Tak sangka, selain berbakat dalam bidang seni seperti berlakon dan mengacara… Emma Maembong juga rupa-rupanya berbakat besar dalam seni lukisan. Iyalah, dah bapanya pun seorang pelukis. Tidak mustahil keistimewaan tersebut ‘turun’ kepada anak-anak, kan? Lagipun, Emma sendiri pernah berkongsi kisah bapanya yang menyara mereka sekeluarga ketika masih bergelar pelukis. Kiranya, dia ialah penyambung legasi bapa tersayang, Ismail Embong!

IKLAN

Kalau kebanyakan selebriti yang ada bakat melukis seperti Anzalna Nasir dan Ustazah Asni Mansor menzahirkan kreativiti di atas sekeping kanvas, berbeza pula bagi selebriti cantik ini. Emma memilih untuk mempromosikan hasil lukisan melalui cetakan di atas sehelai baju, seluar mahupun tudung. Memang kreatif dan unik.

Warisi Bakat Melukis Bapa, EMMA MAEMBONG Cetak Lukisan Atas Baju & Tudung Untuk Dijual!

Warisi Bakat Melukis Bapa, EMMA MAEMBONG Cetak Lukisan Atas Baju & Tudung Untuk Dijual!

Kongsi Emma di laman sosialnya, “Ni semua lukisan yang Emma buat sendiri dan print dekat atas baju, tudung dan seluar. Baju couple pun ada. Kalau nak boleh datang ramai-ramai di Mood Republik PWTC pada 21-23Dec, 10am sampai 12malam.”

Dalam pada itu, Emma turut mengakui melukis adalah hobinya namun dia agak jarang mendedahkan perkara tersebut. Untung lelaki yang bakal memiliki Emma kelak, sudahlah cantik, berjaya, mempunyai ramai peminat… berbakat dalam melukis pula tu.

IKLAN

Warisi Bakat Melukis Bapa, EMMA MAEMBONG Cetak Lukisan Atas Baju & Tudung Untuk Dijual!

IKLAN

Bangga dengan semangat Emma, dia tahu dan faham apa yang diinginkan dalam hidup di samping bijak mencari peluang perniagaan. Sikap yang perlu ada dalam diri setiap wanita yang ingin berjaya dan menjana pendapatan di atas kaki sendiri.

Semoga usaha yang dikongsikan Emma ini dapat dijadikan inspirasi dan rujukan kepada kaum wanita lain agar komited dengan apa yang dilakukan.

 

Kredit: Instagram Emma Maembong

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI