Cinta itu buta! Cinta tak kenal darjat dan pangkat. Kisah rakyat biasa berkahwin dengan kerabat diraja bukan hanya cerita dongeng malah telah terbukti melalui pasangan diraja Sweden ini. Percaya atau tidak kisah cinta di antara Duchess of Varmland atau nama sebenarnya Sofia Kristina Hellqvist bersama Prince Carl Philip ini bermula di pusat kesihatan yoga.

IKLAN
Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Foto: Instagram @sweedish_royal_family

Princess Sofia yang kini berusia 36 tahun hanya seorang rakyat biasa yang pernah bekerja sebagai pelayan restoran, pembantu jualan dan model sebelum menjadi Bintang Realiti TV. Siapa sangka populariti setelah membintangi program realiti Paradise Hotel telah mencuri tumpuan seorang putera raja. Wanita tinggi lampai ini berhijrah ke Kota New York dan membuka sebuah pusat kesihatan yoga di Manhattan. Pusat Yoga ini lah yang menjadi saksi cinta pandang pertama dan berakhir dengan sebuah perkahwinan.

Foto: Instagram @prinsparet
Foto: Instagram @prinsparet

Mengimbau kisah tentang perkahwinan diraja ini, pada mulanya mencetus kontroversi apabila rakyat jelata seakan tidak merestui perkahwinan mereka. Rakyat menganggap Princess Sofia tidak layak menjadi puteri diraja kerana begitu berbeza dengan Carl Philip of Sweden yang digambarkan seorang putera raja sempurna, kacak, ramah dan berpendidikan tinggi.

Foto: Instagram @prinsparet
Foto: Instagram @prinsparet

Namun, lama-kelamaan kejelitaan, kebaikan dan kemurnian hati yang ditonjolkan oleh puteri ini diterima baik rakyat jelata dan golongan istana serta mendapat gelaran Her Royal Highness Princess Sofia of Sweden dan Duchess of Varmland.

Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Foto: Instagram @prinsparet

Kehidupan Princess Sofia kini semakin bahagia dan baharu saja mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga. “Kami berdua gembira dan teruja dengan kehadiran cahaya mata ketiga yang bakal menjadi adik kepada Prince Alexander dan Prince Gabriel,” tulis Princess Sofia yang baharu saja menyambut ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

IKLAN
Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Foto: Instagram @sofia_princesssweeden

Sebelum ini Princess Sofia telah menunjukkan sisi mulianya apabila sanggup meletakkan statusnya sebagai kerabat diraja ketepi demi membantu para barisan hadapan memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

IKLAN

Princess of Sweden ini telah menyumbangkan bakti dan tenaganya sebagai pekerja sukarelawan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh para barisan hadapan. Salah satu tugas yang telah dilakukan oleh Princess Sofia adalah membantu para doktor dan jururawat membasmi kuman peralatan perubatan.

Foto: Instagram @sweedish_royal_family
Foto: Instagram @prinsparet

Walaupun hanya menyarung uniform ringkas berwarna biru sama seperti sukarelawan atau para petugas hadapan lain dan berkasut sukan berwakrna putih tetapi aura baginda tetap bersinar seperti biasa. Tanpa meletakkan tiara di atas kepala seperti kebiasaan, puteri diraja Sweeden yang berusia 36 tahun ini tetap anggun walau hanya mengikat rambutnya ke belakang.