
Setiap pasangan berkahwin pasti mendambakan kehidupan rumah tangga yang bahagia dan penuh kasih sayang. Lebih dua dekad melayari perkahwinan di samping Dr Azahar Yaakub, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa baru-baru ini menzahirkan penghargaan atas pengorbanan dan kasih sayang tidak berpenghujung yang dicurahkan suami tercinta sepanjang mereka bergelar suami isteri.
Pendedahan tersebut dikongsikan Ustazah Datuk Dr Norhafizah di media sosial miliknya semasa beliau dan Dr Azahar mengikuti kembara ziarah dan umrah.
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa Hargai Suami


“Dedikasi untuk seorang Abi dan Tokwan. Sungguh… bahasa kasih sayang seorang lelaki adalah tanggungjawab. Saat berhempas pulas untuk memenuhi komitmen itu tidak semua laki-laki pandai bercerita dan meluahkannya.
Fikiran mereka macam calculator, hitung, kira, congak segala keperluan untuk orang-orang yang mereka cintai. Penglihatan mereka tajam menjadi firasat melihat kemenjadian zuriat keturunan.
Dahulu Abi yang sentiasa mendukung anak, kini Tokwan yang menjadi kesayangan cucu-cucu. Mungkin faktor Umi senang hati beranak ramai sebab Umi tidak menjaganya seorang, tidak mengendong anak dan tidak seorang diri berjaga malam untuk anak-anak kecil.”
Kehidupan rumah tangga Ustazah Datuk Dr Norhafizah dan Dr Azahar lebih bermakna dengan kehadiran tujuh orang cahaya mata.
Figura yang terkenal dengan kepetahan dan gaya penyampaian mengusik emosi ini turut mendoakan kesejahteraan suami tercinta.
View this post on Instagram

Rumah Tangga Bahagia Datuk Dr Norhafizah Musa & Dr Azahar Yaakub
“Semoga Allah memandang kebaikan seorang Abi dan Tokwan ini dengan ganjaran redhaNya dan kedudukan yang tinggi di sisiNya.
Tiada manusia yang sempurna, tiada manusia yang terlepas dari khilaf dan kelemahan. Tetapi insan yang tak pernah lelah untuk menguruskan keluarga, zuriat keturunan agar sejahtera di dunia dan akhirat adalah insan yang sangat berhak untuk dihargai dan dicintai.
Semoga Allah mengurniakan taufiq hidayahNya kepada kita semua untuk selalu menjadi yang terbaik di sisiNya.
Syukran kathiran Abi, Tokwan. Semoga apa yang telah dilakukan, dibelanjakan, diusahakan untuk zuriat keturunan ini menjadi amal solehmu.”

Di samping bergelar pakar motivasi dan pendakwah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah juga merupakan Penasihat Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz. Komitmen beliau membangunkan modal insan berkualiti mendapat perhatian banyak pihak.

sekarang!

