Dilengkapi Kamera Awesome, SAMSUNG GALAXY A52 Mudahkan Tugas Mengedit Video!
Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72 di Malaysia. Kedatangan siri Galaxy ini memberi peluang inovasi tersedia untuk khalayak ramai. Siri terbaru Samsung Galaxy A membenarkan anda untuk berkomunikasi dan ekspresi diri dengan kamera yang awesome, paparan skrin jelas dan pengskrolan yang mudah, juga terdapat ciri-ciri Galaxy inovatif baharu seperti bateri hayat lama dan rintang air untuk kesenangan anda.
Lebih membuat penulis teruja sebaik sahaja menerima set Samsung Galaxy A52 ialah ia memberi menyediakan akses menyeluruh ekosistem Galaxy tersambung peranti lain seperti Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, dan Galaxy Tab. Sekaligus memudahkan penulis menyiapkan tugasan mengedit video, artikel web dan sebagainya dengan hanya menggunakan peranti Samsung yang dimiliki. Satu teknologi yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang bekerja dalam bidang media seperti kami!
Memandangkan tugas penulis kini lebih terjurus ke proses merakam dan mengedit video, Samsung A52 menawarkan tahap kualiti kamera yang terbaik sekaligus membolehkan lebih banyak foto dan video yang menarik dapat dirakam. Penulis sendiri mampu merakam gambar dan video dengan lebih mudah. Hanya menggunakan kamera kuad resolusi tinggi 64MP. Manakala 4K Video Snap pula untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K. Penulis amat tertarik dengan Scene Optimizer yang menggunakan AI untuk mengambil gambar dengan pengeset optimum untuk 30 kategori imej dan latar belakang seperti makanan, landskap dan haiwan peliharaan. Sekaligus, pelbagai mode gambar dapat dihasilkan dengan hanya satu sentuhan. Mudah bukan!
Memandangkan tugas penulis bukan hanya merangkumi waktu siang, merakan video pada waktu malam juga amat penting. Tetapi, jika suasana malam yang malap, ia memberi kesan terhadap hasil video tugasan yang dirakamkan. Fungsi Night mode Samsung A52 yang menggunakan pemprosesan multibingkai memberikan hasil imej yang terang walaupun di dalam suasana gelap.
Sesuai dengan harga dan sasaran Galaxy A, penggunaan AR Emoji dan My Filteri membolehkan keriangan penggunaan telefon bimbit tatkala penambahan di emoji. Selain itu, anda boleh menggunakan AR Lenses daripada Snapchat dengan Fun Mode apabila menangkap gambar menggunakan aplikasi telefon sedia ada.
Memahami bagaimana telefon pintar begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat kini, Samsung telah mempertingkatkan pengalaman dengan paparan dan reka bentuk canggih supaya ia sepadan dan mencerminkan kehidupan moden masakini. Anda boleh menonton rancangan kegemaran melalui paparan Super AMOLED Samsung. Dengan kadar segar semula 90 Hz pada Galaxy A52 dan Galaxy A72, pengskrolan juga kini makin mudah.
Teruskan tontonan dan mengimbas media sosial apabila berada di luar dengan tambahan luminans 800 nits. Selain itu, paparan juga diiktiraf ‘Eye Care’, dan mengubah suhu warna paparan secara automatik berdasarkan corak penggunaan telefon pintar untuk mengurangkan keletihan mata dengan ‘Eye Comfort Shield’. Penulis juga amat tertarik dengan reka bentuk yang sederhana Samsung A52 namun sangat bermakna serta dilengkapi rangka kamera minimalis.Ringkas, tetapi tetap dalam kelas elegan tersendiri!
Galaxy A52 dan A72 dilengkapi dengan keperluan asas Galaxy termasuk pembesar suara stereo dan stor memori luaran sebesar 1TB. Tingkatkan pengalaman pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos untuk suasana bunyi yang kaya dengan kedalaman dan perincian yang lebih tinggi. Juga, One UI 3 yang telah diubah suai membantu mempertingkatkan pengalaman intuitif dan interaksi secara konsisten dengan meninggikan kelajuan, mengurangkan kekacauan dan mengetengahkan maklumat penting.
Bagi anda yang gemar mendengar muzik melalui telefon pintar, nikmati muzik bersama tanpa gangguan sama ada sedang berolahraga bersama di rumah atau sedang berbicara dalam talian dengan kawan, anda boleh berhubung dan mendengar muzik bersama. Music Share akan menyelaraskan telefon dengan peranti kawan untuk berkongsi muzik tanpa menggunakan gabungan pembesar suara. Anda juga boleh menggandingkan telefon dengan dua set peranti Galaxy Buds dan dengar bersama dengan Buds Together.
Samsung A52 mempunyai jangka hayat bateri yang tahan selama dua hari di mana ia mempunyai kapasiti bateri besar yang mampu bertahan dengan tahap kapasiti bateri 4,500mAH untuk A52 dan 5,000mAH untuk A72. Siri Galaxy A baharu didatangkan dalam rona Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White.
Trend ‘Anak Tanggang’ Di Musim Perayaan, Kakitangan Kesihatan Dedah Trik Anak Hantar Mak Ayah Masuk Hospital Untuk Beraya Sakan!
Lagi beberapa hari saja lagi seluruh umat Islam akan meraikan hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa menahan nafsu, lapar dan dahaga. Lantas, sudah menjadi kebiasaan orang ramai akan pulang ke kampung meraikan Hari Raya bersama dengan yang tersayang.
Berkumpul beramai-ramai sanak saudara, sambil tangan dihulur memohon ampun dan maaf sudah semestinya momen yang paling dinanti-nanti di pagi raya terutama sekali kepada ibu dan bapa kita yang sudah pastinya banyak berkorban membesarkan anak-anak.
Namun, baru-baru ini seorang staf kesihatan mendedahkan satu trend mengejutkan trik segelintir anak-anak yang membuat keputusan meninggalkan ibu bapa mereka di hospital sewaktu musim perayaan tular di media sosial dan mendapat respon dari warga maya.
Menerusi perkongsian tersebut di akaun Tiktok Ayietdf, seorang lelaki yang dipercayai kakitangan kesihatan berkongsi ramai anak-anak yang diklasifikasikan ‘anak tanggang’ di musim perayaan kerana ramai yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka yang uzur di hospital sewaktu beberapa lagi sebelum menjelang hari raya agar mereka dapat bergembira dan beraya sakan tanpa perlu risau keadaan mereka.
@ayietdf #hospital #hospitallife #education #tiktokguru #paramedic #doctor #nurses #lgbt🌈 #hiv #std #aids ♬ original sound – AyieTDF (HIV/AIDS Counselor)
“Sebab nak mudahkan urusan mereka balik kampung bercuti dan sebagainya mereka sanggup tidak memberi makan dan minum selama beberapa hari, agar boleh menghantar mereka ke hospital dan terpaksa diwadkan,” jelasnya. Malah, ada yang memberi alasan tak mampu menjaga sendiri kerana sibuk bekerja malah perkara ini dah lama berlaku.
@kebebasandalamhidupku Semoga kita jadi anak soleh dan solehah , aamiin ya Allah #doctorsoftiktok #kisahanakderhaka ♬ original sound – Amirah Azlan
Lelaki tersebut turut sedih dengan apa yang dilakukan oleh mereka yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di hospital. “Tak tercapai akal fikiran saya, sampai hatinya buat pada mak ayah macam itu. Itukah cara anda balas jasa mak ayah anda. Tak kira hari raya aidilfitri, hari raya cina atau lain-lain pasti ada kes sebegini”
Lelaki tersebut juga turut sempat meninggalkan pesan kepada semua agar sentiasa mengutamakan ibu dan menjaga ibu dan ayah sebaik mungkin, kerana apa yang berlaku tidak mustahil akan terjadi kepada kita nanti.
Melihat di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sedih malah ada yang terkejut mendengar penjelasan itu dan memberikan pandangan mereka. Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 53.9K views, 3,184 likes dan 562 comments di TikTok.
Apalah nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang ya? Semoga kita semua boleh ambil iktibar dengan apa yang berlaku ini dan semoga kita semua dijauhkan dari berperangai begini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Amal Diet Vegan, Bintang YouTube Yang Dikatakan Sembuh Daripada Kanser Ini AKHIRNYA MAUT Kerana Kanser
Makan sayuran mentah dan minum jus segar… itulah kaedah penyembuhan kanser yang pernah ditularkan oleh bintang YouTube, Mari Lopez. Kaedah tersebut dakwanya berjaya merawat kanser payudara tahap 4 yang dihidapi sejak tahun 2015.
Mari Lopez yang memiliki saluran vLog sendiri di Houston, Texas turut dikatakan memberitahu semua penontonnya bahawa dia langsung tidak mengamalkan rawatan tradisional untuk penyakit kanser payudara tersebut kerana ‘mengamalkan’ jus yang dicipta.
Tetapi menurut anak saudara Mari, Liz Johnson, makciknya telah meninggal dunia pada Disember tahun lalu apabila sel kanser merebak ke dalam darah, hati dan paru-paru, selepas ikhtiar mencuba kaedah kemoterapi serta radioterapi gagal.
Mereka berdua turut menunjukkan video penyediaan resipi berasaskan jus lemon dan halia yang dikatakan baik untuk membuang segala toksin. Video tersebut berjaya menginspirasikan ramai pesakit kanser yang melalui penderitaan yang sama untuk mengamalkan diet jus.
Video resipi di YouTube ini telah ditonton lebih daripada 400,000 kali.
Makanan Dari Ketuhar
Liz menyalahkan ibunya di atas kematian Mari. Kata Liz kepada Babe, keluarga mereka tidak biasa dengan cara pemakanan vegan. Malah sewaktu mendiang masih tinggal dengan ibunya, dia ‘diarahkan’ supaya memakan daging serta sering menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk menyediakan makanan.
“Makcik saya sangat membenci microwave kerana itulah antara penyebab utama kanser. Tapi atas desakan ibu saya, dia akhirnya makan juga makanan seperti burger. Saya rasa itulah yang menyebabkan kanser Mari mengganas semula,” kata Liz.
Liz juga percaya bahawa mendiang makciknya tidak konsisten dengan diet yang diamalkan serta kehidupan spiritual yang menjadi kepercayaannya.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang bukti saintifik yang menyokong dakwaan Liz di atas.
Meskipun selepas bertahun-tahun pakar mengkaji serta membelanjakan jutaan dolar untuk rawatan penyembuhan kanser, namun masih tidak ada satu diet ajaib untuk mencegah apatah lagi merawat penyakit ini.
Sumber: Babe