Ads

Sambung Pengajian Di Menara Gading Usia 63, Aktor Zulkifli Ismail Cetus Inspirasi Raih CGPA 4.00!

Zulkifli Ismail Raih CGPA 4.00 Usia 63 Tahun
Zulkifli Ismail Raih CGPA 4.00 Usia 63 Tahun

Wah, kejayaan aktor Zulkifli Ismail di menara gading sangat memberi inspirasi! Pada usia 63 tahun, pelakon senior Gerak Khas The Movie ini membuktikan kemampuan diri apabila memperoleh keputusan cemerlang di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini. 

Berkongsi khabar gembira itu media sosial sambil memuat naik foto kad pelajarnya, Zulkifli meluahkan rasa syukur dapat mengharungi proses pengajian dengan baik. Meskipun berdepan kesibukan kerjaya dan diuji dengan kesihatan diri.  

Artikel https://www.nona.my/34-tahun-lalui-asam-garam-rumah-tangga-umi-salbiah-isteri-zulkifli-ismail-ini-baru-bersara-jadi-pendidik-bahagia-ada-2-anak/

Zulkifli Ismail Bukti Kemampuan Diri Sebagai Pelajar Universiti

Sambung Pengajian Di Menara Gading Usia 63, Aktor Zulkifli Ismail Cetus Inspirasi Raih CGPA 4.00! Sambung Pengajian Di Menara Gading Usia 63, Aktor Zulkifli Ismail Cetus Inspirasi Raih CGPA 4.00! Sambung Pengajian Di Menara Gading Usia 63, Aktor Zulkifli Ismail Cetus Inspirasi Raih CGPA 4.00!

Dedah bapa kepada dua anak ini, “CGPA 4.00. Alhamdulillah. Selesai dengan selesa. Dalam kesibukan menjalani penggambaran dan sedikit gangguan kesihatan, saya berjaya menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. InsyaAllah konvo pada penghujung November.” 

Ads

Difahamkan Zulkifli Ismail pernah berkhidmat sebagai wartawan dan sudah berkecimpung dalam industri seni selama empat dekad. Sepanjang tempoh itu, aktor ini masih aktif membintangi drama dan filem. 

Sambung Pengajian Di Menara Gading Usia 63, Aktor Zulkifli Ismail Cetus Inspirasi Raih CGPA 4.00! Sambung Pengajian Di Menara Gading Usia 63, Aktor Zulkifli Ismail Cetus Inspirasi Raih CGPA 4.00!

Zulkifli juga cukup dikenali dengan watak ASP Razlan dalam drama Gerak Khas dan membintangi beberapa drama popular. Antaranya Opah, Mahligai Kaca, Menara Impian, Maria Mariana The Series, 7 Hari Mencintaiku, Andai Itu Takdirnya dan Yes! Kapten Zul Aaryan. 

Ads

Pada Ogos lalu, Zulkifli berkongsi hantaran memaparkan dirinya selesai sesi pembentangan Capstone Apel Q bagi Sarjana Pengajian Persembahan di UPSI.  

Di Sebalik Kejayaan Zulkifli Ismail

Sambung Pengajian Di Menara Gading Usia 63, Aktor Zulkifli Ismail Cetus Inspirasi Raih CGPA 4.00! Sambung Pengajian Di Menara Gading Usia 63, Aktor Zulkifli Ismail Cetus Inspirasi Raih CGPA 4.00! Sambung Pengajian Di Menara Gading Usia 63, Aktor Zulkifli Ismail Cetus Inspirasi Raih CGPA 4.00!

Ads

“Terima kasih kepada penyelia saya Dr Faisal Ahmad yang telah membimbing saya sepanjang pengajian hingga ke tahap ini. Terima kasih Dr Rosdeen Suboh dan Dr Lena Farida Chin kerana sudi menilai pembentangan saya. Terima kasih APEL kerana merealisasikan impian saya.  

Terima kasih UPSI kerana menjadikan saya Anak Kandung Suluh Budiman. Terima kasih isteri, anak-anak, menantu, adik-adik, saudara mara serta rakan-rakan yang sentiasa memberikan galakan dan dorongan sepanjang pengajian ini.” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli)

Zulkifli Ismail mendirikan rumah tangga dengan Umi Salbiah Abdul Rahman. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 1991. Hasil perkongsian hidup selama 35 tahun, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Dr Zulfati Izazi dan Zulzarif Irfan. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Hasnida Hanim Genggam Sarjana

Tak Lelah Kejar Ilmu, Personaliti TV Hasnida Hanim Berjaya Genggam Sarjana...

Sekalung tahniah buat personaliti televisyen Hasnida Hanim Ahmad Kamil yang selamat bergraduasi baru-baru ini. Pengorbanan bersengkang mata selama beberapa tahun demi mengejar ilmu akhirnya berbalas apabila dia berjaya menggenggam Sarjana Pendidikan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-105.