juga turut memuji Wany yang menjaga auratnya dan itu adalah satu satu dari formula kejayaan. Selain itu, Prof Dr. Muhaya turut memberi tip dan nasihat kepada Wany untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa istiqomah kepada Allah.
Pertama cari ilmu dalam apa jua platform terkini, cari kawan dan guru yang bagus dan akhir sekali cari suasana tenang di persekitaran kita. Turut diselitkan agar sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa terutamanya ibu.
Tidak lupa juga diakhir pertemuan itu Prof Dr. Muhaya mendoakan agar Wany menjadi anak yang baik kerana aura yang terdapat dalam diri penyanyi jelita ini sangat kuat.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelibat usahawan wanita ini sememangnya boleh menarik perhatian siapa sahaja. Penampilan yang sentiasa menawan dan punya personaliti yang mempesona menjadi Vivy Yusof begitu disegani bahkan menjadi idola ramai usahawan wanita.
Kesempatan bertemu dengan Pengasas Bersama The dUCK Group ini sempat bertanya tentang perasaannya apabila diangkat menjadi idola dalam bidang keusahawanan yang diceburinya.
“Saya rasa sangat terharu apabila saya dianggap sebagai idola dalam perniagaan. Saya dah satu dekad (10 tahun) dalam perniagaan dah tentu banyak cabaran yang saya dah lalui. Walaupun perniagaan berkembang tapi banyak juga rintangannya,” tutur wanita yang bercita-cita tinggi ini.
Vivy Yusof juga bakal berkongsi segala pengalaman yang telah ditempuhnya dalam sebuah buku. “Saya dalam proses nak menulis buku tentang dunia keusahawanan. Apa yang bakal saya kongsikan tentang kesilapan yang telah saya dilakukan masa lalu, pengajaran yang diperolehi dan kisah bagaimana saya membina Fashion Valet Group, dUCk Group dan jenama yang lain dari mula,” kata isteri kepada Dato’ Fadzarudin Shah Anuar ini.
Vivy Yusof memang bijak merencana perjalanan bisnesnya sehingga berkembang maju. “Saya rasa jauh lagi perjalanan saya nak jadi seorang usahawan global. Bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia.
Saya nak ada jenama Malaysia yang boleh jadi global brand yang rakyat Malaysia boleh banggakan. Itulah impian saya dan doakan saya dapat sampai ke London, New York untuk kembangkan jenama Malaysia,” ucap Vivy Yusof penuh semangat.
Perniagaan Vivy Yusof sentiasa berada satu langkah ke depan. Sempat berseloroh dengannya tentang keupayaan ‘meramal’ tentang masa depan. “Saya suka membaca dan selalu buat kajian pasal jenama global apa yang di luar sana yang saya tak tahu lagi. So the hunger for knowledge itu sangat kuat dalam diri saya.
Dalam pada itu, saya ada team yang sangat bagus. Daripada segi produk, new category, retails expansion dan semualah saya dapat banyak support dari team. Saya sangat bersyukur, kami selalu brain storm, how to make the brand better and better.
Tapi saya rasa benda ni yang buat saya teruja macam mana nak bagi jenama ini lagi maju dan inovasi. Inovation is always value in Fashion Valet Group untuk macam mana fikir nak level up all the time for our customers,” ungkap Vivy Yusof.
Sedang sarat mengandung anak ke-4, teruja bertanya bagaimana wanita ini menyeimbangkan masa antara bisnes dan keluarga. “Nak juggle being working woman dan a mum saya rasa ini satu cabaran yang banyak wanita lalui. Saya rasa support system sangat-sangat penting dari suami, ibu bapa, rakan sekerja dan kawan-kawan.
We all help each other a lot. Semua sangat memahami so we need to create that eco system yang support each other. Especially wanita, we don’t bring each other down. Itu prinsip saya support other woman.
Of course you have challenging saya rasa perfect balance tu tak wujud ada masa saya sangat sibuk ada masa boleh pergi holiday dengan anak-anak and its okay. So I think all woman out there you do your best and don’t be so hard on yourself that it once at a time.
Saya suka bekerja dan berkongsi pengalaman serta cabaran dengan anak-anak. Biar mereka faham dan kami selalu ada masa seperti ketika makan bersama-sama sambil cerita pasal apa yang dilalui sepanjang hari. Mereka sekolah macam mana, mummy meeting macam mana so mereka faham.
We should engage with our kid tell them about our live so mereka jadi lebih matang,” tutur Vivy Yusof yang ditemui ketika majlis pelancaran Flagship Store kedua butik dUCK. Flagship Store yang berlokasi di Bangsar Village I ini juga merupakan butik ke-7 secara keseluruhannya. Butik dua tingkat ini juga lengkap memenuhi keperluan dUCKies apabila menawarkan perkhidmatan salon rambut, kafe, skaf galeri dan ikonik dinding dUCK.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjelang Syawal, pelbagai persiapan mula direncanakan sebaik mungkin. Bukan sahaja perlu menyediakan pelbagai hidangan untuk menjamu para tetamu, persiapan diri juga perlu diberi keutamaan. Baik daripada segi pemilihan pakaian yang bakal digayakan, solekan dan sebagainya menjadi keutamaan. Tampil anggun menjadi pilihan adik-beradik ini yang mengekalkan unsur tradisi dalam busana Aidilfitri mereka.
Nama: Nik Suhaila Megat Deraman
Umur: 37 Tahun
Pekerjaan: Naib Pengerusi, Nang Surya House Of Beauty
1.BOLEH KONGSIKAN FESYEN YANG MENJADI PILIHAN ANDA DI MUSIM PERAYAAN?
Nik Suhaila: Bagi menyambut kedatangan Syawal tahun ini, saya selesa memilih kurung moden bermotifkan batik dengan perincian manik serta lace. Pada pandangan saya, fesyen batik sesuatu yang malar segar dan sesuai digayakan untuk Hari Raya mahupun kegunaan harian.
2. NAMPAKNYA ANDA AMAT MEMINATI FESYEN BATIK. MENGAPA ANDA MEMILIH BATIK SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI GAYA FESYEN ANDA?
Nik Suhaila: Tidak dinafikan saya amat meminati corak batik sejak dahulu lagi. Pada pandangan saya, corak batik amat unik dan selesa untuk digayakan ke mana sahaja. Tambahan pula, kini rekaan corak batik telah dipelbagaikan dengan suntikan elemen moden dan memberi nilai komersil terhadap hasil seni turun-temurun ini. Selain itu, perkembangan fesyen batik juga berada pada tahap membanggakan dengan permintaan yang semakin berkembang di kalangan generasi muda.
3. KEBIASAANNYA, BAGAIMANA ANDA KEKAL CANTIK TERUTAMANYA DI MUSIM PERAYAAN?
Nik Suhaila: Sudah tentu dengan menjaga pemakanan dan amalan gaya hidup yang sihat menjadi pilihan saya tidak kira di musim perayaan atau sebaliknya. Selain itu, saya mengambil peluang kedatangan Ramadan dengan mengamalkan diet seimbang dan pemakanan yang sihat. Amalan tersebut akan diteruskan ketika menyambut kedatangan Syawal dan seterusnya.
4. DARIPADA SEGI PEMAKANAN PULA, APAKAH MENU PILIHAN ANDA DI HARI RAYA?
Nik Suhaila: Apa sahaja menu yang disediakan oleh ibu pastinya menjadi kegemaran saya. Antara menu wajib ibu termasuklah Sate Jawa, Nasi Minyak dan Nasi Dagang. Bercerita mengenai Sate Jawa menariknya menu ini menjadi menu utama kami sekeluarga yang dimasak secara tradisional dengan mengekalkan keaslian resipi turun temurun. Seawal jam 5 pagi kami adik-beradik akan membakar sate secara bergilirgilir. Juadah resipi Sate Jawa ini hanya dinikmati di Hari Raya Aidilfitri sahaja.
