Ads

Nona Gala Awards 2026, Malam Gemilang Meraikan 40 Tahun Legasi, Fesyen & Inspirasi

Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026

Empat dekad mencipta legasi, Nona Gala Awards 2026 melakar satu lagi detik bersejarah apabila menghimpunkan barisan figura ternama, tokoh berpengaruh dan selebriti tanah air dalam sebuah malam gemilang. Daripada pesona fesyen di karpet merah hingga ke pentas pengiktirafan, setiap detik menjadi cerminan kecemerlangan, keanggunan dan kisah inspirasi yang diraikan Nona sejak 40 tahun lalu.

Bertemakan Glam Ruby Jubilee, kemuncak sambutan ulang tahun ke-40 Nona yang berlangsung di Taming Sari Grand Ballroom, Royale Chulan Kuala Lumpur pada 18 November 2026 tampil cukup memukau. Kehadiran tetamu dalam persalinan elegan, sentuhan couture dan gaya sofistikated menyerlahkan kemewahan sebuah malam gala yang meraikan pencapaian luar biasa merentas generasi.

Namun, di sebalik kilauan glamor dan kemeriahan malam tersebut, tersimpan penghargaan yang jauh lebih bermakna. Nona Gala Awards 2026 bukan sekadar meraikan kejayaan, sebaliknya mengangkat perjalanan, keberanian dan sumbangan insan hebat yang telah meninggalkan pengaruh tersendiri dalam dunia kepimpinan, keusahawanan, seni, fesyen serta kemasyarakatan.

Selain meraikan penerima anugerah, turut hadir barisan figura terkenal, VIP serta personaliti popular yang pernah menjadi wajah depan Majalah Nona menyerikan lagi majlis bersejarah ini.

Nona Gala Awards 2026
Aisha Hanim
Nona Gala Awards 2026
Nurul Syuhada Nurul Ain
Nona Gala Awards 2026
Datin Seri Dato’ Nurulhidayah Zahid, Kiffy Razak
Nona Gala Awards 2026
Farouk Osman, Zahnita Wilson
Nona Gala Awards 2026
Datuk Wira Is. Bakhtiar Aliff Ibrahim, Datin Wira Dr Nor Fadilah Alias
Nona Gala Awards 2026
Amylea, Dato’ Sri Alha Alfa
Nona Gala Awards 2026
Dato’ Sri Dr. Muhammed Hasbullah Ali, Datin Seri Dr. Rosmariza Che Umar
Nona Gala Awards 2026
Datin Diana Ibrahim, Sabrina Ibrahim
Nona Gala Awards 2026
Tetamu jemputan
Nona Gala Awards 2026
Tetamu jemputan
Nona Gala Awards 2026
Dato’ Azrul Nor, Datin Norashikin Habibur Rahman
Nona Gala Awards 2026
Datin Hayati Rahman, Dato’ Hanafiah Hassan
Nona Gala Awards 2026
Noralbaniah, Yasmin Hani, Maria Tunku Sabri
Nona Gala Awards 2026
Keshzamri
Nona Gala Awards 2026
Aina Natasha
Nona Gala Awards 2026
Keanu Azman

Nona Gala Awards 2026 Simbol Keanggunan & Prestij

Dibawakan secara eksklusif oleh Nona bersama seeNI, dengan sokongan SFJ selaku Penaja Utama, acara berprestij ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Kehadiran beliau menambahkan lagi signifikan sambutan Jubli Delima, sekali gus mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam memacu pembangunan, kepimpinan dan kemajuan negara.

Nona Gala Awards 2026
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bersama dif kehormat serta pengurusan Majalah Nona
Nona Gala Awards 2026
Syamil Fahim, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Sitti Fatimah Janna

Bersesuaian dengan tema Glam Ruby Jubilee, malam anugerah ini turut memperlihatkan pertemuan dunia fesyen dan personaliti berpengaruh dalam suasana penuh elegan. Sebagai pembuka majlis, persembahan fesyen oleh pereka duo Arunsayfull dalam koleksi Raya Luxe mencuri perhatian.

Persalinan sopan yang sofistikated, kehalusan perincian serta interpretasi gaya tersendiri menjadi sebahagian daripada daya tarikan acara, membuktikan bahawa fesyen bukan sekadar penampilan, malah lambang keyakinan, karakter dan identiti.

Ads
Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026

Nona Gala Awards 2026 Merentas Generasi

Antara figura yang mencuri perhatian pada malam bersejarah ini ialah Puan Sri Tiara Jacquelina, penerima Nona Icon of the Arts Award, Dr Fauziah Mohd Hasan menerusi Nona Superwoman Award serta Sarjan Mejar Emma Firyana Saroji yang menerima Nona Sports Icon Award.

Turut menerima pengiktirafan ialah tokoh seni tersohor Dato’ Ramli MS menerusi Nona Maestro Award, Dato’ Francissca Peter yang dianugerahkan Nona Lifetime Achievement Award serta Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin menerusi Nona Superhero Award.

