Bibir kering memang selalu berlaku, lebih-lebih lagi pada cuaca panas. Puas dibasahkan bibir dengan air liur namun masih kering. Rupa-rupanya banyak kesalahan yang kita buat untuk menjadikan bibir lembab dan mungil.

IKLAN
  1. Sebelum mencuci wajah, sapukan pelembap bibir. Bahan pencuci yang digunakan boleh bertindak menjadikan kulit bibir kering dan kehilangan PH serta menyebabkan kulit bibir berkeluping.
  2. Gunakan minyak badam kerana ia mengandungi vitamin A dan E untuk memberikan kesan kelembapan yang lebih semula jadi pada bibir.
  3. Jika kulit bibir anda merekah, hiris tipis timun dan letakkan pada bibir selama lima minit, mungkin ketika anda sedang menonton televisyen atau membaca buku kegemaran anda.
  4. Eksfoliasi sangat penting dan berkesan untuk menjadikan bibir lebih lembap dan mungil.
  5. Jangan biasakan menjilat bibir terlalu kerap kerana air liur boleh menyebabkan bibir menjadi kering.
  6. Bernafas dengan hidung. Ada kalanya, pernafasan melalui mulut boleh menyebabkan bibir anda kering.
  7. Jangan cabut kulit kering! Sapukan saja pelembap ya.
  8. Jadikan gincu bibir dengan pelembap bervitamin E, minyak macadamia dan shea butter sebagai teman baik anda. Lupakan seketika gincu matte anda ya!
  9. Ubat gigi dengan perisa sintetik boleh mengakibatkan reaksi alergik, menjadikan bibir anda berkuping.
  10. Skip minuman dari jus oren seketika jika bibir anda mengalami kekeringan melampau dan berkuping.
  11. Sapukan aloe vera pada bibir. Ia membantu melegakan kesakitan dan menyembuhkan luka kecil akibat dari kekeringan.
  12. Trik paling terkenal untuk bibir kering adalah dengan menggunakan jeli petroleum.
  13. Kenal pasti jika balm bibir beraroma membuatkan kulit bibir anda sensitif. Jika ya, tukar yang lain!
  14. Ucapkan selamat tinggal kepada makanan pedas. Ya, makanan pedas antara penyumbang kepada masalah bibir kering!
  15. Menikmati hidangan bergaram memang sedap tetapi ia bukan yang terbaik untuk penjagaan bibir. ‘Berpuasa’ garam seketika kan boleh menjamin kesihatan tubuh?

 

IKLAN
IKLAN
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI