
Cemburunya melihat kecantikan kulit pelakon dan penyanyi Nur Fazura yang sentiasa tampil segar dan berseri. Walaupun kerjayanya memerlukan dia sentiasa mengenakan solekan yang tebal dan berada di bawah pancaran cahaya lampu yang kuat, namun melihat struktur kulitnya yang terpelihara pasti membuatkan ramai yang cemburu.
Pasti kebanyakan wanita mempunyai keinginan untuk memiliki kulit yang cantik dan sentiasa kelihatan muda bukan?
Bahkan fenomena inginkan kulit yang kelihatan cantik secara semula jadi ini bukan sahaja melanda wanita di Malaysia, malah wanita di Jepun dan Korea serta China juga tidak terkecuali. Pendek kata, wanita Asia sememangnya mahukan wajah yang berseri secara semula jadi tanpa mengenakan solekan yang tebal.
Rahsia kejelitaan kulit Fazura kini bukan lagi rahsia apabila aktres cantik ini sudi dikongsi amalan penjagaan kulit bersama peminat baru-baru ini di Majlis Meet and Greet with Fazura anjuran Nutox baru-baru ini. Malah, Fazura turut berkongsi kegembiraannya menggunakan rangkaian Nutox Renewing Treatment yang mempunyai tiga rangkaian produk iaitu Nutox Renewing Treatment Lotion, Renewing Treatment Essence dan Renewing Treatment Cream.
Nutox Renewing Treatment nenampilkan teknologi proprietari yang dikenali LumiNes yang menggabungkan dua ramuan utama iaitu Lumiskin dan Actistem Gold Nest untuk memberikan hasil yang kelihatan berseri dari dalam seperti yang diinginkan oleh para wanita. LumiNes mengaktifkan sel dasar kulit yang tidak aktif dan meningkatkan tekstur kulit agar kulit berseri secara semula jadi apabila digunakan dengan kerap.
- Renewing Treatment Lotion
Tahukah anda, losen yang lembut ini penuh kebaikan? Mana tidaknya, ia direka khas untuk menyediakan kulit bagi menerima kebaikan daripada Renewing Treatment Essence dan Cream sepenuhnya. Losen ini mengandungi LumiNes, yang bertindak untuk melicinkan dan menanggalkan bendasing untuk kesan yang lebih berseri. Lebih istimewa, losen ini menggantikan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit. Menarik bukan!
- Renewing Treatment Essence
Dirumus dengan teknologi proprietari LumiNes. Esen ini melembap jauh ke dalam kulit dan membantu melindungi kulit daripada masalah kekusaman akibat daripada kerosakan UV dan pencemaran.Selain itu, ia membantu mempercepatkan kitaran pembaharuan permukaan kulit untuk seri wajah yang berkekalan.
- Renewing Treatment Cream
Krim yang turut mendapat manfaat LumiNes, menyediakan kebaikan jauh ke dalam kulit untuk memulihkan, menyegarkan dan memperbaharui penampilan kulit. Tekstur yang tidak melekit ini diserap pantas bagi memberikan kemasan yang semula jadi.
Nur Fazura selaku duta produk Nutox telah 8 tahun menjadi pengguna setia produk ini turut berkongsi rutin penjagaan wajahnya setiap hari.
“Jadual kerja saya memerlukan saya sentiasa berada di luar untuk sesi penggambaran dan semestinya mengenakan solekan yang tebal di bawah sinaran matahari dan sebagainya. Sekaligus menyebabkan kulit terdedah kepada sisa kotoran akibat penggunaan mekap dan persekitaran. Jadi, produk Nutox Renewing Treatment benar-benar membantu saya mengembalikan kelembapan kulit dan menjadikan ia lembut dan halus. Bayangkan, baru-baru ini saya berada di New York atas tuntutan kerja dan cuaca yang sejuk membuatkan kulit saya menjadi kering. Jadi, Nutox Renewing Treatment adalah penyelamat untuk mengatasi masalah kulit yang kering, “ ujar Fazura berkongsi rahsia regim penjagaan wajah yang hanya mengambil masa 10 minit untuk dilakukan setiap hari!
Khas untuk Nonarians, Fazura turut berkongsi rahsia penjagaan wajah yang tidak sukar diamalkan. Mungkin selepas ini Nonarians juga boleh mendapatkan kulit wajah mulus seperti Fazura!ROSMAH IDAYU ABU SAMAH