Sekalung tahniah buat personaliti televisyen Hasnida Hanim Ahmad Kamil yang selamat bergraduasi baru-baru ini. Pengorbanan bersengkang mata selama beberapa tahun demi mengejar ilmu akhirnya berbalas apabila dia berjaya menggenggam Sarjana Pendidikan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-105.
Difahamkan Hasnida Hanim atau mesra disapa sebagai Anim yang sudah berkhidmat selama lebih dua dekad dalam bidang penyiaran sentiasa menjadikan ilmu sebagai keutamaan. Meskipun sibuk dengan kerjaya namun dia akui tidak pernah lelah menimba ilmu pengetahuan.
Hasnida Hanim Genggam Sarjana
Berkongsi kejayaan tersebut di media sosial, penyampai dan editor berita sukan ini dikhabarkan menuntut semula ilmu selepas hampir 18 tahun memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan pada tahun 2003.
Dedahnya, “This is my podium. Behind this smile are years of hard work, sacrifices, challenges, and countless prayers. This moment is more than a certificate. It’s a reminder that every effort has its own beautiful timing.
Ads
Alhamdulillah for everything. Masters in Physical Education by Research – UiTM.”
Dalam pada itu, Hasnida Hanim juga menitipkan rasa syukur dan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa tersayang yang hadir menyaksikan majlis konvokesyen.
Hasnida Hanim Hargai Ibu Bapa
Ads
“Terima kasih Ayah dan Mak, kerana sentiasa ada dalam setiap perjalanan Anim. Kali ketiga Anim melangkah ke pentas konvokesyen, dan kali ini, Ayah sendiri merakam detik yang sangat bermakna ini.
Mungkin bagi orang lain, ini sekadar sebuah video. Tetapi bagi Anim, inilah kenangan yang tak ternilai rakaman daripada seorang Ayah yang menyaksikan sendiri perjalanan anaknya, dari langkah pertama hingga ke satu lagi kejayaan.
Terima kasih, Ayah, kerana merakam detik ini. Suatu hari nanti, apabila Anim merindui saat-saat ini, Anim masih ada video ini untuk mengimbau kembali hari ketika Ayah Mak ada di sana, menyaksikan kejayaan Anim dengan mata sendiri.
Ads
Semoga Allah panjangkan usia Ayah dan Mak, kurniakan kesihatan yang baik dan izinkan Anim terus mencipta lebih banyak kenangan bersama kalian.”
Buat Hasnida Hanim, semoga kisah kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada masyarakat untuk terus mengejar ilmu tidak mengira pangkat mahupun usia.
Sedar tak sedar, nampaknya putera sulung Nikita Willy dan suami tersayang, Indra Priawan telah genap tujuh bulan baru-baru ini. Kebiasaannya, masyarakat keturunan Jawa akan menjalani adat Tedak Siten bagi meraikan bayi yang menjadi lambang kebanggaan dalam keluarga.
Nikita Willy juga tidak terkecuali dari mengadakan majlis Tedak Siten buat putera tersayang, Issa Xander Djokosoetono atau lebih dikenali sebagai Baby Izz baru-baru ini.
Nikita sekeluarga mengenakan sepersalinan pakaian Jawa lengkap di mana Nikita anggun mengenakan kebaya tradisi. Pasangan ini mengenakan batik dikenali sebagai Sido Drajad di mana sido membawa maksud sebuah harapan manakala drajad pula melambangkan darjat dan keberatan. Sekaligus ia membawa maksud mendalam buat anak kecil ini sebagai anak yang akan memiliki masa depan yang penuh kebaikan.
Menyingkap dekorasi keseluruhan majlis, ia mendapat sentuhan @didietmaulana yang mengetengahkan konsep biru langit dengan palette warna trend 2023 iaitu tranquil blue. Warna tersebut membawa maksud harmoni dan variasi penuh ketenangan. Tedak Siten merupakan budaya warisan leluhur masyarakat Jawa untuk bayi yang berusia sekitar tujuh atau lapan bulan sebagai upacara turun tanah. Kebiasaannya, adat ini dilakukan bertujuan agar anak membesar menjadi anak yang boleh berdikari.
Acara Tedak Siten baby Izz dimulakan dengan Nikita Purnama Willy mencucikan kaki si comel diikuti proses menapakkan kaki Baby Izz ke tujuh dulang berisi beras berwarna warni. Kemudian Baby Izz ditempatkan di dalam sebuah kurungan khas yang diisi pelbagai barangan berupa permainan yang akan dipilih oleh bayi berkenaan.
Menurut tradisi masyarakat Jawa, pemilihan tiga barangan dari dalam kurungan khas oleh bayi berkenaan melambangkan kerjaya yang bakal dipilih oleh bayi berkenaan apabila dewasa kelak.
Jika di Malaysia, upacara jejak tanah atau adat memijak tanah adalah sebahagian daripada budaya bangsa Melayu yang merujuk kepada anak kecil yang baru pandai bertatih, dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang permulaan kehidupannya.
Upacara jejak tanah dijalankan secara berbeza dari satu tempat ke tempat lain, baik dari segi cara atau peralatan yang digunakan barangan yang digunakan, malahan kebiasaannya upacara itu akan disertakan dengan majlis ringkas kenduri doa selamat.
Malah tidak banyak bezanya dengan upacara Tedak Siten dimana upacara ini sebagai satu bentuk pengormatan kepada bumi sebagai simbolik untuk si kecil mula melangkah mengenali dunia.
Majlis ini juga diserikan dengan doa agar zuriat penyeri kehidupan rumah tangga ini berjaya dalam segala yang dilakukannya. Semoga Baby Izz membesar dalam lingkungan kasih sayang tanpa berbelah bahagi dari keluarga tersayang.
Untuk rekod, Indra Priawan merupakan pewaris konglomerat Blue Bird Group, perusahaan teksi Blue Bird yang sudah beroperasi di Indonesia lebih dari 40 tahun. Sebelum perkhidmatan pengangkutan secara online diperkenalkan, teksi biru ini jadi salah satu pengangkutan utama di Indonesia.
Lulusan Universitas Indonesia jurusan Teknik Mesin 2013 turut mempunyai beberapa perniagaan yang diusahakan di bawah nama PT Indra Investama. Nikita dan Indra selamat melangsungkan perkahwinan pada 16 Oktober 2020 yang lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tersentuh melihat tubuh-tubuh kecil ini bersengkang mata menyempurnakan kelengkapan buat para petugas barisan hadapan. Tercetusnya Projek Pelangi ini merupakan idea serta inisiatif sendiri oleh anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) sambil dibantu oleh tenaga pengajar RPWP. Murninya usaha anak-anak syurga ini.
Sesugguhnya, pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada para doktor, jururawat, pembantu perubatan dan lain-lain sepanjang penularan wabak COVID-19 cukup menyentuh jiwa rakyat Malaysia.
Semua pesakit dibantu tanpa mengira penat dan lelah. Mereka berjuang siang dan malam demi memastikan para pesakit sembuh seperti mana misi utama mereka iaitu berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakit. Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Seiring dengan bertambahnya kes positif COVID-19 setiap hari, semakin berat beban tugasan mereka. Namun berpaksikan kepada tanggungjawab serta amanah yang diberikan mereka terus berjuang demi menghapuskan virus ini.
Dalam pada itu kekangan terbesar selain berhadapan dengan peningkatan kes setiap hari ialah kekurangan bekalan material untuk menjahit PPE (Personal Protective Equipment). Malah ada yang kehabisan stok! Pun begitu, kini ramai yang telah menunjukkan keprihatinan dengan menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Ini satu perkembangan yang positif!
INISIATIF
Mereka juga telah dilatih untuk membantu insan lain dan dalam masa yang sama tidak merasa rendah diri dengan kekurangan yang ada. Pendedahan ini juga bagi membuktikan bahawa ramai lagi yang lebih susah dan memerlukan bantuan. Secara tak langsung mereka menjadi lebih bersemangat untuk memajukan diri.
Permulaan Projek Pelangi adalah ketika negara dilanda musibah banjir besar di Kelantan sekitar tahun 2015 sampailah sekarang. Terdapat kira-kira 20 orang Co-Founder yang turut sama membantu Warga Prihatin ini.
Projek Pelangi juga ihsan daripada pengasasnya, Dr Hj Masjuki Hj Mohd Musuri bersama anak-anak yatim untuk membantu petugas barisan hadapan (frontliners). Untuk projek ini mereka telah membeli sebanyak 52,000 meter material PPE untuk dijahit. Anak-anak yatim dan asnaf tekun menjana tenaga menghasilkan face shield untuk kegunaan petugas barisan hadapan.
Tersentuh hati melihat kesungguhan dan ketekunan anak-anak ini membantu frontliners dengan niat untuk membantu Malaysia memerangi wabak COVID-19 bersama-sama. Walaupun tidak berada di barisan hadapan, sekurang-kurangnya mereka memberi bantuan dari segi sokongan material yang diperlukan.
‘Menyedari akan hakikat ini, kami di RPWP bersama anak-anak melalui Projek Pelangi telah memulakan projek “Bantuan PPE COVID-19”, kerjasama bermula dengan Klinik As Salam Bangi, kami sedang menyiapkan “Face Visor” untuk kegunaan para frontliners. Insya Allah, kami juga sedang usahakan bantuan PPE untuk peralatan keselamatan yang lain juga.
Seruan kepada seluruh rakyat Malaysia, ayuh sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada mereka dengan menyumbang semampunya. Biarlah kami bersengkang mata untuk mereka kerana mereka sanggup mati untuk kita.
Projek ini BUKAN untuk mengisi masa lapang di kala PKP ini semata. Tapi sebagai ruang bagi kami untuk mendidik diri sendiri dan anak-anak erti sebenar “ikhlas” dan “kholas” yang bermaksud “habis” dan “selesai”. Oleh itu, setiap yang dibuat haruslah SEHABIS BAIK hingga SELESAI!
Biarpun kos penghasilannya lebih tinggi daripada DIY biasa, kami menekankan kualiti PPE yang dihasilkan Projek Pelangi. Ini bagi menepati piawaian yang diperlukan oleh frontliners COVID-19.’
OBJEKTIF
Projek ini menyediakan platform kepada masyarakat untuk menyalurkan bantuan modal kepada anggota KKM. Selain itu, menyediakan dan mengedar bantuan PPE kepada anggota KKM di seluruh negara.
Seterusnya ialah menjadikan proses penyediaan dan tadbir urus sebagai satu sarana pendidikan kepada anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin marilah kita sama-sama membantu dengan memberi sumbangan terhadap Projek Pelangi ini untuk menyalurkan bantuan PPE buat petugas-petugas keselamatan bagi menentang wabak virus COVID-19.
Anda juga dialu-alukan untuk turut serta di dalam projek ini atau seumpamanya sekaligus dapat membantu RPWP menjayakan projek mulia ini. Sememangnya mereka masih memerlukan sumbangan dari segi kewangan bagi menjana pembelian material dan peralatan untuk menghasilkan PPE. Semoga kerjasama serta niat kita diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Layari https://projekpelangi.com/kempen/bantuan-ppe-covid-19/ bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menyalurkan sumbangan anda kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Terkini, sasaran sumbangan yang diperlukan ialah sebanyak RM1,000,000.00 Sama-samalah kita membantu seterusnya mengekang wabak COVID-19 ini daripada terus menular.
Stay at home, patuhilah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita jaga kita!
Kredit: Rumah Pengasih Warga Prihatin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengalir jiwa bisnes, terkini Athisha Khan ikut jejak langkah Neelofa sebagai pengasas, lancar jenama lifestyle Flip!
Minat terhadap perniagaan diwarisi turun-temurun daripada keluarga. Selepas kejayaan membangunkan empayar hijab Naelofar serta Nunha, selebriti terkenal Neelofa dilihat memberi sokongan terhadap adik kesayangannya, Athisha Khan, ketika sidang pelancaran jenama gaya hidup terbaharu, Flip.
Baru sahaja mendirikan rumah tangga, Athisha Khan Dato’ Halim Khan merupakan isteri kepada Wan Amirul Haiqal Wan Ruzlan dan keduanya kini menetap di luar negara.
Namun demi jiwa bisnes yang mendalam, Athisha pulang ke tanah air bagi menguruskan perniagaannya sebelum kembali ke sana.
Personaliti media sosial ini sering digelar beauty with brains lantaran kelulusan yang dimilikinya.
Berusia 26 tahun, Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom serta merupakan vlogger popular yang mempunyai lebih 300 ribu followers di saluran YouTube.
Berlangsung di kafe Paolo Paolo Gelato di Damansara, acara santai ini turut dihadiri ibunya, Datin Noor Kartini, adik-beradik Athisha seperti Noor Nabila, Neelofa, Nur Ameera dan Aqief. Athisha merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik.
Turut hadir rakan-rakan terdekat seperti Kasih Iris Leona, Tyra Kamaruzzaman, Khainina Khalil, Sharifah Rose dan ramai lagi.
“Sepanjang saya menulis blog, orang selalu menitipkan komen serta pujian terhadap outfit yang selesa serta cozy dipakai. Jadi itulah yang mengingatkan saya pada pijama yang selesa dan cantik sehingga melahirkan Flip,” ujar Athisha.
Paling menarik tentunya debut koleksi pijama Flip dalam dua corak berbeza yang menampilkan Athisha dan Little Miss Khan sebagai model utama. Begitu laris, khabarnya pijama comel ini kedua-duanya dah Sold Out di beg kuning!
Koleksi ini sudah mula dipasarkan secara online dan Athisha merancang untuk melancarkan lebih banyak produk gaya hidup seperti planner untuk akan datang.
KASIH NEELOFA
Pujian seharusnya ditujukan juga buat bonda Neelofa dan Athisha iaitu Datin Noor Kartini kerana berjaya mendidik anak-anak menjadi ahli perniagaan berjaya.
Selain Nabila dan Neelofa, Athisha Khan juga ikut jejak langkah Neelofa sebagai pengasas dengan melancarkan jenama lifestyle Flip.
“Sangat teruja dengan pencapaian adik saya! Memperkenalkan ‘Flip’ – jenama terbaharu yang memberikan keselesaan dan gaya ke dalam kehidupan harian anda. Bangga sangat dengan Athisha!” Neelofa
Hadir dalam persalinan serba putih, Neelofa kini giat menjalankan beberapa perniagaan bersama suaminya, PU Riz.
Wanita anak dua yang bergelar jutawan itu merintis aplikasi TheNoor, TheNoor Coffee, Nunha Store, selain masih membantu bisnes keluarganya iaitu Naelofar, Young & Glow, Kucate, susu Nilofa serta banyak lagi.
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan segalanya di tangan Tuhan. Siapa sangka selepas kecewa rumah tangga yang dibina putus di tengah jalan. Kini anak sulung Dr Zailah Zainudin iaitu Dr Fie Tawfek kembali menemui bahagia.