Sejuk mata memandang rupa paras dan penampilan Nur Nadratun Naeemah Azahar. Melihat raut wajah lembut wanita berusia 26 tahun ini jelas membuktikan dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang juga merupakan pakar motivasi dan pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.

Nadratun Naeemah atau mesra disapa Nadra ini merupakan anak sulung kepada pasangan Dr Azahar Yaakub dan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. Menurut ibunya, sebagai anak sulung daripada tujuh beradik, Nadra disifatkan seorang yang perahsia, jujur, baik dan matang.

Nadratul Naeemah Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah

Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak! Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak! Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak!

Permata hati kesayangan Penasihat Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz ini mendirikan rumah tangga seawal usia 21 tahun. Nadra sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan iaitu Aqil Akmal Azman pada 5 September 2020.

Meskipun berkahwin pada usia muda namun pasangan ini matang melayari alam rumah tangga. Hasil perkongsian hidup selama hampir lima tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Yusuf Al Fateh yang bakal menginjak usia dua tahun pada September dan Yasmin Az Zahra yang dilahirkan pada 23 Oktober 2024.

Artikel https://www.nona.my/bekas-ratu-cantik-pernah-sertai-politik-pesona-jo-anna-ibu-jelita-yang-kini-sambung-phd/

Bahagia menggalas tanggungjawab seorang isteri dan ibu, Nadra menitipkan rasa syukur dianugerahkan seorang suami yang baik dan anak-anak penyejuk hati.

Ads

“Bulan 9 nanti genap lima tahun perkahwinan, masyaAllah. Semoga sentiasa dikurniakan Sakinah Mawaddah Wa Rahmah. Semoga sentiasa dikurniakan rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka, rezeki yang penuh keberkatan. Semoga kekal selamanya sehingga syurga. Aamiin.”

Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak! Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak! Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak! Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak!

Anak Ustazah Datuk Dr Norhafizah Genggam Ijazah Sarjana Muda

Lebih indah, Nadra hamil anak sulung ketika dia masih menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di samping suami tercinta.

Ads

Pasangan ini berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 2023. Istimewanya, anak sulung mereka iaitu Yusuf Al Fateh waktu itu baru meniti usia dua bulan. Kejayaan berganda!

Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak! Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak! Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak! Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak!

Mengimbas kembali detik itu, Nadra memanjat kesyukuran kerana urusan kehamilan dan kelahiran sewaktu bergelar penuntut berjalan lancar.

Ads

“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah untuk anugerah keluarga ini. Yusuf, terima kasih sayang teman ibu abah study masa Yusuf dalam perut. Terima kasih teman ibu masuk kelas.

Terima kasih tolong ibu hafal macam-macam untuk final exam. Terima kasih juga sebab teman ibu jawab final dan bisikkan jawapan dekat ibu sampai ibu dapat DL (Dean List).

Sepanjang ibu belajar, ‘semester’ masa mengandungkan Yusuflah Allah paling mudahkan urusan ibu belajar. Alhamdulillah.”

Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak! Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak! Warisi Raut Wajah Lembut Ibu, Anak Sulung Ustazah Datuk Dr Norhafizah Ini Ada Ijazah Undang-Undang & Ibu 2 Anak!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Pastinya kejayaan ibu tersayang, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa menggenggam Doktor Falsafah (PhD) pada usia 43 tahun dan bergelar ibu kepada tujuh cahaya mata menjadi sumber inspirasi buat puteri sulungnya ini untuk meraih pencapaian dalam bidang akademik.

Moga rumah tangga Nadratun Naeemah dan suami kekal bahagia hingga ke Jannah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI