PARIS HILTON

Meskipun ada ramai selebriti muda, popular dan kaya di persada Hollywood ketika ini namun nama Paris Hilton masih gah dalam kelas tersendiri. Kreativiti Paris mengembangkan cabang perniagaan dalam pelbagai bidang antaranya fesyen, kecantikan dan muzik nyata berjaya meletakkan dirinya kekal relevan di mata masyarakat sampai sekarang.

IKLAN

Tidak hairanlah hingga tahun ini peragawati terkemuka ini mencatatkan kekayaan mencecah USD 300 juta!

Mula melancarkan minyak wangi pertamanya pada tahun 2004, koleksi minyak wangi Paris Hilton mencecah jualan lebih USD2.5 bilion. Dia juga mempunyai 19 produk di bawah jenama sendiri merangkumi penjagaan kulit, beg tangan, barangan kemas dan pakaian dalam selain berjaya menembusi pasaran Asia dan Timur Tengah.

Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Credit @parishilton
Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Keluarga Paris Hilton / Credit @parishilton
Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Bersama ibu tersayang / Credit @parishilton
Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Paris ketika menjadi DJ / Credit @parishilton

Bukan hanya mengaut keuntungan hasil perusahaan tersebut, Paris juga dilapor menjadi DJ wanita yang menerima bayaran termahal di dunia mencecah USD1 juta.

Memetik kenyataan Paris bersama Vogue mengenai dokumentari This Is Paris dia berkata, “Fokus utama saya membuat dokumentari ini adalah untuk berkongsi kehidupan sebagai ahli perniagaan. Bagaimana pun saya ambil keputusan untuk mendedahkan apa yang pernah berlaku kepada saya.

Saya mahu masyarakat tahu kesukaran yang pernah saya alami dan terus memperbaiki diri serta tidak membiarkan kisah silam menghantui diri. Saya juga terbuka berkongsi sisi sebenar kerana saya bangga dengan siapa diri saya hari ini.”

Meniti usia 40 tahun, Paris yang dilahirkan pada 17 Februari 1981 di New York tidak hanya dikenali sebagai model kelahiran Amerika Syarikat bahkan dia juga sebenarnya seorang ahli perniagaan berjaya, socialite, personaliti TV, pelakon, penyanyi dan juga DJ.

Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Credit @parishilton
Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Credit @parishilton
Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Credit @parishilton
Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Credit @parishilton

Memetik laporan media antarabangsa, perniagaan produk kosmetik, minyak wangi, label pakaian dan kerjaya Paris sebagai DJ membolehkan dia mengaut keuntungan sehingga USD 10 juta.

IKLAN

Malah menurut laporan Celebrity Net Worth, Paris Hilton memiliki kekayaan sehingga mencecah USD 300 juta atau perbezaan sebanyak USD 50 juta di belakang rakan baiknya yang juga selebriti popular, Kim Kardashian.

Menelusuri latar belakang kehidupan jelitawan ini, ibu Paris pernah bergelar pelakon sementara bapanya ialah seorang usahawan. Dia dibesarkan bersama tiga orang adik-beradik iaitu Nicky, Barron dan Conrad.

IKLAN
Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Credit @parishilton
Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Credit @parishilton
Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Credit @parishilton
Warisi Kekayaan Datuk, PARIS HILTON Guna Pengaruh Jadi Usahawan, DJ & Model Kini Raih USD 300 Juta!
Credit @parishilton

Datuk Paris Hilton merupakan pengasas rangkaian perhotelan terkemuka dunia iaitu Hilton Hotels dan bersandarkan status datuknya, Paris bergaul rapat dengan beberapa rakan artis dan personaliti terkenal seperti Kim Kardashian, Ivanka Trump dan Nicole Richie.

Dibesarkan di Los Angeles dan mula menceburi bidang peragaan seawal usia kanak-kanak, Paris bagaimana pun telah menandatangani kontrak sebagai model di bawah agensi peragaan milik Donald Trump ketika berumur 19 tahun dan terus melebarkan bakatnya di kaca televisyen pada tahun 2003.

 

Kredit foto: Instagram Paris Hilton

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI