Alahai, cair tengok wajah comel puteri sulung Adira Suhaimi bernama Anggrek ini! Mana tidaknya, Anggrek bukan saja dikurniakan sepasang mata yang cantik dan kulit putih mulus. Malah saling tak tumpah mewarisi kecantikan ibunda tersayang.

IKLAN

Mengintai Instagram Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, selain berkongsi rutin dan aktiviti seni yang dilakukan setiap hari Adira juga gemar memuat naik momen bersama anak-anak tersayang. Dan pastinya Anggreklah yang paling banyak menghiasi laman media sosial pelantun lagu Pujaan Hati ini. Baik ketika menemani Adira bekerja mahupun sewaktu berada di rumah, mesti ‘terselit’ wajah comel Anggrek!

Enam tahun melayar bahtera perkahwinan bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada tanggal 3 Disember 2015, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata comel. Anggrek misalnya merupakan zuriat sulung mereka dan semalam, tanggal 10 Mac… genap empat tahun usia Anggrek.

Mengimbas detik kelahiran Anggrek, anak kecil berkenaan dilahirkan secara pembedahan dengan berat ketika itu 3.2 kilogram. Menariknya, nama Anggrek merupakan pilihan Adira sendiri.

Ujarnya, “Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan Hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas tersebut.”

Sempena ulang tahun kelahiran keempat Anggrek semalam, ibu muda ini menitipkan ucapan istimewa buat anakanda tersayang. Kata Adira, “Happy birthday sayang. Budak ni lah yang selalu buat ami happy. Selalu ada susah senang ami. Walaupun degil dia kadang tak boleh bawa bincang, biasalah anak kecil.

Sekarang dia dah besar sedikit dah boleh buat kawan. Ami sayang akak dunia akhirat. InshaAllah ami akan selalu ada untuk akak. Minta maaf ami belum beli hadiah (walaupun hari-hari beli mainan). Ami selalu doa semoga akak jadi anak yang baik, berjaya dunia akhirat. Amin.”

IKLAN

Kalau amati nama ketiga-tiga anak Adira memang kesemuanya ringkas, klasik dan bermula dengan pangkal huruf ‘A’. Selain Anggrek, anak kedua Adira yang juga anak lelaki yang lahir pada 9 September 2018 dinamakan Asan.

Manakala anak ketiga yang menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 8 Ogos tahun lalu pula dinamakan Anggun. Jelas Adira, selain dirinya, suami tercinta juga menginginkan nama anak yang ringkas dan mudah disebut.

IKLAN

Walau sudah mempunyai tiga orang anak namun penyanyi berusia 30 tahun ini tetap aktif dengan kerjaya seni dan bisnes. Tahun lalu, Adira melancarkan single berjudul ‘Maaf’ dan hujung Disember lepas, Adira hadir dengan single terbaharunya, ‘Kesempatan Bagimu’.

Di samping itu, dia juga ligat memasarkan produk jenamanya sendiri iaitu Adira Rose. Sehingga kini, Adira Rose memiliki rangkaian penjagaan wajah seperti hydrating sleeping mask dan wangian.

 

Kredit foto: Instagram Adira Suhaimi