Ads

Bahagia Dikurniakan Isteri & Anak Comel, Putera Mateen Titip Ucapan Hari Lahir Pengiran Anak Isteri Anisha!

Putera Mateen Titip Ucapan Hari Lahir Buat Isteri
Putera Mateen Titip Ucapan Hari Lahir Buat Isteri

Sejak mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, kehidupan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen atau Putera Mateen lebih bermakna apabila dikurniakan seorang cahaya mata comel pada 8 Februari 2026. Setiap gerak geri dan ke mana saja pasangan ini pergi pasti menjadi tumpuan khalayak.  

Artikel https://www.nona.my/setahun-bergelar-suri-hati-pengiran-muda-mateen-kian-bahagia-masih-segar-wedding-gilang-gemilang-diraja-brunei-ini/

Putera Mateen Bahagia Di Sisi Pengiran Anak Isteri Anisha

Bahagia Dikurniakan Isteri & Anak Comel, Putera Mateen Titip Ucapan Hari Lahir Pengiran Anak Isteri Anisha! Bahagia Dikurniakan Isteri & Anak Comel, Putera Mateen Titip Ucapan Hari Lahir Pengiran Anak Isteri Anisha!

Bahagia Dikurniakan Isteri & Anak Comel, Putera Mateen Titip Ucapan Hari Lahir Pengiran Anak Isteri Anisha!

Dua tahun melayari bahtera perkahwinan, anakanda Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ini kian matang meniti kehidupan di samping isteri tercinta iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah dan zuriat perempuan sulungnya, Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah.  

Ads

Setia menemani ayahanda tersayang menghadiri lawatan rasmi di dalam mahupun luar negara, Pengiran Muda Abdul Mateen menerusi perkongsian di media sosial baru-baru ini membuat hantaran istimewa sempena ulang tahun kelahiran suri hati tercinta.  

Sambil memuat naik foto romantis di sisi isteri dan anak tersayang, Putera Mateen turut mendedikasikan ucapan hari lahir kepada Pengiran Anak Isteri Anisha yang mesra disapa sebagai Nishi. 

Titipnya, “Happy Birthday Mama Nishiboo.” 

Ads

Isteri Putera Mateen Genap Usia 32 Tahun

Bahagia Dikurniakan Isteri & Anak Comel, Putera Mateen Titip Ucapan Hari Lahir Pengiran Anak Isteri Anisha! Bahagia Dikurniakan Isteri & Anak Comel, Putera Mateen Titip Ucapan Hari Lahir Pengiran Anak Isteri Anisha! Bahagia Dikurniakan Isteri & Anak Comel, Putera Mateen Titip Ucapan Hari Lahir Pengiran Anak Isteri Anisha! Bahagia Dikurniakan Isteri & Anak Comel, Putera Mateen Titip Ucapan Hari Lahir Pengiran Anak Isteri Anisha!

6 November lalu, Pengiran Anak Isteri Anisha genap mencecah usia 32 tahun. Wanita cantik ini selamat melahirkan puteri sulung pada 8 Februari 2026 di Jerudong Park Medical Centre (JPMC).  

Ads

Sejak bergelar ibu dan bapa, Putera Mateen sering berkongsi momen indah bersama keluarga kecilnya dan terbuka berkongsi wajah puteri kesayangan kepada umum.  

Kelahiran cucunda Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Anak Zahra Mariam Bolkiah disambut penuh kesyukuran dan istiadat apabila sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mateen (@tmski)

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah selamat diijab kabulkan pada 11 Januari 2024. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

To' Puan Syamim Freida

To’ Puan Syamim Freida Zahir Kesyukuran, Bangga Suami Dimasyhurkan Tengku Orang...

To' Puan Syamim Freida meluahkan kesyukuran atas pemasyhuran gelaran suami sebagai Orang Besar Istana Selangor. Kehadiran sahabat turut menyerikan hari bersejarah.