“Bahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat. Jangan jadi macam saya.. terkecewa sebab semua tu hanya memori tak boleh tayang lagi. @fauzinawawi2020 kalau ada budget kita nikah sanding balik nak??”

Macam Pengantin Baru! Anniversary Ke-15 LISDAWATI & Fauzi Nawawi ‘Naik Pelamin’ Kali KeduaDemikian coretan yang pernah dikongsi oleh pelakon Lisdawati menerusi sebuah hantaran yang pernah dimuat naik di Instagramnya tahun lalu.

Mengakui dirinya berasa sedikit ralat kerana tidak lagi berpeluang untuk berkongsi foto-foto kenangan sewaktu berkahwin kerana ketika itu masih lagi belum berhijab, dan hanya menjadi koleksi peribadinya sahaja.

Macam Pengantin Baru! Anniversary Ke-15 LISDAWATI & Fauzi Nawawi ‘Naik Pelamin’ Kali KeduaLisdawati dan suaminya yang juga pelakon serta pengarah, Fauzi Nawawi cukup disenangi ramai kerana kekal bahagia bersama walaupun sudah 15 tahun mendirikan rumahtangga.

Macam Pengantin Baru! Anniversary Ke-15 LISDAWATI & Fauzi Nawawi ‘Naik Pelamin’ Kali KeduaMereka berkahwin pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14; Nur Aina Fazneesya, 13; Ahmad Nur Fyrdaus, 8; dan Ahmad Nur Fayyadh, 3. Lisdawati dan Fauzi turut mempunyai dua orang cucu.

Macam Pengantin Baru! Anniversary Ke-15 LISDAWATI & Fauzi Nawawi ‘Naik Pelamin’ Kali KeduaBaru-baru ini, Lisdawati memuat naik gambarnya di pelaminan bersama suami tercinta dengan kapsyen yang menarik perhatian para peminat dan pengikutnya.

“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan.

Macam Pengantin Baru! Anniversary Ke-15 LISDAWATI & Fauzi Nawawi ‘Naik Pelamin’ Kali Kedua“Jadi hari ini, sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan.

Macam Pengantin Baru! Anniversary Ke-15 LISDAWATI & Fauzi Nawawi ‘Naik Pelamin’ Kali Kedua“Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan,” ungkap pemilik nama lengkap Nisdawati Nazaruddin ini.

Memetik lapran Kosmo! Online, aktres berusia 44 tahun itu mengakui terkilan apabila foto perkahwinan yang dirakam 15 tahun lalu tidak dapat dikongsi kepada umum kerana masih belum berhijab.

Macam Pengantin Baru! Anniversary Ke-15 LISDAWATI & Fauzi Nawawi ‘Naik Pelamin’ Kali KeduaMemilih persalinan berwarna biru lembut bagi ‘majlis pernikahan’ manakala busana songket putih untuk ‘resepsi’ menyerlahkah kecantikan Lisdawati yang sememangnya awet muda.

“Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti.

Macam Pengantin Baru! Anniversary Ke-15 LISDAWATI & Fauzi Nawawi ‘Naik Pelamin’ Kali Kedua“Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Sehubungan dengan perkongsian pelakon tersebut, Instagramnya telah dibanjiri dengan pelbagai komen daripada warganet.

Macam Pengantin Baru! Anniversary Ke-15 LISDAWATI & Fauzi Nawawi ‘Naik Pelamin’ Kali KeduaLisdawati turut berterima kasih buat sahabat-sahabat yang hadir ke majlis ringkasnya itu serta memohon maaf atas segala kekurangan.

“Memori tercipta untuk diabadikan. Andai masih bernafas ku akan setia. Andai aku terkubur ingatlah aku dalam doamu @theonlyfauzinawawi

“Thank you sahabat-sahabat yang berkesempatan datang. Maaf atas segala kekurangan yang ada sepanjang majlis ringkas kami.

Sementara itu, dia turut berkongsi rahsia kekal bahagia bersama suami meskipun melalui fasa susah senang bersama.

Macam Pengantin Baru! Anniversary Ke-15 LISDAWATI & Fauzi Nawawi ‘Naik Pelamin’ Kali Kedua“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah.”

Menurut Lisdawati jika ada sebarang masalah atau selisih faham, mereka akan berkomunikasi menerusi mesej dahulu contohnya SMS atau WhatsApp bagi mengelakkan dari bertikam lidah jika berjumpa. Namun, setelah masing-masing sudah ‘sejuk hati’, barulah mereka akan bersemuka.

Empat anak hasil perkahwinan Fauzi yang terdahulu ialah Nurul Hainil Fatihah, 24; Hanna Faresha, 21; Mohd Fikri Hakimi, 18; dan Muhammad Fareez Hazwan, 23.

Kredit Foto: Instagram Lisdawati

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI