Ads

“Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya ‘Tewas’ Dengan Seorang Kapten,” Dr Zailah Sebak Namun Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia

Dr Zailah Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia
Dr Zailah Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan segalanya di tangan Tuhan. Siapa sangka selepas kecewa rumah tangga yang dibina putus di tengah jalan. Kini anak sulung Dr Zailah Zainudin iaitu Dr Fie Tawfek kembali menemui bahagia.  

Sebagai ibu yang menyaksikan titik terendah anak tersayang saat melalui fasa sukar itu, ibu penyayang ini menzahirkan kesyukuran pada hari pernikahan Dr Fie yang berlangsung pada 1 November lalu.  

Artikel https://www.nona.my/kasih-seorang-ibu-dr-zailah-setia-temani-dr-fie-tawfek-di-mahkamah-tanda-ibu-ada-di-kala-sukar/

Anak Dr Zailah Kembali Temui Bahagia

"Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya 'Tewas' Dengan Seorang Kapten," Dr Zailah Sebak Namun Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia "Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya 'Tewas' Dengan Seorang Kapten," Dr Zailah Sebak Namun Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia

Atas restu kedua-dua keluarga, Dr Fie Tawfek atau nama penuhnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan yang dikenali sebagai Kapten Amrul Nizar Anuar dengan sekali lafaz.

Dr Fie yang merupakan seorang doktor gigi turut menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.  

Ads

Pasangan mempelai tampil segak dan cantik berseri-seri dalam persalinan rona putih. Difahamkan busana pernikahan Dr Fie ialah rekaan eksklusif Hansmin.  

Antara individu terbahagia menyaksikan momen indah itu pastinya ibu tersayang, Dr Zailah. Bersempena pernikahan Dr Fie, bekas pensyarah ini tidak ketinggalan menitipkan doa kepada pasangan mempelai. 

Dr Zailah Sebak Dr Fie Tawfek Kembali Jadi Isteri

"Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya 'Tewas' Dengan Seorang Kapten," Dr Zailah Sebak Namun Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia "Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya 'Tewas' Dengan Seorang Kapten," Dr Zailah Sebak Namun Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia "Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya 'Tewas' Dengan Seorang Kapten," Dr Zailah Sebak Namun Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia

Menerusi ucapan yang dikongsikan di platform Khulafa Studio, Dr Zailah tidak menyangka anak perempuannya akan kembali bergelar isteri namun bersyukur atas perancangan indah Allah SWT.  

Ads

“Ibu belajar sesuatu apa yang berlaku kepada Along bahawa hati yang pernah terluka masih mampu untuk kembali percaya. Selepas hujan yang lebat Allah mampu menghadiahkan pelangi yang indah. Dan apabila Allah mahu menghadiahkan kebahagiaan, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Kita merancang, Allah sebaik-baik perancang.  

Siapa sangka selepas setahun, anak ibu pernah berkata tidak mahu berkahwin lagi. Akhirnya datang membawa berita dia sudah bersedia untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.  

Mula-mula ibu ingat bergurau tahu, rupanya betul-betul serius. Janji tak nak kahwin, akhirnya tewas, tewas dengan seorang kapten. MasyaAllah.” 

Ads

"Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya 'Tewas' Dengan Seorang Kapten," Dr Zailah Sebak Namun Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia

"Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya 'Tewas' Dengan Seorang Kapten," Dr Zailah Sebak Namun Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia "Janji Tak Nak Kahwin, Akhirnya 'Tewas' Dengan Seorang Kapten," Dr Zailah Sebak Namun Syukur Dr Fie Tawfek Kembali Temui Bahagia

Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.  

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille. Manakala Kapten Amrul Nizar juga dilaporkan berstatus duda.  

Dr Fie ialah anak sulung kepada Ahmad Tawfek dan Dr Zailah Zainudin ini berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Keselesaan ketika haid dengan Blood Mudah Dicuci Corn Pad untuk wanita aktif.

Bukan Semua Tuala Wanita Sama, Ini 5 Ciri Keselesaan Ketika Haid...

Bukan semua tuala wanita menawarkan keselesaan yang sama. Ketahui lima ciri penting dalam memilih tuala wanita yang sesuai, daripada material mesra kulit dan teknologi penyerapan hingga perlindungan kebocoran untuk wanita aktif.