Agong dan Raja Permasuri Agong berjiwa rakyat.
Menerusi hantaran di Instagram Istana Negara pada 24 Mac 2023, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN).
Menariknya, resipi bubur lambuk Pahang hasil air tangan Raja Permaisuri Agong itu menggunakan bahan-bahan seperti pucuk paku merah, sayur-sayuran, santan serta udang kering.
Program yang diadakan di perkarangan Surau Utama Istana Negara ini melibatkan kira-kira 200 pegawai dan kakitangan Istana Negara.
Sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk sentuhan Seri Paduka Baginda berdua diagihkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Brickfields, Ibu Pejabat Polis Sentul, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju.
Selain itu, bubur lambuk tersebut turut diagihkan kepada Kementerian Pertahanan, Institut Jantung Negara, Penjara Kajang, Rumah Transit Gelandangan, Hospital Kuala Lumpur, Balai Bomba dan Penyelamat Hartamas dan Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kagum dengan kehebatan Tuanku berdua memasak bubur lambuk.
Tak kurang juga, ada yang menyuarakan keinginan agar dapat merasa ‘air tangan’ Raja Permaisuri Agong suatu hari nanti.
Ada juga yang berseloroh meminta Tuanku ‘cod’ ke tempat mereka.
Sumber: Instagram Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona