Pelakon Raysha Rizrose selamat melangsungkan pertunangan bersama kekasihnya yang juga pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, hari ini.

IKLAN

10 Tahun Bercinta, RAYSHA RIZROSE & NABIL JEFFRI Selamat Bertunang Hari Ini

Selepas 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, Raysha Rizrose  dan Nabil sepakat memilih tarikh 14 Februari sebagai tarikh pertunangan mereka. Nabil Jeffri  merupakan pelumba kereta Formula 3. Perkara itu dikongsikan sendiri Raysha, 27, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Alhamdulillah. I am officially engaged,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram miliknya.

10 Tahun Bercinta, RAYSHA RIZROSE & NABIL JEFFRI Selamat Bertunang Hari Ini

Raysha Rizrose, 26, pernah sekali mengalami fasa ‘putus cinta’ dengan kekasihnya, Nabil Jeffri, 29, juga seorang pelumba kereta Formula 3 sepanjang 10 tahun percintaan mereka sejak dari sekolah menengah.

Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz ditemui berkata, mereka pernah putus hubungan selama empat bulan, sebelum akhirnya berbaik semula selepas Nabil berjaya memujuknya.

10 Tahun Bercinta, RAYSHA RIZROSE & NABIL JEFFRI Selamat Bertunang Hari Ini

IKLAN

“Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.

10 Tahun Bercinta, RAYSHA RIZROSE & NABIL JEFFRI Selamat Bertunang Hari Ini

IKLAN

Raysha yang juga adik kepada pelakon, Uqasha dan Nelydia Senrose turut berkongsi beberapa keping gambar majlis pertunangannya di Instagram Story.  Hubungan  Raysha dan kekasihnya, Nabil sudah terjalin sejak mereka di alam persekolahan lagi.

10 Tahun Bercinta, RAYSHA RIZROSE & NABIL JEFFRI Selamat Bertunang Hari Ini

Hubungan kedua-duanya bukanlah rahsia di kalangan keluarga terdekat dan sahabat handai. Majlis pertunangan Dewi Remaja 2014/2015 ini telah diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI