Kalau tengok susuk tubuh ramping dan rupa parasnya pasti ada yang beranggapan umur penyampai radio ini berada dalam lingkungan lewat 20an. Hakikatnya, Aishah Jennifer Mohamed Sinclair sudah pun mencecah usia 40 tahun. Memang awet muda dan cantik orangnya!
Bergelar ibu kepada dua orang anak, Aishah Sinclair merupakan anak kepada pasangan Mohamad Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman. Bapanya berketurunan Inggeris sementara ibu Aishah pula keturunan Melayu. Jadi, tidak hairanlah bintang Gol & Gincu ini kekal cantik. Mewarisi gen cantik kedua-dua ibu bapa rupa-rupanya.
Malah adik-beradik lelaki Aishah juga iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair dan adiknya, Adam Sinclair yang merupakan suami penyanyi Yuna turut memiliki rupa paras kacak.
Difahamkan Aishah gemar menjalani gaya hidup aktif dengan menyertai pelbagai program larian dan marathon. Hobi itu dikatakan mula terbit sejak dia menemani bapa tersayang suatu ketika dulu. Sehingga ke hari ini Aishah telah menyertai lima marathon di peringkat luar negara dan tiga daripadanya di Jepun. Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah menyertai ekspedisi mendaki Everest Base Camp kira-kira tiga tahun lalu.
Menyertai marathon bersama bapa
Mendirikan rumah tangga bersama Sheikh Abdul Shahnaz pada tahun 2006, perkahwinan Aishah dan suami lebih bermakna dengan kehadiran dua puteri comel mereka iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth. 7 Januari tahun ini merupakan ulang tahun perkahwinan ke-15 Aishah dan suami tercinta!
Ads
Yang pasti, jelitawan ini seorang yang sangat mementingkan ikatan kekeluarga. Bukan hanya rapat dengan kedua-dua ibu bapa dan adik beradik bahkan Aishah cukup mementingkan waktu berkualiti di samping suami dan anak-anak. Buktinya, ketika menjalani sesi fotografi Nona 3 Dekad hampir lapan tahun lalu, Aishah banyak bercerita tentang anak tersayang. Selain terbuka berkongsi sisi peribadi, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga seorang yang bercita-cita tinggi dan mesra.
Berikut antara pendedahan Aishah kepada Nona sewaktu edisi eksklusif Nona 3 Dekad!
Ads
Petua kecantikan anda?
Saya menggunakan pencuci, pembersih dan pelembap wajah untuk menjaga kesihatan kulit muka. Selain itu, demi memastikan kesihatan yang baik saya akan minum air putih
secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari dan melakukan senaman. Memandangkan kulit saya sangat sensitif terhadap matahari, saya turut mengamalkan pemakaian bedak sejuk.
Inspirasi anda?
Dalam dunia fesyen, saya meminati Audrey Hepburn. Manakala bekas wartawan perang CNN, Christiane Amanpour pula adalah individu yang saya kagumi untuk dijadikan sebagai
contoh dalam kerjaya. Sikap berani dan komited beliau begitu menarik perhatian saya.
Kehidupan peribadi anda…
Saya berasa amat bersyukur dan bahagia kerana dikurniakan puteri sulung, Soraya Ann. Kehidupan saya lebih bermakna sejak kehadiran Soraya yang menyerikan lagi rumah tangga kami sekeluarga.
Ads
Fesyen pilihan? Simple & Comfort! Saya gemar mengenakan jacket, jeans dan shirt untuk gaya harian dengan penggayaan warna seperti hitam, kelabu, putih atau coklat.
Kredit foto: Instagram Aishah Sinclair
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada pereka fesyen ternama, Rizman Nordin ini sememangnya seorang wanita yang miliki pesona tersendiri. Sejak diperkenal kepada umum yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri kira-kira tiga tahun lalu, ramai yang mengagumi kejelitaan Nurida Suraya.
Sampaikan ada yang berpandangan wanita ini seperti ratu cantik!
Nurida Suraya atau mesra disapa Suraya sebelum ini pernah bekerja sebagai model sambilan. Kecantikan Suraya nyata menambat hati Rizman yang mula melihatnya di media sosial menerusi satu sesi fotografi yang disertai Suraya.
Kenal dalam tempoh singkat, mereka akhirnya memutuskan untuk berkahwin. Kini, Suraya turut terlibat membantu perniagaan suami tercinta dan merupakan pengasas Rizman Ruzaini Beauty.
Disifatkan seorang wanita yang mesra, Suraya ketika ditemui Nona dalam sebuah majlis di ibu negara sudi berkongsi perkembangan diri. Mengulas aktiviti terbaharu, Suraya berkata rutin hariannya kian padat dengan urusan bisnes dan anak tersayang, Rizqaa.
“Since anak pun, Rizqaa dah masuk dua tahun dan Suraya dah terlibat dengan bisnes Rizman Ruzaini, bolehlah bahagikan masa. So far tak ada masalah.
Lagipun Rizqaa ada orang jaga. Jadinya, bolehlah saya bahagikan masa di antara bisnes dan famili. Alhamdulillah.”
Menyentuh regim kecantikan pula, lady boss ini berkata dia seorang yang tidak terlalu rumit dalam menjaga kecantikan diri. “As you know, kita memang ada produk sendiri dan saya consume produk saya everyday. Dalam masa sama, penting juga jaga tidur dan minum air.
Siapa yang kenal Suraya, mereka akan tahu yang saya memang suka sangat minum air kosong. Tak minum air manis. Jadi itulah tip dia.”
Rizman mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan Mawar Rashid memiliki wajah cantik dan peribadi yang baik. Disifatkan seorang wanita yang mesra dan ‘murah senyuman’, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid cukup akrab dengan ibu tersayang iaitu Marinee Abdullah atau disapa dengan panggilan Abai.
Setiap posting Mawar di media sosial, pasti ada momen jelitawan ini di samping Abai. Bahkan peminat tersentuh dengan cara wanita ini menghargai ibunya walau anak tersayang sudah bergelar isteri dan ibu kepada lima anak.
Menelusuri latar belakang Mawar, isteri Raf Yaakob ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam. Difahamkan ibu Mawar berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum
berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid.
Meskipun Mawar kini sudah berumah tangga namun Abai sentiasa berada di sisinya dalam keadaan susah mahupun senang.
Pada tahun 2020, usahawan Mawarose ini membawa ibunya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dan mengagumi kekuatan insan istimewa ini sepanjang membesarkan dirinya.
“Thank you mamy banyak tolong mudahkan urusan adik. Adik pun senang nak pergi keluar pergi cari rezeki sebab mamy tolong tengokkan anak-anak adik sekali. Mamy tolong semua anak-anak cucu yang lain.
Nanti adik tua, adik nak jadi macam mamy, mudahkan urusan anak-anak cucu adik jugak. You are the best mamy.. thank you for everything. I love you so much.”
Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga adik kepada selebriti popular Dato’ Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Dia juga selamat melahirkan anak pada Januari 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Raden Muhammad (4), Raden Seri Rosabella Cinta (2) dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Dia turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Terpesona dengan raut wajah ayu dan jelita Tunku Puan Mahkota Kedah, Yang Teramat Mulia (DYAM) Che Puan Nur Julie Ariff. Penampilan anggun setiap kali menghadiri majlis pasti menarik perhatian khalayak. Meskipun berstatus suri hati Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin namun keperibadian beliau yang sederhana cukup menyenangkan.
Tanggal 26 November 2022, DYAM Che Puan Nur Julie sah bergelar isteri Tunku Shazuddin Ariff. Perkahwinan diraja pasangan ini berlangsung dalam satu majlis tertutup di Balai Mengadap Istana Darul Aman Jalan Kedah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
Tahun ini, usia perkahwinan pasangan diraja berkenaan genap mencecah dua tahun.
Sepanjang menjadi keluarga diraja Kedah, DYAM Che Puan Nur Julie setia menemani suami tercinta ke acara-acara rasmi mahupun sebaliknya. Terbaharu, DYAM Tunku Mahkota Kedah dan Tunku Puan Mahkota Kedah melawat ke Kilim Geoforest Park, Langkawi, Kedah.
Ketika lawatan itu, DYAM Che Puan Nur Julie mengenakan persalinan kasual sweater merah jambu dan berseluar hitam. Tampil ceria di samping Tunku Mahkota Kedah yang turut melawat ke beberapa tempat menarik di persekitaran Kilim Geoforest Park antaranya Gua Kelawar dan Gua Buaya.
Julai lalu, Tunku Puan Mahkota Kedah ini berkenan menderma darah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Keberangkatan tiba DYAM Tuanku disambut oleh Yang Berbahagia Dr. Fauziah Binti Abdul Wahab, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah; Yang Berbahagia Dr. Nor Raziah Binti Sabtu, Timbalan Pengarah (Perubatan II) dan Yang Berbahagia Puan Shahariah Binti Saaduddin, Timbalan Pengarah (Pengurusan).
Tunku Shazuddin Ariff diputerakan pada 27 April 1970 di Alor Setar, Kedah merupakan anakanda kedua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah yang ke-29.
Paduka bonda Tunku Shazuddin Ariff ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Tengku Ariff yang juga Kerabat Diraja Negeri Kelantan Darul Naim.
Semoga rumah tangga yang dibina Tunku Mahkota Kedah dan isteri ini sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan mencerminkan keyakinan diri. Tidak hairanlah ramai wanita tercari-cari rujukan fesyen yang bukan sahaja menarik, malah memberi kesan mantap dan berkelas.
Luna Maya, dengan gayanya...