Happy birthday Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami! Tanggal 19 Februari lepas, jelitawan Che Puan Sarimah Ibrahim genap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44. Lebih menarik, tarikh tersebut juga merupakan ulang tahun kelahiran suami tercinta, Yang Mulia (YM) Tunku Nadzimuddin YM Tunku Kecil Besar Negeri Sembilan Tunku Datuk Mudzaffar yang ke-50. Alhamdulillah!
Meniti usia 44 tahun, pesona dan keanggunan Che Puan Sarimah tetap memikat. Dari zaman anak dara sampai sudah berstatus ibu seorang anak, penampilan selebriti cantik ini sentiasa menarik perhatian peminat.
Apatah lagi Che Puan Sarimah mewarisi kecantikan kedua-dua ibu bapanya yang berketurunan Melayu-Irish. Malah, beliau juga aktif mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya melibatkan rutin senaman pilates dan gemar berkongsi aktiviti kecergasan tersebut di platform media sosial.
Menerusi perkongsian sempena sambutan ulang tahun kelahirannya dan suami baru-baru ini, Che Puan Sarimah tampil menawan dalam persalinan indah bercorak abstrak hitam, putih, kuning dan kelabu.
Begitu juga YM Tunku Nadzimuddin atau mesra dikenali sebagai Tunku Jamie yang segak mengenakan sut hitam putih.
Ads
“Syukur alhamdulillah for my health and for my family and close friends. And peminat yang masih menyokong saya. Alhamdullillah, we have been blessed with safety, health and much to be grateful for,” kongsi Che Puan Sarimah di Instagram miliknya.
Walau sibuk menguruskan keluarga, Che Puan Sarimah tetap ligat dengan kerjayanya sebagai pengacara. Di samping itu, beliau juga komited memberi kesedaran mengenai kesihatan mental kepada masyarakat.
Awal Februari lalu, beliau turut berkongsi kejayaannya meraih Certified Professional Transformational Coach. Dengan pencapaian tersebut, Che Puan Sarimah berhasrat mahu terus memberikan motivasi dan semangat positif kepada lebih ramai orang agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Syabas dan tahniah Che Puan!
Che Puan Sarimah dan suami, YM Tunku Jamie sah bergelar suami isteri pada 2 April 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu YM Tunku Sofia Najihah yang dilahirkan pada 19 Julai 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada Syawal baru-baru ini, isteri kepada kepada penyanyi dan juga komposer Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen apabila meninggalkan tiga keping foto dalam Instagram di mana salah satu gambar dalam keadaan dirinya tidak berhijab, sekaligus mengesahkan dirinya sememamgnya sudah tidak lagi mengenakan tudung.
Mengakui enggan hipokrit, ternyata tindakan isteri kepada penyanyi dan pelantun lagu Mimpi itu mendapat pelbagai reaksi dari peminat.
Dan kini, Anis Sofea dilihat lebih gembira dengan kehidupannya kini selepas tidak lagi mengenakan hijab malah gambar-gambar di media sosialnya sentiasa mencuri perhatian ramai.
Yang terbaru, Anis Sofea dilihat memuat naik gambar dirinya yang dipercayai sedang bercuti di sebuah pulau bersama suaminya.
Namun apa yang menarik perhatian, wajah mulus Anis mendapat pujian ramai, malah ada yang menyamakan wajah Anis saling tidak tumpah dengan wajah ahli kumpulan Blackpink, Jisoo. Malah ramai juga yang memuji kecantikan Anis Sofea yang dilihat cukup manis dan ayu.
Ada juga yang mengatakan apabila Anis bertudung wajahnya mirip wajah isteri Hairul Hazreen, Hanis Zalikha.
Sebelum ini, Anis Sofea sering kali dikatakan memiliki iras salah seorang anggota kumpulan Blackpink tersebut selepas dirinya dilantik sebagai duta untuk produk kecantikan jenama tempatan.
Jadi, apa pendapat anda? Anis ini ada iras-iras Jisoo tak?
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam anak daralah! Lama tak nampak kemunculan Erin Malek dalam drama atau filem tempatan. Teringat lagi lakonan Erin sewaktu membintangi filem kanak-kanak Tentang Bulan. Rasanya masa tu dia baru berusia belasan tahun.
Dari zaman anak dara, sampailah sudah berumah tangga nampak makin cantik berseri. Walau sudah berkahwin… body maintain langsing. Hakikatnya, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek ini sudah lima tahun bergelar mak. Ada dua orang anak pula tu!
15 Julai lalu merupakan ulang tahun kelahiran ke-27 Erin Malek. Menyambut hari lahir secara sederhana di samping keluarga tersayang, ujar Erin menerusi perkongsian di laman Instagram, “Alhamdulillah I’m feeling so blessed and grateful to have people in my life who made me feel cared for and sooo loved. Thank you so much for each and everyone for your messages, cakes, flowers dan birthday love.”
Berkahwin dengan jejaka pilihan yang juga anak kepada usahawan automobil ketika usia baru mencecah 20 tahun pada tanggal 10 Oktober 2014, isteri kepada Farriz Fauzy ini selamat melahirkan anak sulung mereka setahun kemudian pada 1 Oktober 2015 yang diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz.
Dua tahun kemudian, pasangan suami isteri ini kembali dikurniakan rezeki anak perempuan yang kini berusia empat tahun. Nur Aisha Mohamed Farriz dilahirkan pada 10 Februari 2017. Alhamdulillah, dah sepasang dah anak Erin dan Farriz.
Tahun ini pasangan romantis tersebut bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketujuh.
Sejak berstatus isteri dan emak orang, Erin memperlahankan aktiviti seninya dan agak jarang muncul di majlis-majlis hiburan mahupun kaca TV. Fokusnya kini lebih tertumpu kepada keluarga dan menguruskan dua orang anak.
Pun begitu, kelibat Erin Malek tetap menjadi perhatian dan sumber inspirasi peminat khususnya kaum wanita kerana mampu sentiasa tampil cantik dan bergaya walaupun ada dua anak yang masih kecil.
Erin bersama Fatin Afeefa yang pernah membintangi filem Tentang Bulan
Berbicara tentang penampilan wanita jelita ini pula… Erin mendedahkan dia ambil keputusan untuk berhijrah dan tampil berhijab pada tahun 2016 selepas hasrat ingin memakai tudung disokong suami tercinta dan keluarga tersayang. Memang terserlah keayuan Erin Malek sejak bertudung!
Kredit: Instagram Erin Malek
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sememangnya kecantikan selebriti dari Negara Seberang ini benar-benar memikat. Pesona cantik Olla Ramlan tidak perlu dipertikaikan lagi sehingga tercalon sebagai Wanita Tercantik Dunia 2021.
Walau sudah berkahwin dan bergelar ibu, pesona cantik Olla Ramlan bagai tidak pudar dimamah usia. Meniti usia 42 tahun wanita cantik ini boleh tersenyum bangga apabila namanya tersenarai sebagai Wanita Tercantik Dunia 2021 dalam satu undian yang dilakukan di laman sesawang TC Candler.
Foto: Instagram @ollaramlan
Lebih istimewa apabila wanita yang mula berhijab sejak bulan Mei 2019 ini menjadi antara personaliti berhijab yang tercalon dalam pencalonan tersebut. Antara nama-nama wanita terkenal yang turut tersenarai ialah Lisa Blackpink, Emilie Nereng dan Halima Aden.
Wanita kelahiran Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia ini mula mencipta nama dalam bidang modelling dan jelitawan ini tidak hanya berjaya sebagai pengacara bahkan berbakat besar dalam industri seni lakonan.
Membintangi filem Suami-Suami Takut Istri The Movie pada tahun 2008, ibu kepada tiga orang anak ini juga aktif berkongsi aktiviti terkini di media sosial milik peribadinya. Penampilan Olla Ramlan sering menjadi perhatian kerana sering menggayakan jenama mewah dan ternama.
Menerusi perkongsian gambar-gambar yang dikongsikan di laman media sosialnya Olla Ramlan mempunyai hobi menunggang motorsikal berkuasa besar.
Walaupun melakukan aktiviti lasak menunggang motorsikal berkuasa besar tapi penampilan wanita yang mempunyai ketinggian 165 sentimeter ini tetap memukau.
Pernah bercita-cita untuk bekerja dalam bidang perundangan namun Olla Ramlan akur minatnya lebih cenderung dalam bidang seni. Pelakon, model, penyanyi dan pengacara ini juga pernah berkolaborasi dengan Dewi Sandra untuk lagu Stop.
Olla Ramlan atau nama penuhnya Olla Ramlan Tissa sah bergelar isteri kepada Aufar Hutapea pada tanggal 20 Disember 2012. Tahun ini merupakan ulang tahun perkahwinan ke-10 mereka.
Perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang puteri iaitu Aleena Naira Hana Hutapea, 7 tahun dan Adreena Naira Hana Hutapea, 5 tahun. Olla Ramlan juga mempunyai seorang anak lelaki melalui perkahwinannya yang terdahulu yang diberi nama Sean Mikael Alexander kini berusia 16 tahun.