Nama: Nik Suryani Megat Deraman
Umur: 38 Tahun
Pekerjaan: Pengacara TV/CEO Nang Surya Group Sdn Bhd
1.BOLEH KONGSIKAN FESYEN YANG MENJADI PILIHAN ANDA DI MUSIM PERAYAAN?
Nik Suryani: Saya gemar mengenakan baju kurung moden bercorak batik atau kurung moden batik bermotifkan abstrak.
2.NAMPAKNYA ANDA AMAT MEMINATI FESYEN BATIK. MENGAPA ANDA MEMILIH BATIK SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI GAYA FESYEN ANDA?
Nik Suryani: Saya amat menggemari corak batik. Saya berasal dari Terengganu dan keluarga mula terbabit secara langsung dalam perniagaan batik di Singapura pada awal 50-60an lagi. Di mata saya, batik ketika dahulu old fashion kerana selalu dijamu dengan pelbagai corak dan motif. Namun selepas nenek meninggal dunia, saya mula merindui perniagaan itu.
Tiga tahun lalu, atas sokongan suami saya, saya telah mereka cipta beberapa helai batik yang diinspirasikan dari motif kegemaran saya. Dari motif itu, minat saya kembali menebal terhadap batik. Saya ilhamkan rekaan eksklusif dan ilusi si pemakai nampak lebih kurus. Batik adalah identiti dan Warisan Melayu. Tidak kira motifnya ia akan memperlihatkan si pemakai lebih ayu dan cantik beridentiti Melayu. Secara tak langsung mengingatkan diri erti bersopan santun dan menjaga tingkah laku
3.KEBIASAANNYA, BAGAIMANA ANDA KEKAL CANTIK TERUTAMANYA DI MUSIM PERAYAAN?
Nik Suryani: Tampil asli dan sederhana sentiasa menjadi keutamaan saya. Definisi cantik itu sangat luas dan apabila cantik dalaman, baik tutur kata, diserikan cantik busana yang mengekalkan identiti diri pasti memperlihatkan seseorang itu unik dan ada aura sendiri. Walaupun saya arif dengan tuntutan fesyen kini lebih kepada motif elegan. Namun pada saya, tampil sederhana itu lebih cantik dan manis.
4.DARIPADA SEGI PEMAKANAN PULA, APAKAH MENU PILIHAN ANDA DI HARI RAYA?
Nik Suryani: Pasti juadah di masak oleh ibu saya Zaimah menjadi pilihan. Kebiasaan setiap kali raya, apabila giliran saya dan keluarga beraya di Kuala Terengganu juadah Sate daging, nasi impit dan kuah kacang menjadi pilihan. Tidak dilupakan menu seperti nasi minyak, bersama gulai daging dan acar. Nasi dagang ikan tongkol asli (cara masakan ala tradisi) juga Laksa Terengganu menjadi menu pilihan saya. Apa sahaja masakan air tangan ibu pasti menyelerakan.
Nama: Nik Sutiny Megat Deraman
Umur: 31 Tahun
Pekerjaan: Kontraktor
1. BOLEH KONGSIKAN FESYEN YANG MENJADI PILIHAN ANDA DI MUSIM PERAYAAN?
Nik Sutiny: Bagi menyambut kedatangan Syawal tahun ini, saya selesa memilih fabrik dan corak yang bersesuaian dengan bentuk tubuh. Batik dan fabrik broked kurung moden menjadi pilihan.
2. NAMPAKNYA ANDA AMAT MEMINATI FESYEN BATIK. MENGAPA ANDA MEMILIH BATIK SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI GAYA FESYEN ANDA?
Nik Sutiny: Pada pandangan saya, batik sememangnya menjadi pakaian tradisi keluarga. Sejak kecil ibu menyediakan baju raya dan fabrik batik menjadi pilihan.Saya melihat corak batik kini lebih fashionable seiring dengan pasaran masa kini. Batik bukan hanya di pakai di musim perayaan, malah ia mula diperkenalkan sebagai pakaian rasmi kakitangan kerajaan pada hari khamis. Sekaligus menunjukkan perkembangan batik pada tahap terbaik
3. KEBIASAANNYA, BAGAIMANA ANDA KEKAL CANTIK TERUTAMANYA DI MUSIM PERAYAAN?
Nik Sutiny: Dalam memastikan penampilan menarik di musim perayaan, sudah tentunya soal pemakanan perlu diberi perhatian khusus terutamanya ketika di bulan Ramadan. Saya lebih selesa mengamalkan pemakanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Selain itu, saya amat mementingkan penjagaan kesihatan untuk mengekalkan berat badan ideal.
4. DARI SEGI PEMAKANAN PULA, APAKAH MENU PILIHAN ANDA DI HARI RAYA?
Nik Sutiny: Sudah tentu makanan tradisi Terengganu menjadi pilihan. Antara menu wajib yang sering disediakan oleh ibu termasuklah Sate Jawa, Nasi Minyak dan Nasi Dagang. Menu Sate Jawa merupakan menu istimewa keluarga kerana ia disediakan dengan menggunakan resipi warisan keluarga. Juadah resipi Sate Jawa ini hanya dinikmati di Hari Raya Aidilfitri sahaja.
Nama: Nik Suzana Megat Deraman
Umur: 48 Tahun
Pekerjaan: Penasihat Fesyen Nang Surya House of Beauty
1. BOLEH KONGSIKAN FESYEN YANG MENJADI PILIHAN ANDA DI MUSIM PERAYAAN?
Nik Suzana: Saya tidak terlalu cerewet dalam soal pakaian yang bakal digayakan di musim perayaan. Apa yang penting, pakaian tersebut selesa untuk digayakan.Selain itu, ia masih menerapkan ciri-ciri kemelayuan.
2. NAMPAKNYA ANDA AMAT MEMINATI FESYEN BATIK. MENGAPA ANDA MEMILIH BATIK SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI GAYA FESYEN ANDA?
Nik Suzana: Pada pandangan saya, corak batik amat unik dan selesa untuk digayakan ke mana sahaja. Saya lebih gemar memilih pakaian yang menerapkan ciri-ciri kemelayuan. Motif batik Terengganu menjadi pilihan dimana motifnya berlatarkan unsur semulajadi seperti ombak, bunga dan lakaran abstrak.
3. KEBIASAANNYA, BAGAIMANA ANDA KEKAL CANTIK TERUTAMANYA DI MUSIM PERAYAAN?
Nik Suzana: Saya amat mementingkan soal pemakanan diet seimbang bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi untuk hari-hari biasa juga. Dalam membuat persiapan untuk berpuasa, saya pastikan mendapat rehat yang cukup dan tidak membuat persiapan di saat akhir.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekalung tahniah diucapkan buat isteri penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella yang menerima pengurniaan pingat daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini. Istiadat pengurniaan pingat kebesaran berlangsung di Istana Negara.
Pada majlis itu, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin hadir menemani isteri tercinta iaitu Intan Nur Fathihah.
Selebriti yang pernah berkhidmat sebagai pramugara Malaysia Airlines selama 17 tahun ini tampil segak dalam persalinan Baju Melayu rona hitam lengkap bersampin songket.
Sementara isterinya, anggun dalam busana tradisi rona pastel pic sedondon dengan tudung.
Menerusi perkongsian foto di media sosial milik Zarul, jelas terpancar wajah teruja dan syukur pasangan romantis ini. Di samping mengabadikan momen istimewa tersebut buat kenang-kenangan.
Ujar Zarul, “Alhamdulillah, tahniah buat isteri atas pengurniaan Pingat Pangkuan Negara PPN oleh YDPA.”
Seramai 341 penerima diraikan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara.
Zarul mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 25 April 2009. Menerusi perkahwinan terdahulu, Zarul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Ayu Nur Arisya berusia 22 tahun.
Selain aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan, Zarul turut aktif sebagai YouTube Vloger.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.