
Hadiah eksklusif Lancôme hadir menyempurnakan penghujung tahun dengan sentuhan kemewahan, keanggunan dan kasih sayang. Tatkala kalendar semakin menghampiri helaian terakhir, inilah waktunya meraikan wanita istimewa dalam kehidupan, menghargai insan tersayang atau menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat diri sendiri setelah setahun penuh bekerja keras, berkorban dan mengejar impian.
Menerusi koleksi edisi terhad Lancôme Holiday 2026, jenama kecantikan mewah dari Perancis ini menghidupkan pesona Paris melalui himpunan wangian ikonik, penjagaan kulit premium dan solekan eksklusif.
Bertemakan kehangatan sebuah pertemuan istimewa di Lancôme Palace, koleksi ini tampil dalam palet merah jambu, emas dan rona ceri yang memikat. Lebih istimewa, ilustrasi eksklusif karya seniman Perancis, Octave Marsal, menyerlahkan keindahan mercu tanda Paris termasuk Menara Eiffel dan Arc de Triomphe.
Lancôme Advent Calendar, 24 Kejutan Dalam Sebuah Istana Paris

Bayangkan keterujaan membuka sebuah hadiah kecil setiap hari. Itulah pengalaman yang ditawarkan menerusi Lancôme Advent Calendar – A Parisian Palace, berharga RM820.
Direka menyerupai istana Paris yang indah, kotak edisi terhad ini menyimpan 24 kejutan kecantikan, merangkumi lapan produk bersaiz penuh dan 16 produk bersaiz perjalanan. Antara pilihan menarik termasuk La Vie Est Belle L’Elixir 30ml, Rénergie HPN 300-Peptide Cream 15ml, Absolue Longevity The Soft Cream 15ml serta Lip Idôle Butterglow rona 60 Million-Dollar Berry.
Dengan nilai keseluruhan produk RM3,450, koleksi ini menjadikan pengalaman menerima hadiah terasa lebih eksklusif. Sesuai buat wanita yang menghargai ritual kecantikan sebagai sebahagian daripada gaya hidup.
Kemewahan Hadiah Eksklusif Lancôme Beauty Box

Bagi wanita yang gemar memanjakan diri, Lancôme Beauty Box bernilai RM630 menawarkan sepuluh produk kecantikan pilihan dalam satu himpunan elegan.
Antaranya Génifique Ultimate Serum 30ml, Génifique Ultimate Lotion 50ml, Absolue The Eye Cream 20ml, dua krim daripada rangkaian Absolue Longevity serta Tonique Confort 125ml. Koleksi ini turut dilengkapi The Pink Check-In Palette Limited Edition, wangian Idôle EDP 10ml, maskara Idôle Lash Lifting Volumizing dan Lip Idôle JuicyTreat.
Sebuah hadiah yang bukan sekadar melengkapkan meja solek, malah mengajak wanita meluangkan masa berkualiti untuk menjaga dan menghargai diri sendiri.
Solekan Tahun Baharu Dalam Hadiah Eksklusif Lancôme
Bagi pencinta solekan, Suite Escape Palette berharga RM320 menawarkan enam rona pembayang mata, daripada kemasan matte lembut hingga kilauan glitter yang mempesona.

Sementara itu, L’Absolu Rouge Drama Matte (RM190) hadir dalam tiga rona eksklusif, iaitu 296 Dramaphoria, 227 Rose Service dan 188 Rosy Suite. Formulanya diperkaya ekstrak mawar untuk memberikan kemasan matte yang selesa.
Melengkapkan koleksi ialah Juicy Treat (RM160) dalam rona 60 Million Dollar Berry, dengan kilauan merah jambu dan emas serta aroma ceri yang menggoda.

Setiap pilihan membawa karakter tersendiri, sesuai untuk wanita yang mahu tampil lebih berani, segar dan penuh keyakinan.
Julia Roberts & Pesona Kebahagiaan Yang Dikongsi

Keistimewaan kempen ini turut diserikan kehadiran duta Lancôme, Julia Roberts, yang membintangi filem pendek arahan pengarah terkenal Damien Chazelle.
Berlatarbelakangkan Lancôme Palace, kempen tersebut mengetengahkan keindahan kebersamaan, kemurahan hati dan kebahagiaan yang diraikan tanpa batasan. Mesejnya cukup dekat dengan jiwa wanita. Hadiah paling bermakna bukan semestinya tentang harga, tetapi perhatian dan penghargaan yang hadir bersamanya.
Tahun Baharu, Diri Baharu Yang Lebih Dihargai
Menjelang 2027, mungkin sudah tiba masanya wanita berhenti meletakkan diri sendiri di tempat terakhir. Setelah setahun memenuhi tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak, pemimpin atau wanita berkerjaya, tidak salah menghadiahkan sedikit kemewahan sebagai tanda menghargai segala pencapaian, termasuk perjuangan kecil yang tidak pernah disaksikan orang lain.
Kerana menyambut tahun baharu bukan sekadar memperbaharui azam, tetapi juga belajar mencintai diri dengan lebih baik. Dan kadangkala, hadiah paling indah ialah hadiah yang kita pilih untuk diri sendiri.
Koleksi Lancôme Holiday 2026 boleh didapati menerusi laman web rasmi Lancôme, butik Lancôme dan TikTok Shop. Lancôme Advent Calendar pula ditawarkan secara eksklusif di laman web Lancôme serta pop-up Sunway Pyramid bermula 3 Disember 2026 hingga 3 Januari 2027.
Artikel berkaitan: Nona Pinktober 2026 Satukan Selebriti & NGO, Setiap Smash Membawa Harapan Buat Pejuang Kanser Payudara

sekarang!

