Majlis Makan Malam Gala Angel Group telah diadakan penuh glamor dan meriah baru-baru ini bagi mengiktiraf pencapaian para ahli, ‘top performers’ sepanjang tahun 2022 temasuk meraikan konsultan, rakan usahasama perniagaan serta pihak-pihak berkepentingan sepanjang tiga tahun penubuhannya dengan majlis penganugerahan serta majlis makan malam yang bertemakan Bangsawan Emas.

IKLAN
DS Masdiana Binti Muhamad Rasmikan Malam Pengiktirafan Raikan Pencapaian Keluarga ANGEL GROUP
Kredit foto: FB Masdiana Muhamad

Penganugerah istimewa ini diberikan pada lebih 200 individu mengikut kategori terdiri daripada Senior Merchant, Merchant, Dealer Developer, Dealer, Konsultan serta Ahli di bawah Angel Group Agency.

Bermula pada tahun 2020 dengan memperkenalkan konsep QM pada masyarakat, Angel Group Creative Financial Solution merupakan agensi terbesar dalam Quantum Metal di mana ia ditubuhkan bertujuan untuk membantu orang ramai mencipta dan melindungi kekayaan mereka, dengan harapan menjadi agensi perkhidmatan emas fintech terbaik di dunia.

DS Masdiana Binti Muhamad Rasmikan Malam Pengiktirafan Raikan Pencapaian Keluarga ANGEL GROUP

DS Masdiana Binti Muhamad Rasmikan Malam Pengiktirafan Raikan Pencapaian Keluarga ANGEL GROUP

Dr Rukhaidah Abd Karim selaku Pengasas dan Pengerusi Angel Group Creative Financial Solution berkata, “Di kala pandemik melanda dunia, kami melihat bisnes Quantum Metal adalah peluang keemasan yang tidak boleh di pandang sepi. Solusi pemulihan ekonomi yang bersandarkan emas dengan menggunakan platform digital, patut diterokai.”

IKLAN

Dr Rukhaidah turut berkongsi bagaimana dirinya bangkit dari kehidupan yang susah dan perit, kini berjaya mengemudi empayar Angel Group dengan peningkatan klien kepada lebih dari 250,000 orang dengan penjualan RM3 Bilion dalam masa 1 tahun pada tahun 2022. Malah Dr Rukhaidah bersyukur kini beliau dikurniakan segalanya termasuklah suami, keluarga dan anak-anak yang menjadi tulang belakangnya selama ini.

Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana Binti Muhamad, isteri Menteri Besar Selangor dan juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan & Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) turut hadir meluangkan masa bagi merasmikan Majlis Makan Malam Gala ini.

IKLAN
DS Masdiana Binti Muhamad Rasmikan Malam Pengiktirafan Raikan Pencapaian Keluarga ANGEL GROUP
Kredit foto: FB Masdiana Muhamad

DS Masdiana Binti Muhamad Rasmikan Malam Pengiktirafan Raikan Pencapaian Keluarga ANGEL GROUP

Turut dilancarkan pada malam tersebut ialah laman sesawang Angel Group serta aplikasi, KiloGo yang bertujuan memperibadikan portfolio emas anda, menjadi alat pemasaran untuk semua konsultan, kalkulator zakat, panduan amaran harga serta membolehkan ahli-ahli menukar mata wang menjadi emas, memelihara dan meningkatkan kekayaan mereka. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara langganan di Google Play Store dan Apple App Store.

Untuk maklumat lanjut tentang Angel Group Creative Financial Solution, anda boleh layari laman sesawang rasmi Angel Group di pautan https://angelgroupagency.com.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI