
Bukan semua tuala wanita sama, terutama apabila melibatkan keselesaan ketika haid yang menjadi keutamaan wanita moden. Di sebalik kesibukan menguruskan kerjaya, keluarga dan rutin kecergasan, pemilihan tuala wanita yang tepat bukan sekadar memberikan perlindungan daripada kebocoran, malah memastikan keselesaan dan keyakinan sepanjang hari. Namun, tahukah anda bahawa material, reka bentuk dan kesesuaian pada tubuh memainkan peranan penting dalam penjagaan haid? Ini lima ciri keselesaan ketika haid yang wajib diketahui setiap wanita sebelum membuat pilihan.
Sejauh mana kita benar-benar mengenali produk penjagaan haid yang digunakan setiap bulan? Selain perlindungan daripada kebocoran, terdapat lima ciri penting yang wajar diberi perhatian, khususnya bagi wanita aktif yang mengutamakan keselesaan, kesesuaian dan penjagaan kulit.
Keselesaan Sepanjang Hari, Bukan Sekadar Perlindungan

Wanita yang sentiasa bergerak memerlukan perlindungan yang bukan sahaja boleh diharapkan, malah selesa dipakai sepanjang hari. Permukaan tuala wanita memainkan peranan penting kerana bersentuhan secara langsung dengan kulit. Justeru, material yang lembut dan mempunyai pengudaraan baik dapat membantu mengurangkan rasa tidak selesa, terutama ketika cuaca panas atau jadual harian yang padat.
Inilah antara keistimewaan Blood Mudah Dicuci Corn Pad yang menampilkan corn topsheet, iaitu lapisan permukaan berasaskan jagung dengan tekstur halus dan bernafas. Rekaan ini bertujuan memberikan sentuhan lebih lembut pada kulit, sekali gus menyokong keselesaan sepanjang pemakaian.
Rekaan Mengikut Bentuk Tubuh, Lebih Yakin Bergerak

Daripada perjalanan ke pejabat sehingga menghadiri acara selepas waktu bekerja, setiap pergerakan menuntut perlindungan yang sesuai dengan bentuk tubuh. Tuala wanita yang terlalu besar, mudah berganjak atau tidak mengikut kontur badan boleh menjejaskan keselesaan. Sebab itulah aspek reka bentuk tidak seharusnya dipandang ringan.
Keistimewaan Blood Mudah Dicuci Corn Pad turut terletak pada teknologi penyerapannya yang menggabungkan SAP Sheet (Super-Absorbent Polymer Core), iaitu teras penyerap berteknologi Jepun yang direka untuk menyerap cecair dengan lebih efektif berbanding kapas biasa. Teknologi ini membantu mengekalkan kelembapan dalam lapisan penyerap, sekali gus memberikan perlindungan lebih optimum dan mengurangkan rasa tidak selesa ketika haid. Bagi wanita moden yang sentiasa aktif, inovasi sebegini memberikan keyakinan untuk menjalani rutin harian tanpa perlu terlalu bimbang tentang kebocoran.
Kekal Kemas Dan Stabil Walaupun Jadual Padat
Pernah berasa kurang selesa apabila tuala wanita berkedut atau berubah kedudukan ketika berjalan dan duduk terlalu lama?
Situasi kecil ini sebenarnya boleh mengganggu tumpuan, terutamanya apabila seseorang perlu bergerak antara pelbagai komitmen dalam sehari. Pemilihan tuala wanita dengan pelekat sayap atau wings yang direka dengan baik membantu memastikan kedudukannya lebih stabil serta mengurangkan masalah pad berkedut atau berkumpul pada satu bahagian.
Ciri sayap pada Blood Mudah Dicuci Corn Pad direka untuk membantu mengekalkan kedudukan pad agar pemakaian terasa lebih kemas dan selesa.
Kenali Material, Utamakan Keselesaan Kulit

Wanita bijak bukan sekadar memilih produk berdasarkan jenama atau penampilan pembungkusan. Mereka juga memahami kepentingan material yang digunakan. Selain lapisan permukaan berasaskan jagung, Blood Mudah Dicuci Corn Pad menggabungkan fluff pulp dan teknologi teras Jepun dalam struktur penyerapannya.
Mengangkat konsep ‘Rash Free, Leak Free’, Blood Mudah Dicuci Corn Pad menggabungkan inovasi material mesra kulit dengan teknologi penyerapan efektif bagi membantu mengurangkan risiko iritasi dan kebocoran. Lebih istimewa, varian baharu Daun Sirih hadir dengan kelebihan 3X Better Odour Control, iaitu kawalan bau tiga kali lebih baik untuk membantu mengekalkan kesegaran dan keyakinan sepanjang hari.
Gabungan ciri ini menjadikan penjagaan haid lebih selesa dan praktikal, khususnya buat wanita moden yang sentiasa aktif tanpa mahu berkompromi dengan keselesaan diri.
Jadikan Penjagaan Haid Sebahagian Daripada Ritual Self-Care


Konsep self-care bukan hanya tentang rawatan wajah, senaman atau mendapatkan tidur mencukupi. Ia juga merangkumi keputusan kecil yang dibuat demi keselesaan tubuh setiap hari.
Seiring keperluan wanita yang semakin mengutamakan penjagaan diri, Blood Mudah Dicuci Corn Pad turut memperkenalkan varian Daun Sirih baharu, melengkapkan pilihan penjagaan haid dalam rangkaian produknya.
Kehadiran varian ini memberi lebih pilihan kepada wanita untuk menyesuaikan rutin bulanan mengikut keutamaan dan gaya hidup masing-masing. Akhirnya, penjagaan haid yang baik bermula dengan memahami tubuh sendiri. Daripada pemilihan material, keselesaan permukaan, reka bentuk sehingga kestabilan pemakaian, setiap perincian memainkan peranan.
Kerana wanita yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap tanggungjawab juga berhak menikmati keselesaan terbaik untuk dirinya.
Dapatkan maklumat lanjut tentang Blood Mudah Dicuci Corn Pad melalui platform di bawah:
Website: https://my.getblood.com/
FB: https://www.facebook.com/bloodmalaysia/
IG: https://www.instagram.com/bloodmalaysia/
TikTok: https://www.tiktok.com/@get.blood
Product page: https://my.getblood.com/products/blood-corn-pad-mudah-dicuci

sekarang!

