Ads

Nona Gala Awards 2026, Ini Senarai Penuh 33 Penerima Anugerah Penuh Inspirasi

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Nona Gala Awards 2026 melakar satu lagi detik bersejarah apabila 33 penerima anugerah daripada pelbagai latar belakang diraikan dalam sebuah malam penuh prestij di Royale Chulan Kuala Lumpur. Daripada tokoh berpengaruh, usahawan berjaya hingga legenda seni, ikon fesyen serta personaliti popular, setiap penerima membawa kisah perjuangan dan pencapaian luar biasa yang cukup menginspirasikan.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-40 Nona bertemakan Glam Ruby Jubilee, pengiktirafan ini bukan sekadar meraikan kejayaan, malah mengangkat legasi dan sumbangan insan hebat yang terus mencorakkan kecemerlangan Malaysia merentas generasi.

33 Penerima Nona Gala Awards 2026, 33 Kisah Kejayaan

Nona Gala Awards 2026 bukan sekadar meraikan nama besar, tetapi menghargai keberanian dan nilai di sebalik kejayaan. Inilah legasi empat dekad Nona, terus mengangkat insan yang memberi inspirasi kepada generasi Malaysia seterusnya.

1. Nurul Adlinna Mohammad Bakri – Nona Excellence in Pigmentation & Melasma Care Award

Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026

Menggabungkan ilmu kejuruteraan dan inovasi kecantikan, beliau membangunkan Bartech Beautee menerusi Bartech Empire Sdn Bhd, bermula daripada minat berniaga sejak kecil.

2. Arunsayfull – Nona Rising Fashion Designer Award

Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026

Duo pereka Arun Martin dan Saiful Izam menyerlah menerusi rekaan eksklusif Arunsayfull yang menjadi pilihan kerabat diraja serta golongan elit.

3. Madam Mariyah – Nona Best Women Health & Wellness Brand Award

Menerusi AURAMARIA, usahawan ini memperkukuh kedudukan dalam industri kesihatan dan kesejahteraan wanita dengan pendekatan yang semakin matang.

4. Reina Lum – Nona Digital Trailblazer Award

Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026

Berlatarbelakangkan Perundangan Syariah, beliau kini meneroka teknologi sumber manusia bagi memperkasa bakat dan peluang pekerjaan tempatan.

5. Mohamed Aqbar Hakim Jasman & Irdiena Hakim Jasman – Nona Best Legacy Brand Award

Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026

Dua beradik ini, Iqbar Hakim dan Irdina, meneruskan legasi peninggalan ibu tercinta, memastikan Dnars Skincare terus bertahan dan berkembang.

6. Sarjan Mejar Emma Firyana Saroji – Nona Sports Icon Award

Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026

Digelar Ratu Boling Padang Malaysia, beliau mencipta sejarah sebagai pemain boling padang wanita nombor satu dunia.

7. Hazim Zainal & Reen Rahim – Nona Empowering Couple in Business Award

Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026

Keserasian pasangan suami isteri ini menjadi kekuatan membangunkan Hazreen Empire melalui strategi dan visi perniagaan bersama.

8. Iman Tang – Nona Entertainment Visionary Award

Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026

Lebih tiga dekad mencorak industri hiburan, beliau menjadi tenaga kreatif di sebalik pelbagai konsert dan produksi berprestij Malaysia serta serantau.

9. Tuan Fahdi Ghazali & Tuan Shariffudin Sahedan – Nona Best Business Leadership & Growth Excellence Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Menerusi FunnelEvo Group, kedua-duanya membangunkan ekosistem konsultasi, pendidikan dan teknologi untuk memperkasa usahawan.

10. Datuk Hajah Junaidah Kiting – Nona Best Cosmetics Pioneer Legend Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Lebih tiga dekad merintis produk kosmetik Bumiputera, pengasas DE’ WAJAH SKINCARE ini membuktikan ketahanan jenama tempatan.

Ads

11. Bonda Umirah Taib – Nona Motivator Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Daripada doktor kepada penulis dan motivator, ibu tujuh anak ini aktif berkongsi ilmu keibubapaan serta kekeluargaan.

12. Noor Akmal Fadzila Ibrahim – Nona Best Muslimah Aesthetic Leadership Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Tekad meninggalkan bidang kejuruteraan, beliau mengasaskan jenama Seri Wajah Muslimah sebagai rangkaian spa yang mengutamakan privasi wanita Muslimah.

13. Syafiq Kyle & Mimi Lana – Nona Style Muse Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Karisma lakonan dan cita rasa fesyen sofistikated menjadikan pasangan selebriti ini antara figura pilihan jenama fesyen terkemuka.

14. Mohd Muzakir (Divo M) – Nona Icon of Entrepreneurial Transformation Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Menerusi Heads Professional, beliau memacu transformasi industri penjagaan rambut melalui inovasi dan strategi perniagaan.

15. Ben Ali & Nadiyah Shahab – Nona Celebrity Entrepreneur Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Pasangan selebriti ini mengembangkan empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit dalam industri makanan, minuman dan acara beli-belah.

16. Hieda Natasha – Nona Outstanding Luxury Entrepreneur Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Bekas pramugari ini membina Hieda Natasha Monarchy, perniagaan beg tangan mewah preloved yang mendapat kepercayaan pelanggan berprofil tinggi.

17. Syamsul Debat – Nona Motivator Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Meninggalkan kerjaya perundangan, beliau kini aktif sebagai pendakwah dan motivator dalam bidang kekeluargaan serta pembangunan masyarakat.

Ads

18. Datuk Zarinah Haji Mohideen – Nona Best Visionary & Resilient Leader Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Peneraju Asiana Grand Hall ini mengembangkan rangkaian dewan dan katering berprestij dengan konsep kemewahan yang lebih mudah dinikmati.

19. Datuk Yusry Abdul Halim & Datin Lisa Surihani – Nona Inspirational Couple Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Daripada legasi KRU dan dunia lakonan, pasangan ikonik ini terus menjadi inspirasi melalui pencapaian seni serta nilai kekeluargaan.

20. Bella Astillah – Nona People’s Choice Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Penyanyi, pelakon, penyampai radio ERA dan isteri kepada YB Syed Saddiq ini terus menyerlah menerusi kerjaya seni serta ketabahan menghadapi cabaran kehidupan.

21. Hussain Jamilul Hayat – Nona People’s Choice Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Pewaris bakat seni keluarga ini mencipta nama sebagai juara Big Stage Rocketfuel 2026 selepas bergelar naib juara Talk To My Manager 2.

22. Sitti Fatimah Janna – Nona Manufacturing & Innovation Excellence Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Dari Tawau ke Semenanjung Malaysia, peneraju SFJ Group ini memperluas industri pembuatan kecantikan dan kesihatan sambil memperkasa pengasas jenama tempatan.

23. Dato’ Ramli MS – Nona Maestro Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Lebih lima dekad dalam industri muzik, maestro tersohor ini turut dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Muzik UiTM pada 2026.

24. Nur Afiqah Amran – Nona Excellence in Malaysian Fragrance Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Meneruskan legasi Perfume Paradise sejak 2008, beliau kini berjaya mengembangkan jenama wangian tempatan ke Singapura, Indonesia dan Brunei.

Ads

25. Puan Sri Tiara Jacquelina – Nona Icon of the Arts Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Hampir empat dekad berkarya, pelakon, penerbit dan pengarah ini berjaya mengangkat seni serta budaya tempatan ke pentas antarabangsa.

26. Dato’ Sri Seri Udani Mohd Noor – Nona Best Oil & Gas Industry Icon Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Di sebalik perjuangan melawan kanser, beliau terus menerajui Nutra Rich Energy Sdn Bhd sambil membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda.

27. Dato’ Francissca Peter – Nona Lifetime Achievement Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Hampir lima dekad menghiburkan peminat, legenda vokal ini dikenang melalui lebih 20 lagu popular dan kejayaan vokal era 1980-an.

28. Datin Dr. Kartika Wati Mohamed – Nona Inspiring Women Leadership Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Daripada bidang perundangan, beliau membina Eskayvie dengan aspirasi memperkasa wanita dan membawa manfaat kepada masyarakat.

29. Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin – Nona Superhero Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Daripada sebuah kedai papan kepada empayar peruncitan Mydin, beliau membuktikan kejayaan perniagaan mampu seiring nilai kemanusiaan.

30. Dato’ Sri Alha Alfa – Nona Best Iconic Beauty Empire Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Bermula sebagai jurusolek, anak Perlis ini membangunkan Alha Alfa Cosmetics sejak 2016 hingga menembusi pasaran Indonesia.

31. Y.A.M. Che’ Puan Intan Safinaz binti Redzuan Ranjit – Nona Best Senior Care Luminary Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Menerusi Pusat Jagaan Laman Khaira yang diasaskan pada 2017, beliau memperjuangkan penjagaan warga emas berteraskan kasih sayang.

32. Dr Fauziah Mohd Hasan – Nona Superwoman Award

Penerima Nona Gala Awards 2026
Penerima Nona Gala Awards 2026

Pakar obstetrik dan ginekologi ini melangkaui profesion perubatan dengan menyertai misi Freedom Flotilla Coalition ke Gaza demi solidariti kemanusiaan.

33. Y.A.M. Tunku Panglima Besar Tunku Dato’ Seri Zain Al-‘Abidin – Nona Royal Luminary Award

Putera Negeri Sembilan ini terus menabur bakti dalam pendidikan, kebajikan dan seni muzik, berteraskan ilmu, integriti serta keprihatinan terhadap rakyat.

Daripada 33 kisah ini, jelas bahawa kecemerlangan hadir dalam pelbagai wajah. Ada yang membina empayar, mencipta sejarah dalam sukan, mengangkat martabat seni, malah menjadikan kehidupan orang lain sebagai perjuangan peribadi. Syabas buat semua penerima anugerah Nona Gala Awards 2026, berjumpa lagi tahun hadapan!

Saksikan rakaman siaran langsung majlis berprestij Nona Gala Awards 2026 yang berlangsung pada Rabu, 18 November lalu melalui pautan YouTube ini >>>

YouTube video player

Artikel berkaitan: Nona Gala Awards 2026, Malam Gemilang Meraikan 40 Tahun Legasi, Fesyen & Inspirasi

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Nona Gala Awards 2026

Nona Gala Awards 2026, Malam Gemilang Meraikan 40 Tahun Legasi, Fesyen...

Malam penuh glamor dan inspirasi! Nona Gala Awards 2026 meraikan empat dekad legasi dengan menghimpunkan tokoh berpengaruh, ikon seni dan selebriti tanah air dalam acara eksklusif bertemakan Glam Ruby Jubilee.