Tahukah anda, untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan, asas dalam pengurusan organisasi merupakan antara perkara utama yang perlu dititikberatkan. Atas kesedaran tersebut, seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM) di mana mereka bakal dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin.
Gambar hiasan
Menurut Presidennya, Amir Faisal Ahamed Latfi, program Usahawan Jutawan Muda yang diperkenalkan memenuhi kehendak semasa dan dalam masa sama dapat membantu usaha kerajaan memastikan tiada pelajar tercicir dalam pembelajaran akademik ditambah dengan penerapan aspek kepimpinan.
“Melalui program Usahawan Jutawan Muda, kami dapat membantu anak-anak muda ini terutama dalam aspek pembangunan jati diri, kepimpinan dan pengurusan yang merupakan elemen penting bagi sesebuah perniagaan berkembang termasuk dalam sesebuah organisasi jika mereka bekerja nanti.
Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi (dua dari kanan) bersama Ahli Lembaga Pengarah Innovative Capital Berhad, Shahawati Umar (dua dari kiri), Naib Canselor Innovative University College, Prof. Dr. Mohd Zaher Mohd Zain (kiri) dan General Manager Perdana University, Associate Professor Dr. Fairol Halim ketika sidang media selepas pelancaran Program Usahawan Jutawan Muda di pejabat ISM hari ini.
“ISM mensasarkan untuk melahirkan 300 usahawan muda bermula tahun ini yang direka bentuk untuk memberi inspirasi dan memperkasakan pelajar dengan menerapkan semangat keusahawanan dalam membangunkan generasi pemimpin sesebuah organisasi yang berdaya saing dan berkaliber di masa akan datang.
“Mereka ini bukan sahaja mempelajari teori sebaliknya secara praktikal melalui perniagaan di mana setiap pelajar bukan saja ada pensijilan akademik nanti bahkan ada perniagaan masing-masing ketika belajar di sini. Ia memastikan pelajar bersedia mengharungi cabaran dunia alam kerjaya sebenar sama ada sebagai usahawan mahupun pemimpin sesebuah organisasi,” katanya ketika pelancaran program Usahawan Jutawan Muda oleh ISM, di sini hari ini.
Ads
Gambar hiasan
ISM sebagai institusi pendidikan yang inovatif yang berbeza daripada yang lain, bukan sahaja menyampaikan pengetahuan akademik tetapi juga menyediakan pelajar-pelajar dengan pengalaman dan kemahiran sebenar sebagai seorang pemimpin masa depan.
“Landskap ekonomi yang turun naik, polikrisis dunia memerlukan penyelesaian inovatif dan program ini dapat memperkasa usahawan muda menyumbang idea transformatif yang boleh memacu pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.
Ads
“Selaras dasar Malaysia untuk mewujudkan lebih ramai usahawan, kami juga mengguna pakai dunia digitalisasi dan teknologi terkini supaya kekal berdaya saing dalam ekonomi global,” jelasnya.
Dalam pada itu, Amir Faisal memberitahu, antara objektif teras Usahawan Jutawan Muda ialah membantu diri, keluarga dan masyarakat dengan melahirkan pelajar dengan nilai kepimpinan sebenar, integriti termasuk amalan kemampanan, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Ads
“Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan impak positif kepada keluarga dan komuniti serta menyediakan laluan untuk kemajuan sosioekonomi dan mobiliti,” ujarnya.
Sementara itu, Amir Faisal menyatakan program Usahawan Jutawan Muda itu sebenarnya terinspirasi daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang berpengalaman dalam 15 tahun melahirkan usahawan jutawan dan berjaya di negara ini.
Jelasnya, daripada situ kami membangunkan suatu model yang komprehensif dalam usaha membangunkan pelajar-pelajar yang berkompetensi dan bersedia untuk memimpin bila tamat pengajian.
Program Usahawan Jutawan Muda kini menerima permohonan daripada pelajar yang bersemangat dan bercita-cita untuk menjadi usahawan mahupun bakal pemimpin masa depan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Hazama dan isteri tercinta iaitu Genervie Kam mencecah usia enam tahun. Kedua-dua pasangan romantis ini berkecimpung dalam industri muzik dan berbakat besar sebagai penyanyi serta pemuzik.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi bukan hanya terkenal kerana kemampuan vokal yang memukau. Bahkan dia juga berbakat dalam dunia lakonan. Sementara Genervie pula merupakan pemuzik tanah air yang mahir bermain piano, violin serta konduktor orkestra.
Kemunculan Genervie ketika final Gegar Vaganza All Stars baru-baru ini mencuri perhatian penonton. Hebat suri hati Hazama ni!
Meskipun kedua-duanya sibuk dengan kerjaya seni namun kemesraan suami isteri ini terjalin erat. Ke mana saja pergi, mereka akan saling menemani. Malah menyokong minat dan kerjaya masing-masing.
Pasangan ini selamat diijab kabul pada 15 Januari 2017. Bersempena ulang tahun perkahwinan keenam yang lalu, Genervie menitipkan ucapan penghargaan buat pelantun lagu Relakan Jiwa berkenaan.
“It is 6 years since we tied the knot. Where do I even begin. Life has been very colourful together. Your strengths have supported me and your weaknesses have changed me and groomed me tremendously.
Though it is a humbling journey, it has brought out the better in me. I learnt the meaning of surrender, perseverance, and how to love unconditionally. Though I failed many times, I got up stronger.
I love you Hazama. I hope to be a better wife every day. Thank you for accepting me as who I am. And sorry for all the pain I have caused you. Happy anniversary sayangku.”
Pasangan ini juga dilihat kian bahagia melayari alam rumah tangga walau belum dikurniakan zuriat. Tahun lalu, Hazama pernah mendedahkan mengenai hasrat dia dan isteri untuk menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) namun menangguhkan sementara niat itu atas kekangan kerja.
Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam berkekalan sampai syurga. Juga, impian mereka dimakbulkan Allah SWT.
Sempena ulangtahun kedua Shopee sebagai platform online shopping terkenal di Malaysia, Nona telah berkesempatan hadir ke sebuah majlis sambutan yang diadakan di Petaling Jaya.
Antara sebab mengapa ramai pengguna menggemari Shopee adalah kerana kemudahan penghantaran percuma, pelbagai pilihan pada harga berpatutan serta kemudahan pembayaran yang fleksibel. Malah, banyak jualan murah diadakan termasuklah sempena ulangtahun kedua ini yang bakal berlangsung dari 1 hingga 14 Disember ini.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata, “2017 merupakan tahun yang hebat bagi Shopee. Dalam tempoh dua tahun saja, kira-kira 80 juta muat turun telah direkodkan termasuk lebih daripada 180 juta senarai produk aktif oleh lebih daripada 4 juta usahawan. Malah sehingga kini, terdapat kira-kira 5,000 jenama dan pengedar ternama yang menyertai Shopee,” ujarnya.
Selesai memberi ucapan dan merasmikan upacara pelancaran, majlis gilang-gemilang ini diteruskan dengan beberapa persembahan hebat termasuklah menjemput Manusia Paling Lucu Di Dunia iaitu Harith Iskander.
Tetamu juga berpeluang menebus pelbagai hadiah menarik daripada para penaja seperti Photobook, Yadah dan sebagainya. Kemuncak acara adalah pengumuman hadiah cabutan bertuah berupa sebuah telefon pintar iPhone X tajaan FPX.
Antara aktiviti sempena birthday Shopee ini juga, pelanggan boleh berbelanja di jualan kilat Shocking Sale dengan harga produk serendah RM12 yang akan berlangsung 5 kali sehari, Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12, Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000 untuk dimenangi serta pelbagai lagi promosi yang mengujakan. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengacara Dayah Bakar hanya tinggal menghitung hari saja untuk diijabkabulkan dengan pilihan hati, Muhammad Hanif Hamidi, pada 29 Jun ini.
Apa yang menariknya, sebagai simbolik hari bahagia mereka, Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Abu Bakar, 29, turut mencipta lagu berjudul Imamku yang ditujukan khas kepada bakal suaminya itu. Lagu tersebut sebenarnya sudah dicipta gadis ini kira-kira empat tahun lalu. Rupa-rupanya dalam diam Dayah sudah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penyanyi. boleh tahan juga suara Dayah Bakar ni.
Romantiknya juga kan bila boleh buat lagu untuk bakal suami. #feelinglove sangat! Apa yang dapat diulas, lagu Imamku ini sangat puitis dan liriknya pula menceritakan tentang impian seorang gadis untuk dipertemukan dengan lelaki yang mampu membimbingnya ke jalan kebaikan.
Jom dengar lagu yang dicipta sendiri oleh Dayah Bakar ni bersama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.