Walau hampir 30 tahun berkahwin namun jarang dengar kisah rumah tangga yang kurang enak mengenai Zarina Zainuddin. Meskipun bergelar public figure, dia cukup menjaga privasi suami. Apatah lagi dengan statusnya sebagai isteri kedua dan hidup bermadu.

IKLAN

Sedar akan hakikat itu, Zarina Zainuddin amat berhati-hati membicarakan tentang isteri pertama iaitu Datin Sri Hajah Noorhasimah Mohd Noor mahupun suami tercinta. Dia seboleh-bolehnya mengelak perkara yang boleh mengguris perasaan dua insan istimewa di matanya itu kerana kebaikan yang telah mereka berikan selama ini.

Berkongsi gambar suami dan madunya di Instagram, figura ini meluahkan rasa terharu dengan pengorbanan mereka berdua.

“2 Insan Penting Dalam Hidup, Suami & Madu Saya,” Zarina Zainuddin Terharu Pengorbanan Isteri Pertama!
Kredit Instagram @zarinazainuddin_

“Dua insan penting dalam hidup saya, suami saya dan madu saya. Kalau mereka ni takda tak tahulah saya macam mana sekarang ni.

Seawal perkenalan dengan suami saya, saya rasa inilah insan yang banyak membantu menaikkan semangat saya semula, ajar saya tidak sia-siakan hidup saya, agar saya tahu halal haram.

Agar saya tahu menghargai setiap sen. Kami hidup bersama susah senang jatuh bangun bersama. Allah sayang saya dipertemukan dengan insan yang baik-baik.

Saya mungkin tidak dilahirkan di dalam keluarga yang tinggi ilmu agamanya tapi bila berkahwin saya jadi malu kenapa aku tak buat dari dulu.”

IKLAN
“2 Insan Penting Dalam Hidup, Suami & Madu Saya,” Zarina Zainuddin Terharu Pengorbanan Isteri Pertama!
Kredit Instagram @zarinazainuddin_
“2 Insan Penting Dalam Hidup, Suami & Madu Saya,” Zarina Zainuddin Terharu Pengorbanan Isteri Pertama!
Kredit Instagram @zarinazainuddin_
“2 Insan Penting Dalam Hidup, Suami & Madu Saya,” Zarina Zainuddin Terharu Pengorbanan Isteri Pertama!
Kredit Instagram @zarinazainuddin_

Tambahnya, “Saya juga manusia biasa kadang saya mengeluh tentang peritnya hidup tetapi bila saya fikirkan semula Allah sebaik-baik perancang, saya tinggal bersyukur dan
selalu ingat budi baik di kandung badan.

Terima kasih Dato’ Sri dan Datin Sri kerana membentuk saya menjadi manusia yang lebih dihormati dan tahu menghargai hingga ke hari ini.”

IKLAN
“2 Insan Penting Dalam Hidup, Suami & Madu Saya,” Zarina Zainuddin Terharu Pengorbanan Isteri Pertama!
Kredit Instagram @zarinazainuddin_
“2 Insan Penting Dalam Hidup, Suami & Madu Saya,” Zarina Zainuddin Terharu Pengorbanan Isteri Pertama!
Kredit Instagram @zarinazainuddin_
“2 Insan Penting Dalam Hidup, Suami & Madu Saya,” Zarina Zainuddin Terharu Pengorbanan Isteri Pertama!
Kredit Instagram @zarinazainuddin_

Biarpun status isteri kedua bukan lagi rahsia namun segala kesulitan hidup yang dilalui ibu empat anak ini ‘disimpan’ sebaik mungkin.

Tahun lalu Zarina ada memuat naik video sambutan hari lahir madunya di media sosial dan bersyukur isteri pertama menerima dia seadanya.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/wahai-wanita-mulia-akulah-yang-telah-kau-selamatkan-zarina-zainuddin-hargai-pergorbanan-madu-selama-28-tahun-kahwin/

Selain berlakon, Zarina juga ligat berniaga Pulut Kuning pelbagai perisa dan aktif menyertai festival makanan di dalam mahupun luar negara.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI