Nama Edry Abdul Halim sememangnya dikenali dalam industri muzik tanah air yang pernah menggegarkan pentas hiburan menerusi kumpulan KRU yang dianggotai tiga adik-beradik berbakat. Sejak kumpulan tersebut dibubarkan pada 2018, adik Datuk Norman dan Datuk Yusry ini berhijrah ke Manchester, United Kingdom.
Bagaimana pun kebelakangan ini Edry kembali aktif mewarnai industri seni dan menerima tawaran juri jemputan dalam pelbagai program hiburan di kaca televisyen.
Tidak sekadar berjaya dalam karier malah Edry juga bahagia di samping keluarga tersayang. Tanggal 5 November lalu, genap 25 tahun usia perkahwinan yang dibina ahli muzik ini dengan isteri tercinta, Milia Mohamad.
Bersempena ulang tahun perkahwinan, Edry menitipkan ucapan bahagia buat isteri meskipun terpaksa berjauhan ketika itu kerana tuntutan tugas.
“25 years and counting. Our silver jubilee this November. Belated anniversary celebration due to jadual kerja di Malaysia, but promised Milia saya akan pulang juga untuk celebrate bersama.”
Ads
Daripada foto-foto terkini yang dikongsikan Edry di media sosial, kelihatan sisi bahagia isteri tersayang. Malah, terserlah wajah awet muda dan jelita Milia!
Walau lebih dua dekad melayari alam perkahwinan, kemesraan Milia dan Edry kekal seperti pasangan kekasih hangat bercinta.
Ads
Difahamkan, penghijrahan Edry ke UK sebelum ini adalah kerana mahu mendapatkan pembelajaran terbaik untuk anak ketiganya iaitu Emery yang merupakan anak autisme.
Keputusan untuk berhijrah ke sana dibuat Edry sekeluarga memandangkan Malaysia tiada sekolah khas bagi autism. Setelah beberapa tahun mendapat pembelajaran di UK, Emery memasuki persekolahan menengah khas dan mampu menyesuaikan diri.
Edry mendirikan rumah tangga dengan wanita cantik, Milia pada 5 November 1999. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan empat anak iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.
Edry merupakan salah seorang anggota kumpulan KRU yang turut diterajui adik-beradiknya iaitu Datuk Norman Abdul Halim dan Datuk Yusry. Cukup popular sekitar era 90an, kumpulan ini kembali mengeluarkan single mereka bertajuk Voodoo pada 22 November lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata lemak tidak penting untuk tubuh. Tahukah anda, lemak membekalkan tenaga dan asid lemak penting untuk membantu tubuh dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Selain di dapati di dalam santan, ia juga wujud dalam susu, hasil tenusu dan daging. Meskipun kandungan lemak juga mendatangkan kebaikan kepada tubuh namun pengambilan secara berlebihan berupaya menaikkan berat badan atau obesiti, di samping meningkatkan kolesterol darah dan risiko penyakit jantung.
Kolesterol sememangnya bahaya untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kronik termasuklah penyakit jantung. Oleh itu, anda harus bijak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Jom lihat antara cara mengurangkan pengambilan lemak.
TIP KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK
Kurangkan makanan bergorengCari alternatif makanan selain bergoreng
Buangkan semua kulit serta lemak pada bahagian daging sebelum dimasak.
Masak dengan menggunakan kuali kalis lekat (non-stick pan).
Gunakan minyak yang sedikit semasa menggoreng. Pastikan ia benar-benar panas sebelum menggoreng untuk mengurangkan penyerapan minyak.
Kurangkan menggoreng makanan yang bersalut tepung.
Pelbagaikan cara masakan yang sihat seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang.
Ubahsuai resipi untuk mengurangkan penggunaan santan. Gantikan dengan susu tanpa lemak dan rempah asli.
Elakkan makanan ringan yang kaya lemak trans dengan buah-buahan dan sayuran segar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda, kanser serviks merupakan kanser ketiga paling banyak dihidapi oleh wanita Malaysia? Namun pencegahan terhadapnya masih lemah serta dianggap lewa. Rasa malu dan takut merupakan antara dua stigma yang membuatkan ramai wanita enggan membuat pemeriksaan, meskipun hakikatnya ia boleh menyelamatkan nyawa.
Pasti ramai yang tidak menyangka akan menjadi mangsa kanser. Walhal, kanser serviks boleh menyerang seorang wanita seawal usianya sembilan tahun. Benar, ia bukan sahaja menyerang golongan berusia malah golongan muda pun turut berisiko menghidapinya. Kebanyakan kes yang dilaporkan berpunca daripada virus human papilloma (HPV) yang menyerang serviks, atau pangkal rahim yang menyambungkan organ rahim dengan faraj serta membentuk saluran kelahiran buat wanita.
Kanser serviks lazimnya berisiko tinggi terhadap wanita yang mempunyai pertahanan imunisasi yang rendah seperti pesakit HIV, buah pinggang dan pengguna steroid, perokok, mereka yang sering bertukar-tukar pasangan, memulakan hubungan seks dari awal dan penggunaan kontraseptif yang lama.
Dengan peningkatan kes yang membimbangkan, adalah penting bagi setiap wanita untuk mengambil tindakan segera terhadap penyakit yang boleh dicegah ini. Kanser serviks tidak pernah memilih siapa yang bakal menjadi mangsanya kerana setiap wanita berisiko. Ada kala bukan disebabkan oleh genetik tetapi amalan gaya hidup yang terlalu sosial juga boleh menyumbang ke arah ini seperti memulakan aktiviti seks sebelum berusia 18 tahun.
Kanser serviks disebabkan oleh virus HPA yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imunisasi badan selalunya dapat menangkis serangan virus ini daripada menjangkiti wanita. Malangnya bagi segelintir orang, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh daripada kanser ini terjadi kepada mereka yang berusia 35 hingga 55 tahun.
WANITA BERISIKO
Mempunyai lebih daripada seorang pasangan
Aktif hubungan seks sebelum berusia 18 tahun
Mengalami jangkitan seperti sifilis, genorea, chlamydia atau HIV
Kurang daya imuniti
Merokok
TANDA-TANDA
Sakit pada bahagian pelvis dan di bawah pinggang
Sakit ketika membuang air kecil
Pendarahan atau kepedihan ketika hubungan seks
Pendarahan tidak normal antara kitaran haid
Pendarahan selepas menopaus
Keluar lendir berdarah yang busuk daripada faraj
PEMERIKSAAN AWAL
Benarkah kebanyakan wanita Malaysia lebih rela menjimatkan wang daripada menggunakannya untuk pemeriksaan kesihatan? Menerusi sebuah tinjauan membongkar sikap umum wanita yang sentiasa mengutamakan perkara lain melebihi kesihatan mereka. Setiap gadis muda sehingga wanita berumur 45 tahun mengambil vaksin HPV sebagai langkah pencegahan primer terbaik untuk kanser serviks. Vaksinasi HPV bertindak sebagai satu imunisasi dan membina antibodi melawan HPV. Pap Smear juga perlu dilakukan setahun sekali, sebaik saja anda mempunyai pasangan daripada usia 21 tahun ke atas sehingga 65 tahun. Gabungan Pap Smear dan vaksin HPV adalah pencegahan terbaik di samping menjaga kebersihan diri dengan sempurna.
Bagi wanita yang telah menjalani rawatan kanser serviks, peluang untuk hamil sebenarnya masih ada namun sedikit tipis. Hubungan seks untuk pesakit juga tidak memudaratkan dirinya selepas menjalani rawatan selengkapnya, dan bukan sewaktu menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi. Anda digalakkan mengambil diet yang bersesuaian, rehat yang cukup dan cuba jalani kehidupan harian seperti biasa. Kehidupan yang sihat bermakna jauhi rokok, minuman beralkohol, kerap bersenam, mengamalkan diet seimbang, seks yang selamat dan sentiasa positif dalam kehidupan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran pelakon, pengacara dan penyanyi Anis Al Idrus yang cukup popular suatu ketika dahulu dengan drama Cuak serta lagu Mengapa. Entah kenapa selepas dirinya berkahwin, populariti Anis dilihat terus malap dan hilang dari radar dan lensa media.
Namun baru-baru ini, Anis mengejutkan semua pihak dan memaklumkan dirinya sudah bercerai dengan suami yang dikahwininya setahun lepas. Pendedahan tersebut nyata mengejutkan semua pihak apatah lagi tiada angin tiada ribut Anis mengumumkan diri sudah kembali solo.
Tanpa mendedahkan punca perpisahan menerusi hantaran di Instagramnya, Anis memohon doa yang baik-baik buat dirinya. “Kehidupan ini ada pasang surutnya dan saya bersyukur dengan jalan yang sudah Tuhan tentukan sehingga membawa diri saya untuk kembali solo.
“Saya percaya dengan suratan, qada dan qadar yang ditetapkan Tuhan. Saya juga sedar bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” tulis Anis yang juga merupakan graduan Management & Science University (MSU).
Terdahulu, Anis yang juga merupakan pengacara dan usahawan ini mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada 7 Julai 2017, yang merupakan eorang pereka dalaman, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim. Suaminya mempunyai anak dari perkahwinan terdahulu, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Menerusi tembual bersama Mstar, Anis turut mendedahkan yang buat masa ini dia kini fokus pada kerjaya seninya termasuk bidang lakonan dan pengacaraan.
Anis yang juga merupakan seorang pempengaruh kecantikan turut menyatakan populariti bukan lagi satu yang dikejarnya, kerana Anis sendiri sudah puas selepas menjejakkan diri dalam bidang seni sejak usia 15 tahun. NONA mendoakan semiga yang baik-baik saja buat Anis Al Idrus!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!