
Gwyneth Paltrow, seorang pelakon dan juga pengasas Goop cukup dikenali dengan gaya hidup sihatnya. Paltrow sering berkongsi amalan diet serta rutin kesihatan di media sosial sebagai inspirasi.

Menerusi platform Goop dan pelbagai sesi temu bual, Paltrow mendedahkan rahsia kecergasannya. Pendekatan dietnya memfokuskan kepada cara intermittent fasting dan makanan anti-radang.
Rutin ini dirangka untuk menyokong proses detoksifikasi serta kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Pola Makan Fleksibel
Kebiasaan ini membantunya untuk tidur dengan lebih lena. Perut yang tidak terlalu kenyang pada waktu malam turut menyokong kualiti rehatnya. Inilah asas penting dalam rutin diet Gwyneth Paltrow.

Pada waktu pagi, Paltrow mengambil kopi dan makanan yang tidak mencetuskan lonjakan gula dalam darah. Kadang kala, harinya dimulakan dengan smoothie yang kaya dengan lemak sihat, protein, dan serat.
Paltrow turut mengamalkan oil pulling menggunakan minyak kelapa organik. Untuk makan tengah hari, Paltrow sering memilih sup. Pilihan lain yang menjadi kegemarannya ialah salad bersama protein.
Pada waktu petang, beliau kadangkala mengambil kacang gajus atau menikmati teh hijau. Manakala untuk makan malam, Paltrow akan makan lebih awal sekitar pukul 6 atau 6.30 petang dengan mengambil sayur-sayuran dan protein seperti ikan.
View this post on Instagram
Namun begitu, dietnya tidak sentiasa ketat kerana pada hujung minggu atau ketika cuti Paltrow mengambil peluang untuk menikmati kentang goreng dan pasta.

Paltrow juga mengelakkan daripada mengambil daging seperti kambing biri-biri dan lembu muda.
BACA JUGA: Sihat & Cantik Persis GWYNETH PALTROW, Amal Diet ‘Clean Eating’ Walau Hanya Duduk Di Rumah
Detoks

Fokus utama dalam amalan pemakanan Paltrow ialah meningkatkan kesihatan usus dan menyokong sistem pencernaan. Dia juga mengelakkan makanan yang sukar dihadam seperti gluten.
Paltrow menekankan kepentingan clean food untuk membantu proses detoksifikasi tubuh. Rutin ini didasarkan pada hasil pemeriksaan perubatan dan ujian menyeluruh yang dilakukan.
Dia bekerjasama dengan pakar diet untuk memilih makanan yang tidak mencetuskan keradangan. Contohnya sayuran yang dimasak, pelbagai jenis protein serta karbohidrat sihat. Mengurangkan pengambilan alkohol juga menjadi sebahagian daripada usahanya.

Rutin Kecergasan
Selain diet, Paltrow turut menggabungkan pelbagai amalan kesihatan lain dalam kehidupannya seperti berjalan kaki, atau Pilates. Aktiviti ini membantu mengekalkan tubuhnya agar sentiasa cergas dan bertenaga.

Paltrow juga sering meluangkan masa selama 30 minit dalam sauna inframerah, yang didahului dengan teknik dry brushing bagi menyokong proses detoksifikasi tubuh.
Selain itu, Paltrow turut mengamalkan clean sleeping bagi mendapatkan tujuh hingga lapan jam tidur berkualiti setiap malam.
Bagi Paltrow, tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk proses pemulihan tubuh. Ia melengkapi pola diet dan rutin kesihatannya. Kesimpulannya, amalan gaya hidup ini mencerminkan pendekatan holistik terhadap kesihatan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Fariha atau nama sebenarnya, Nurfariha Abdul Razak, merupakan pemain di posisi tengah dalam skuad bola jaring negara.
Selain hebat di gelanggang, Fariha juga berbakat besar sebagai hos dan penyanyi. Menariknya lagi, Fariha pandai bermain gitar. Wow, hebatnya! Mengikat kontrak dengan sebuah syarikat label, Werkit Record, Fariha sudah pun mempunyai single berjudul Sama-Sama.
SENTIASA JAGA KECANTIKAN
Bukan saja bergelar pemain bola jaring, Fariha juga sebenarnya ahli sukan silat olahraga dan pencinta sukan lasak. Biarpun menjalani kehidupan yang aktif setiap hari tetapi Fariha juga gemar menjaga kecantikan dan menjaga penampilan.
CEMERLANG AKADEMIK
Pada tahun 2019, graduan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor ini turut menerima Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hj Hashim pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-63. Lebih indah, saat itu Fariha menerima anugerah tersebut dari Tuanku Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.






Namun kali ini, suasananya agak berbeza. Melalui perkongsian di laman Instagram beliau, hari ini menyaksikan beliau dalam keadaan sayu dan menitiskan airmata sebelum membaca khutbah nikah untuk seseorang yang istimewa dalam hidupnya. Mana tidaknya, khutbah nikah kali ini begitu beremosi untuk beliau apatah lagi dalam suasana seorang ayah melepaskan tanggungjawab sebagai bapa untuk seorang anak lelaki yang bakal menjadi pemimpin keluarga.