Kemuncak penghormatan turut menyaksikan Y.A.M. Tunku Panglima Besar Tunku Dato’ Seri Zain Al-‘Abidin menerima Nona Royal Luminary Award.

Setiap pengiktirafan membawa kisah tersendiri. Ada yang membina kejayaan daripada titik permulaan yang sederhana, ada yang merintis perubahan dalam industri, malah tidak kurang yang menjadikan pengaruh dan kedudukan mereka sebagai wadah menyumbang kepada masyarakat.

Inilah nilai yang terus dipertahankan Nona, bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar diukur melalui pencapaian peribadi, tetapi juga manfaat dan legasi yang ditinggalkan.

Ads

Nona Rising 40 Under 40 & People’s Choice Cipta Dimensi Baharu

Sempena sambutan ulang tahun ke-40, NONA turut memperkenalkan dua pengiktirafan istimewa, iaitu Nona Rising 40 Under 40 dan Nona People’s Choice Award.

Nona Rising 40 Under 40 meraikan generasi peneraju muda yang menyerlah dalam bidang masing-masing, sekali gus memperlihatkan potensi besar bakat tempatan dalam membentuk landskap Malaysia masa hadapan.

Nona Gala Awards 2026
Muhammad Noor Zakaria
Nona Gala Awards 2026
Farhatul Fairuzah
Nona Gala Awards 2026
Sabrina Mohammad
Nona Gala Awards 2026
Dr Wandarl
Nona Gala Awards 2026
Nabilah Bahrin
Nona Gala Awards 2026
Sharmaine Alexander
Nona Gala Awards 2026
Maryam You Narae, Ryzal Ibrahim
Nona Gala Awards 2026
Adriana Adnan
Nona Gala Awards 2026
Ayu Omar
Nona Gala Awards 2026
Bella Astillah

Sementara itu, Nona People’s Choice Award memberikan ruang kepada masyarakat untuk meraikan figura yang menjadi pilihan serta sumber inspirasi mereka. Bagi edisi ini, Bella Astillah dan Hussain Jamilul Hayat masing-masing menerima Nona People’s Choice Award kategori wanita dan lelaki.

Kedua-dua inisiatif tersebut menjadi bukti komitmen Nona untuk terus relevan, bukan sahaja meraikan legasi figura berpengalaman, malah membuka ruang kepada generasi baharu untuk mencipta sejarah tersendiri.

Empat Dekad Nona, Legasi Yang Terus Berkembang

Ketua Pegawai Eksekutif seeNI, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyifatkan sambutan Jubli Delima sebagai pencapaian yang membawa makna lebih besar daripada sekadar usia sebuah jenama.

Ads

Menurut beliau, sepanjang empat dekad, Nona bukan sahaja menyaksikan perubahan dunia wanita, malah memainkan peranan dalam mengetengahkan kejayaan, kepimpinan dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Nona Gala Awards 2026
Pengacara Majlis Yasmin Hani
Nona Gala Awards 2026
Ucapan daripada Farah Zainul
Nona Gala Awards 2026
Datin Alyah
Nona Gala Awards 2026
Amylea
Nona Gala Awards 2026
Dato’ Sri Alha Alfa, Amylea
Nona Gala Awards 2026
Dato’ Francissca Peter

Berteraskan pendekatan manfaat-led content yang menjadi aspirasi seeNI, setiap kisah yang diketengahkan perlu membawa nilai positif serta inspirasi kepada khalayak.

Bermula sebagai majalah pada tahun 1986, Nona kini berkembang merentasi penerbitan bercetak, platform digital, kandungan video, media sosial dan pelbagai pengalaman eksklusif yang mendekatkan jenama ini dengan pembacanya.

Sambutan empat dekad ini turut menjadi penghargaan kepada seluruh warga editorial, pengkarya, rakan industri, pengiklan dan pembaca setia yang bersama-sama membina legasi Nona.

Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026
Nona Gala Awards 2026

Kemeriahan Nona Gala Awards 2026 turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube dan Facebook rasmi NONA serta Mingguan Wanita, membolehkan penonton di seluruh negara menyaksikan detik pengiktirafan tersebut.

Empat puluh tahun telah berlalu, namun perjalanan Nona masih panjang. Daripada kisah wanita yang mencipta kejayaan kepada generasi baharu yang berani mengubah masa depan, legasi ini akan terus hidup melalui inspirasi yang tidak pernah berhenti.

Artikel berkaitan: Nona Gala Awards 2026, Ini Senarai Penuh 33 Penerima Anugerah Penuh Inspirasi

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Penerima Nona Gala Awards 2026

Nona Gala Awards 2026, Ini Senarai Penuh 33 Penerima Anugerah Penuh...

Di sebalik kemeriahan Nona Gala Awards 2026, 33 figura diraikan atas pencapaian luar biasa dalam seni, fesyen, keusahawanan, sukan dan kemanusiaan. Kenali kisah inspirasi mereka yang mencorakkan legasi kecemerlangan Malaysia.