Nampaknya, beberapa selebriti tanahair kini sedang menghitung hari melahirkan zuriat masing-masing. Antara selebriti yang kini sedang menunggu saat kelahiran termasuklah Datin Elvina Mohamad.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, isteri kepada Datuk Haniff Borhan ini berkongsi beberapa foto “maternity shoot” dirinya dan suami tersayang. Elvina kini sedang sarat hamil anak kedua dan usia kandungannya kini mencecah usia 36 minggu.
Meskipun sedang sarat hamil, seri ibu hamil ini jelas terserlah melalui beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya. Rasa teruja untuk menatap wajah cahaya mata keduanya menjadi caption untuk hantaran berkenaan di mana Elvina melahirkan rasa tidak sabar menatap wajah anak keduanya itu.
Ads
Elvina, 28, mengumumkan berita gembira tersebut menerusi perkongsian dalam Instagram ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki mereka, Karl Mateen.
Ads
Terdahulu sekitar 2021, pelakon itu pernah meluahkan rasa bimbang untuk hamil pada waktu pandemik memandangkan virus Covid-19 ketika itu sangat meruncing sehingga melibatkan banyak kes kematian wanita mengandung.
Ads
Tahun lalu, Elvina reda apabila hasrat untuk menimang anak kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.
Ikon antarabangsa yang cukup terkenal, Audrey Hepburn merupakan salah seorang selebriti paling terkenal sepanjang masa, malah hingga kini namanya sering disebut oleh pencinta seni dunia.
Tidak hanya bersandarkan pada wajah yang cantik semata-mata, kemampuannya untuk menunjukkan bakat yang dimiliki memang tidak dapat dinafikan. Malah, beliau juga seorang dermawan yang amat disegani.
Meninggal pada tahun 1993, Hepburn ternyata telah mewariskan kecantikannya pada cucunnya, Emma Kathleen Hepburn Ferrer.
Meskipun Emma tidak sempat berjumpa dengan neneknya, Ferrer membesar dengan baik dan memperoleh atau mewarisi kecantikan Audrey. Sikap lemah lembut dan baik hati yang dimilikinya juga persis neneknya.
Ferrer dilahirkan pada 1994 di Swiss dan telah berpindah ke Los Angeles pada usia 4 tahun. Namanya menjulang naik pada tahun 2014 ketika dia mengambil bahagian dalam pemotretan untuk mengenang Hepburn dari mulai gambar paling berkesan dan sejarahnya bersama Harper’z Bazaar.
Mengikuti jejak si nenek, Ferrer juga memiliki komitmen untuk turut menyalurkan bantuan pada pihak memerlukan atas nama kemanusiaan. Ferrer tercatat sebagai duta besar Amerika Serikat untuk UNHCR iaitu organisasi di bawah naungan PBB.
Selain itu, Ferrer juga benar-benar meniru jejak langkah Hepburn untuk bekerja di UNICEF. Tidak hanya bakat seni dan empati yang begitu besar diwariskan pada Ferrer, beberapa barang berharga Hepburn juga turun pada cucu cantiknya tersebut.
Di antara barang bersejarah tersebut ada kasmir Ralph Lauren turtleneck dan kalung hati emas milik Hepburn yang kini diwariskan pada Ferrer.
Nenek dan cucu ini ternyata sama-sama cantik dan seorang pejuang kemanusiaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri. Namun, adakah anda tahu negara yang mempunyai wanita tercatik di dunia. Kita sedia maklum, India antara negara yang mempunyai wanita dengan raut wajah yang cantik dan jelita.
Tidak hairanlah, negara India antara negara top yang menjadi pilihan di pentas ratu cantik. Selain India, ini 10 negara yang memiliki ramai wanita tercantik di dunia!
10. BELANDA
Postur tubuh yang tinggi dan rambut perang serta bentuk wajah yang unik dari Eropah menjadi keunggulannya.
9. ITALI
Perkataan paling tepat untuk menggambarkan wanita di Itali adalah “classy”.
8. VENEZUELA
Negara ini lebih dikenali dengan wanita yang menarik. hal ini terbukti apabila negara Venezuela selalu menjadi negara senarai pendek untuk pertangan ratu cantik. Malah seringkali menjadi juara untuk pertandingan tersebut.
7. RUSIA
Rusia dikenal sebagai salah satu negara dengan memiliki wanita tercantik di dunia. Bentuk wajah yang cantik dengan garis mata yang unik, hidung dan juga bentuk bibir yang boleh dikatakan sempurna.
6. COLUMBIA
Rambut hitam yang sangat indah dan sifat prihatin terhadap sesama wanita dan keluarga menjadi keunggulan para wanita di Columbia. Negara ini juga terkenal dengan pertandingan ratu cantik kerana sering mendapat tempat tertinggi dalam pertandingan tersebut.
5. ARGENTINA
Argentina memiliki wanita yang senang merawat diri mereka sendiri, dan memiliki sifat yang sangat menawan.
4. DENMARK
Wanita yang berasal dari negara ini memiliki penikiran, tujuan dan cita-cita yang kuat. Kecantikan wanita Demmark semakin menyerlah dan lengkap dengan memiliki rambut rona perang.
3. UKRAINE
Kecantikan wanita di Ukraine mirip dengan kecantikan wanita di Rusia, tapi jauh lebih baik. Segala tentang mereka adalah kesempurnaan.
2. BRAZIL
Negara ini juga merupakan rumah bagi wanita tercantik di dunia. Pada wanita yang sangat berbudaya, penuh dengan cinta, mudah didekati dan pandai bersosial. Pendidikan dan memiliki tubuh yang cantik merupakan perkara wajib dan penting yang selalu dijaga oleh wanita Brazil.
1. SWEDEN
Wanita di Sweden memiliki kulit yang putih dan memiliki mata berwarna biru. Wanita Sweden memiliki tubuh yang tinggi dan ramping. Mereka juga sangat cerdas dan pandai berdikari. Secara keseluruhan mereka memiliki kecantikan fizik dan keperibadian yang cukup menarik. Sebab itulah wanita Sweden berada di tangga teratas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
26 Mac lepas usahawan muda yang juga Instafamous, Asyalliee telah selamat melahirkan anak keduanya di sebuah hospital swasta. Memang comel sangat bayi perempuan Asya dan suami, Eboy Arbaain…. mewarisi wajah bapanya dan kulit gebu kemerahan ibu tersayang. Difahamkan bayi comel yang diberi nama Siti Helena Adrianna dilahirkan pada pukul 11.31 pagi dengan berat 3.31 kg.
Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi yang dikagumi ramai kerana rupa paras cantik dan kejayaan yang dikecapinya sebagai usahawan, sekali lagi menarik perhatian terutamanya dalam kalangan peminat dan para ibu selepas pendedahan Asya mengenai berat badan terkini beliau. Tak sampai dua minggu bersalin tapi penurunan berat badan ibu dua anak ini memang mengejutkan.
Kongsi Asya, “Hari ni dah masuk ke 10 hari berpantang tapi saya sudah berjaya turun 9 kg. Mana tidaknya, setiap hari saya berurut, bertungku, bersauna, mandi herba, makan makanan yang sihat-sihat sahaja dan pakai bengkung. Ada 34 hari lagi untuk berpantang, maknanya boleh la dapat berat 50 kg balik ni.”
Mengamalkan menu pantang seimbang kombinasi nasi, sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan… Asya yang mempunyai anak sulung lelaki iaitu Haider Mikhael, seorang wanita yang sangat mementingkan penjagaan semasa berpantang termasuk soal makanan. Apa saja yang dikatakan baik dan bermanfaat untuk tubuh, dia akan ambil walaupun tidak pernah makan sebelum ini.
Menceritakan detik kelahiran puteri kesayangan, Pengasas Loveliee ini bersyukur melahirkan anak keduanya tepat pada usia kandungan 39 minggu. “26 Mac 2019 dah masuk labour room pukul 7 am. Doktor check bukaan dah 8 cm dan bermula la contraction kuat datang melanda diriku ini.
Memula boleh kawal lagi sambil berzikir ‘La illahailla anta subhanaka inni kutum minaz zolimin’. Pastu contraction makin kuat dah jadi macam orang gila dah masa tu tahan dia punya sakit.
Then sister check bukaan dah 9 cm. So nak kawal diri tak dapat dah, sister bacakan surah sambil usap belakang badan. Duk tahan punya tahan mommy nak meneran dah, sister check 10 cm. Meneran la mommy selama lima minit then keluarlah cinta hati mommy pada pukul 11.31am.”
Baru dua hari upload video sebelum dan semasa kelahiran Siti Helena Adrianna di YouTube Channel miliknya Asyalliee Ahmad… sehingga ke hari ini video tersebut sudah hampir mencecah 200 ribu tontonan. Luar biasa aura Asyalliee. Teringat lagi waktu dia mula terkenal dengan jolokan nama Syasya Solero.
Di kala usianya baru mencecah 21 tahun, Asyalliee sudah memiliki segala-galanya. Suami yang penyayang, anak comel, perniagaan, populariti dan kesenangan hidup. Jadi tidak hairanlah mengapa dia sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda hari ini.
Kredit: Instagram Asyalliee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!