SHEERA ISKANDAR

Sejak bergelar isteri 3 Mei lepas, makin cantik berseri-seri Sheera Iskandar. Dikurniakan kulit cerah, hidung mancung dan tinggi lampai, pelakon Gerak Khas ini bertuah kerana dikurniakan rupa paras menawan. Melihat wajah jelitanya pasti mengingatkan peminat kepada pelakon veteran yang juga ibu Sheera, Aznah Hamid. Tidak syak lagi, aktres berusia 36 tahun tersebut mewarisi kecantikan ibu tersayang.

Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar ketika dihubungi Nona sangat mesra dan teruja berkongsi aktivitinya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini. Dedah Sheera, susulan situasi pandemik Covid-19 dan PKP dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran. Bagaimana pun masa yang ada dimanfaatkan untuk berniaga produk niaganya, Tomasoap secara online.

IKLAN
Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri!
Sheera Iskandar
Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri!
Di samping ibu tersayang, Aznah Hamid
Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri!
Bersama ibu tersayang

Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri!

“Sepanjang lockdown memang tak dapat keluar bekerja. Ikutkan lepas kahwin kena mula shooting tapi tergendala sebab PKP. Walau macam mana pun alhamdulillah saya ada produk dan bisnes online yang boleh diusahakan. Permintaan buat masa ini masih banyak cuma disebabkan PKP, pengeluaran produk Tomasoap ‘tersangkut’ kerana kilang tutup.

Setakat ini stok masih ada tapi dah tak banyak. Harap PKP ni cepat habislah. Walau hampir terputus bekalan, tapi sebagai peniaga saya perlu fikir alternatif lain untuk pastikan permintaan terus ada.”

Ditanya bagaimana terdetik untuk berniaga, isteri kepada anggota polis Mohd Halim Abdul Gani ini berkata semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila dia meminta pihak kilang mengeluarkan sabun pencuci muka untuk kegunaannya sendiri.

“Sebelum ini memang saya cari produk untuk rawat kulit muka. Tambah-tambah bila pakai tudung, area dagu dan dahi akan mudah naik jerawat. Disebabkan susah nak cari produk yang sesuai, saya minta kilang hasilkan satu produk yang tidak mengandungi chemical dan boleh pakai tiap hari. Setelah buat beberapa kali kajian, akhirnya ada penyelesaian untuk masalah kulit muka saya.

Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri! Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri! Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri!

Mula-mula Tomasoap ada sabun je dan saya test dekat diri dulu. Saya tak nak jual sebab risau kesannya mungkin tak sama bagi sesetengah orang. Lepas percaya dengan keberkesanan Tomasoap, baru saya berani jual pada tahun 2018. Dari sabun, kami keluarkan krim muka dan kemudian serum. Alhamdulillah sejak tahun 2018 sampai sekarang kami dah ada regular customer.”

Ujar Sheera lagi, “Bahan utama Tomasoap ialah tomato dan hanya menggunakan ramuan semula jadi. Sepanjang guna Tomasoap, perubahan kulit saya makin cantik dan ia juga sesuai untuk remaja. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Sebab yakin dengan Tomasoap, saya selesa turun padang dan jual sendiri produk ini di booth bagi pelanggan tengok sendiri kesannya di kulit saya.

Soal packaging, saya serahkan kepada keluarga dan adik-beradik sebab kami usahakan bisnes ini secara kecil-kecilan. Tambahan pula, saya masih perlu belajar selok-belok dunia bisnes. Sehingga ke hari ini, kami sudah mempunyai agen di Singapura dan Brunei.”

Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri! Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri! Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri! Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri! Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri!

Beberapa bulan ‘terkurung’ di rumah kerana PKP, Sheera sambil berseloroh berkata dia kini makin pandai memasak. Memandangkan peningkatan usia, pelakon yang pernah popular menerusi drama Halimah Jongang kini mengakui lebih prihatin menjaga pemakanan.

IKLAN

“Bila umur makin meningkat, saya amalkan penjagaan kulit wajah dengan penggunaan pelembap dan dalam masa sama menjaga kesihatan dalaman. Saya pun baru je nak jaga makan sekarang. Fast food dan makanan berminyak dah kurang ambil. Selain itu, saya amalkan pengambilan supplement seperti fish oil dan folic asid.

Sebelum ini saya pernah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari. Hasil pembedahan itu juga doktor dapati saya turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS. Alhamdulillah sekarang dah ok cuma kena jaga makan. Kalau makan nasi sedikit pun, saya mudah naik berat badan.

Doktor kata faktor penyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut. Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.

Dari situlah doktor perasan ada ketulan di ovari dan boleh besar lagi kalau tak dibuang. Remaja pun terdedah dengan cyst ni. Memang tak ada sebarang rasa sakit sebelum doktor sahkan saya ada cyst tapi itulah pentingnya kita buat check up.

IKLAN
Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri!
Sheera di samping suami

Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri! Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri! Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri! Warisi Kecantikan Ibu, SHEERA ISKANDAR Aktif Berniaga Skincare Tomasoap Keluaran Sendiri!

Sementara itu bercerita tentang perkenalan dengan suami pula Sheera berkata dari mula berkenalan dengan jejaka tersebut dia mula rasa keserasian di antara mereka. “Kami kenal masa 2019, masa itu saya shooting Gerak Khas di Labuan. Masa sampai di sana, jumpa dengan suami dan dia tegur kata ada DM saya di IG. Saya ingatkan dia memang peminat Gerak Khas atau nak berlakon dalam Gerak Khas.

Jadi, saya beritahu dia kalau nak berlakon.. jangan buat baik dengan saya. Buat baik dengan Datuk Yusof Haslam. Rupa-rupanya dia serius hendak kenal dengan saya dan bukan sebab hendak berlakon. Istimewanya suami, dia ibarat best friend dan saya rasa senang berbual dengan dia. Suami pula waktu itu start jadi agen Tomasoap,” jelas Sheera sambil ketawa.

“Selain tertarik dengan peribadi dia, saya juga selesa dengan cara keluarga suami menghargai saya. Walau mereka tahu status saya sebagai janda waktu itu, tapi mereka tak kisah dan mahu kami cepat-cepat berkahwin. Malah, layanan ayah mertua terhadap isterinya yang berkerusi roda juga buat saya percaya mereka adalah dari keluarga yang baik-baik.”

Sebelum mengakhiri perbualan, Sheera berharap agar perniagaannya terus berkembang maju dan dikurniakan cahaya mata serta hidup bahagia di samping keluarga.

 

Kredi foto: Instagram Sheera Iskandar

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI