Seronok melihat keakraban Raja Azura dengan anak-anaknya yang kini sedang meniti usia remaja. Nampak mesra macam kawan-kawan, sentiasa happy go lucky. Ke mana saja tetap bersama.
Bertuah anak-anaknya dikurniakan seorang ibu yang ceria dan penyayang. Didikan Raja Azura terhadap mereka juga adalah terbaik biarpun lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Tiga anak-anak Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku ialah Megat Muhammad Raziq (21), Megat Luqman Haqim (20) dan Puteri Mia Maizura (18).
Memetik perkongsian Raja Azura di Instagram peribadinya baru-baru ini: –
“Soalan Yang selalu ditanya dalam diri kita? Apa yang tidak boleh dibeli di dalam dunia dengan wang ringgit? Jawapannya kasih sayang ibu bapa.
Ads
“Dalam kes Kak Engku berbeza, saya la ibu, saya la bapa.
“Kepada anak-anak di luar sana, ingat pesan ini sampai ke hujung nyawa. Itu nilai yang tidak akan anda boleh bayar. So kepada anakanda ku @megat.ara@memura.ara@_mia.ara_ mama love youuu…”
Pernah berkongsi dengan Nona, Raja Azura tidak pernah membezakan kasih sayangnya terhadap anak-anak.
“Anak-anak memang rapat dengan saya. Saya juga tak pernah membezakan kasih sayang terhadap mereka yang diberikan sama rata. Mereka adalah amanah Allah SWT buat saya.”
Sejak bercerai pada 2010, Kak Engku sangat tenang dan ceria sepanjang mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Ads
“Hidup mesti diteruskan walau bergelar ibu tunggal. Apa yang saya amalkan selama ini ialah kuatkan mental dan fizikal. Selain itu, emosi juga perlu dikawal dengan baik. Dengan anak-anak saya bersikap terbuka apatah lagi mereka kini dalam usia remaja.
“Pedulikan apa orang kata sebab hanya diri kita saja tahu apa yang terbaik. Barulah kita boleh menjalani life seorang ibu tunggal dengan sempurna. Sebab kitalah yang akan menggalas tugas seorang ibu, ayah, bibik, driver dan guru bila di rumah.
“Kekuatan itu hadir bila anak-anak memberi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran ataupun sukan sekaligus menggembirakan hati saya.”
Pesan Raja Azura buat anak-anaknya agar sentiasa menghormati ibu bapa walau apa pun terjadi.
Ads
“Usah meminta-minta jika tidak diberi. Selalulah bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki ada di mana-mana. Usaha untuk menjadi hebat dan terbaik. Mama sentiasa berada dalam diri anak-anak. Mama tiada harta nak ditinggalkan, hanya ilmu yang dapat Mama berikan.”
RAHSIA AWET MUDA “Saya tak ada amalkan apa-apa petua pun. Biasa saja, nak inject pun tak mampu… Selalunya, lepas balik rumah saya akan cuci muka seperti biasa. Itu pun saya pakai basic saja sebelum tidur.
Tak lupa minum air suam dan suplemen. Bila dah berusia ni kena cukup tidur, makan pun saya control sebab berat saya jenis cepat naik. Saya memang jarang makan malam.”
Pemilik nama sebenar, Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini masih ligat dalam industri seni sebagai penyampai radio, pengacara, pelakon serta penyanyi. Raja Azura juga merupakan antara selebriti tempatan yang memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Perak.
Kredit Foto: Instagram YM Raja Azura
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tenang dan tersentuh hati melihat penampilan pelakon cantik, Nelydia Senrose dalam posting terbarunya di Instagram. Suci bersih dalam persalinan ibadah serba putih ditemani suami tersayang, Mohd Hafez Helmi.
Dalam posting tersebut, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia meluahkan rasa syukur selain berterima kasih kepada suaminya kerana menjadi sumber kekuatan serta banyak berkorban sepanjang mereka mengerjakan haji. Nelydia berkongsi tiga foto ketika dia dan suami berada di Arafah pada Hari Wuquf.
“Syurgaku..terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu utk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu utk kejalan Allah sangat ku kagumi. Dia tidak berkira-kira utk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dgn penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya.
“Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu.Aamin YRA”
Di ruangan komen, beberapa rakan artis seperti Nur Fazura, Mira Filzah dan Syamim Farid serta para pengikutnya menyatakan rasa syukur dan gembira dengan penampilan terkini Nelydia.
@missfazura “MasyaAllah”
@syamimfarid “Mashaállah… Aamin Ya Mujib”
@anaszahrin “Alhamdulillah Haji & Hajjah”
Selain itu, ada beberapa pengikutnya menganggap Nelydia sangat bertuah kerana dikurniakan rezeki seorang suami yang mampu membimbingnya ke jalan kebaikan. Dan tak ketinggalan, turut mendoakan agar Nelydia dan suami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
@lyidia.dahlia “So sweet… indahnya kata-kata.. Rezeki Nel dapat suami yang mampu membimbing ke jalan kebaikan.. Semoga terus istiqamah.. Semoga cepat-cepat dikurniakan cahaya mata yang cantik lagi soleh/solehah. Aamiinn…
@miss_lattexxoxo “Aamiin Alhamdulillah.Semoga berbahagia Nelly dan suami sampai ke Jannah. Lovely couple. Semoga Nelly dan husband dikurniakan zuriat soleh solehah comel sempurna Aamiin aamiin”
@yar_tea “Semoga Allah kurniakan rahmatNya, rezeki kesihatan yang baik, peningkatan iman, istiqomah dalam menutup aurat dan kebahagiaan di dunia buat anda berdua hingga Jannatul Firdaus, Aamin..”
Untuk info, Nelydia dan suami berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibdah Haji pada awal Julai 2022 yang lalu.
Semoga Nelydia dan suami sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan lebih banyak kebaikan. Buat Nelydia, semoga terus istiqamah. Tak sabar nak lihat penampilan baru Nelydia selepas pulang dari tanah suci.
Kredit Foto: Instagram Nelydia Senrose
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui sebagai selebriti dan public figure yang memilih untuk berhijab sejak 13 tahun yang lalu, tidak dinafikan banyak dugaan di sekelilingnya yang terpaksa ditempuh tatkala bergelar selebriti yang sudah kukuh namanya dalam industri hiburan.
Memetik temubual dalam saluran Youtube Official Ria X dalam slot Chit-Chat with Michael Ang, Nana turut berkongsi beberapa dugaan yang terpaksa ditempuhinya sepanjang bergelar anak seni.
Siti Nordiana Kongsi Cabaran 11 Tahun, Istiqamah Berhijab
“Godaaan yang datang pada saya bukan kecil, terutama apbila istiqamah menjadi seorang selebriti berhijab ni, cabaran pertama adalah sentiasa menjadi sorotan orang ramai, orang selalu pandang.
“Dugaan bila berlakon, kena jaga batas antara lelaki dan perempuan, apabila masuk waktu (solat), kena ambil wuduk dulu siap-siap, baru makeup. Lepas itu, tahan supaya tak minum air sehingga masuk waktu (solat) seterusnya,” kongsi Nana yang memulakan penghijrahan pada tahun 2011.
Bagaimanapun, Nana akui bahawa dia juga menerima dugaan dalam fesyen di kalangan rakan artis.
“Kadang-kadang, bila tengok orang lain pakai baju tu saya puji cantik baju dia, tapi saya tak boleh pakai macam tu sebab saya ni seorang yang berhijab,” jujur Nana yang popular dengan drama bersiri Dia Semanis Honey.
Dahulukan Allah, Sebelum Dahulukan Orang Lain – Siti Nordiana
Pelantun suara, lagu Hatiku Milikmu itu turut berkongsi, ketika berada di set pengambaran, cuaca juga antara kekangan yang menjadi cabaran buat dirinya yang memakai tudung.
“Bila shooting tengah panas, saya kena pakai baju berlapis yang menutup aurat. Tapi itulah ibadah kita, pakai tudung masa keluar rumah.
“Pakai tudung tutup aurat wajib, bagi saya tak ada pilihan untuk buka tudung bila dah popular ke apa,” tegas juara Gegar Vaganza musim ke-2 itu.
“Iman kita ni turun naik, jadi kita kena suburkannya sekurang-kurangnya dengar ceramah di Youtube selama satu jam setiap hari. Kita dahulukan Allah sebelum dahulukan orang lain,” akhiri Nana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan selebriti berjaya menamatkan pengajian masing-masing di peringkat yang lebih tinggi. Kejayaan selebriti ini menggenggam segulung ijazah sememangnya memberi sumber inspirasi untuk para peminat mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Baru-baru ini, pelantun suara Makhluk Tuhan Paling Seksi, Mulan Jameela berkongsi kejayaannya berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah. Mulan merupakan graduan dari Universiti Nasional Republik Indonesia selepas empat tahun menjalani sesi pengajian.
Mulan Jameela memuat naik kegembiraan yang dilalui di laman media sosial miliknya yang menzahirkan rasa syukur dan gembira. Mulan juga turut mengimbas kembali usaha dan cabaran yang perlu di tempuhi sepanjang proses pembelajaran yang dilaluinya.
Majlis graduasi turut dihadiri oleh suaminya, Ahmad Dhani serta keempat-empat anak mereka.
“Bertahun-tahun saya minta izin suami untuk menyambung pelajaran, akhirnya dapat keizinan pada tahun 2018. Saya mengambil masa untuk mencari universiti yang sesuai dengan jurusan pilihan. Akhirnya saya memilih untuk menjadi siswi Universiti Nasional Republik Indonesia.
Ini bukanlah pengalaman pertama buat Mulan Jameela, kerana sebelum ini dia pernah melanjutkan pelajaran di kolej seketika dahulu. Atas sebab yang tertentu, dia terpaksa menamatkan pengajiannya.
“Saya meneruskan pengajian di peringkat sarjana setelah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Sudah sekian lama meninggalkan kolej yang terdahulunya saya hanya menulis tesis sahaja.” katanya lagi.
Tidak hanya itu, Mulan turut berkongsi kisah bagaimana dia perlu melalui kuliah secara dalam talian yang sememangnya agak asing buat dirinya pada peringkat permulaan. Namun dia berterima kasih buat anak-anak yang membantunya menjalani kelas secara alam maya dengan baik sehingga mampu memberikan hadiah terbaik untuk dirinya.
“Tidak dinafikan belajar secara online tidak mudah. Tapi itulah antara cabaran yang perlu saya lalui,” jelas Mulan lagi.
Faktor usia bukanlah halangan untuk dirinya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mulan juga membuktikan bahawa tidak terlambat untuk seseorang mendapat pendidikan tinggi. Dia turut menitipkan rasa berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang buatnya sepanjang proses menamatkan pengajian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!