Tahun ini, sudah lebih sedekad Mas Aliza kehilangan bapa tersayang. Sepanjang tempoh itu jugalah rindunya kepada arwah bapa, Datuk Ali Bapoo tidak pernah padam meskipun terpaksa berdepan detik sukar itu ketika dia baru meniti zaman remaja. Mengakui keperibadian arwah bapa sangat memberi kesan terhadap dirinya sehingga ke hari ini… Mas Aliza yang juga anak sulung kepada pelakon era 90an, Mas Anizan terbuka berkongsi rahsia yang selama ini tersimpan kemas di lubuk hati.

Selesa membahasakan dirinya sebagai baby dan arwah bapa dengan gelaran papa, Mas Aliza yang menginjak usia 24 tahun tenang menyusun bicara saat menceritakan sisi peribadi lelaki kesayangannya itu. “Papa dengan baby tak pernah sekali pun marah. Dia memang jenis yang sangat sayang anak-anak dia.

Ads

11 Tahun Papa Dah Tiada… Kerana Rindu, MAS ALIZA Buat Diari Gambar Bersama Arwah Tanpa Pengetahuan Ibu!

11 Tahun Papa Dah Tiada… Kerana Rindu, MAS ALIZA Buat Diari Gambar Bersama Arwah Tanpa Pengetahuan Ibu!
Kenangan bersama arwah papa

11 Tahun Papa Dah Tiada… Kerana Rindu, MAS ALIZA Buat Diari Gambar Bersama Arwah Tanpa Pengetahuan Ibu!

Sampai sekarang apa yang paling saya rindukan ialah cara layanan dia. Susah nak dapat orang yang layan baby macam mana papa layan sebab dia sangat penyayang dan berlembut dengan anak-anak.

Tapi dengan Daniel cara didikan tu lain sedikit. Papa lebih tegas mungkin sebab adik ni lelaki. Sepanjang papa ada… memang baby tak pernah kena marah dan tak pernah kena pukul.”

Reda menerima pemergian arwah bapa sewaktu dirinya baru mencecah umur 13 tahun, kongsi Mas Aliza lagi bapanya meninggal dunia disebabkan komplikasi penyakit seperti serangan jantung dan kencing manis. “Papa ni dia sangat tegas dan seorang ayah yang pentingkan didikan agama kepada anak-anak. Dekat rumah, nak pakai yang seksi memang tak bolehlah. Kena betul-betul tutup dan papa ni jenis family man.

11 Tahun Papa Dah Tiada… Kerana Rindu, MAS ALIZA Buat Diari Gambar Bersama Arwah Tanpa Pengetahuan Ibu!

11 Tahun Papa Dah Tiada… Kerana Rindu, MAS ALIZA Buat Diari Gambar Bersama Arwah Tanpa Pengetahuan Ibu!
Bersama mama, Mas Anizan

Saat ditanya adakah dia pernah ‘google’ tentang bapanya, Datuk Ali Bapoo… tanpa berselindung Mas Aliza mengangguk kepala tanda pernah berbuat demikian. “Iya, pernah. Jujurnya, saya dan mama memang try to avoid untuk cakap pasal ni sebab secara automatik kami berdua akan menangis. Sebab tak nak mama menangis, baby ambil pendekatan untuk tidak banyak bertanya tentang papa.

Sebenarnya baby ada buat satu album yang di dalamnya ada semua gambar papa bersama baby. Album tu ibarat macam diari untuk baby. Setiap gambar papa, baby akan tulis kenangan kami berdua. Mama pun tak tahu pasal ni. Kalau rindu ke apa… baby memang akan tengok dan tulis dalam album tu. Dah lama pun baby buat album ni dan sorok dari pengetahuan mama.”

11 Tahun Papa Dah Tiada… Kerana Rindu, MAS ALIZA Buat Diari Gambar Bersama Arwah Tanpa Pengetahuan Ibu!

Ads

11 Tahun Papa Dah Tiada… Kerana Rindu, MAS ALIZA Buat Diari Gambar Bersama Arwah Tanpa Pengetahuan Ibu!

11 Tahun Papa Dah Tiada… Kerana Rindu, MAS ALIZA Buat Diari Gambar Bersama Arwah Tanpa Pengetahuan Ibu!

Walaupun kini Mas Aliza sudah semakin matang dan berkerjaya namun nasihat ibu tetap terpahat kemas di sanubari. “Mama selalu pesan buat baik dan hati kena ikhlas dengan orang. Sampai sekarang mama selalu ingatkan, tiap kali keluar rumah baby bawa maruah mama dan arwah papa. Kena sentiasa pandai bawa diri dan ikhlas dengan semua orang,” ungkapnya sambil mengukir senyuman.

Ads

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI