Pagi semalam kita dikejutkan dengan pemergian pelakon vateran Ridzuan Hashim yang meninggal dunia dipercayai serangan jantung.
Lebih menyedihkan, menurut sumber khabarnya bekas suami Didie Alias itu sudah lama menghidap penyakit berkenaan malah minta penyakitnya dirahsiakan agar mudah buat dirinya untuk bekerja mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.
Walaupun perit untuk ditelan itulah realiti yang terpaksa kita hadapi. Merahsia kondisi kesihatan demi sesuap nasi sungguh menyedihkan, apatah lagi jika akhirnya berlaku perkara yang tidak diingini.
Turut terkejut dengan berita tersebut, Dato’ Fazley Yaakob turut meluahkan rasa simpati dengan nasib aktor terbabit. “Terpaksa merahsiakan penyakit kerana takut hilang job..allahu terlalu pedih ayat ini untuk ditelan,’ tulisnya.
View this post on Instagram
Selain itu, Dato’ Fazley juga menyarankan agar semua pihak untuk bekerjasama menghentikan mentality sebegini yang boleh membawa padah. “Mencari sesuap nasi tak seharusnya membebankan mereka yang sememangnya uzur. Apatah lagi jika ianya merupakan mata pencarian utama seseorang.
Atau mungkin ada di kalangan mereka yang “memberi job , secara rahsia telah memberikan amaran “kalau dia ada penyakit jangan diberi job, nanti menyusahkan semua orang!’ kesal Dato Fazley.
Menjengah ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pandangan Dato’ Fazley dan berpendapat majikan seharusnya celik mengenai perkara ini. Enggan menawarkan sebarang pekerjaan bimbang akan menyusahkan perjalanan sesuatu projek sewajarnya dibimbangi, selain perlu redha dengan ketentuan dan rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah.
Untuk rekod, Ridzuan Hashim 62 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pagi khamis akibat serangan jantung ketika sedang bersarapan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***